Loading...

Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS

Loading...
Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS
link : Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS

lihat juga


Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS

 
Presiden PKR itu berkata partinya secara prinsip menyokong usaha memperkasa syariah, selepas dituduh tidak menyokong RUU 355 oleh PAS semalam.


wan-azizah-pas 

PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhati-hati dalam memberikan respon terhadap keputusan PAS semalam yang menamatkan hubungan kerjasama dengan partinya.

Malah, kenyataan beliau semalam langsung tidak mengkritik kembali PAS, sebaliknya menggesa semua “parti politik progresif” untuk menyelamatkan Malaysia.

Wan Azizah juga sekali lagi mengulangi pendirian parti yang sebarang keputusan PAS membatalkan kerjasama dengan PKR tidak akan menjejaskan pentadbiran di Selangor, yang turut dianggotai exco PAS.

“Kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa untuk fokus membangun negeri dan memakmur rakyat,” katanya, sambil menambah PKR bertekad “terus menentang budaya rasuah dan kleptokrasi kerajaan Umno-BN”.

“Untuk mencapai matlamat murni ini semua parti politik progresif mesti bergabung tenaga dan bersatu untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengenepikan kepentingan parti masing-masing dan meletakkan agenda rakyat sebagai kerangka kepentingan bersama.”

Semalam, badan tertinggi PAS Majlis Syura secara rasmi memberikan lampu hijau kepada keputusan yang dicapai pada Muktamar PAS yang berakhir awal bulan ini di Kedah, untuk menamatgkan hubungan dengan PKR.

Majlis itu menyenaraikan 3 pelanggaran oleh PKR yang menyebabkan PAS mengambil keputusan itu.

“Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355,” kata Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh Zawawi, merujuk rang undang-undang dibawa PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” tambahnya.

Wan Azizah bagaimanapun berkata PKR sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasa undang-undang syariah.

Menurutnya, PKR “mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan mahkamah syariah seperti yang ditegaskan oleh kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017”.

Wan Azizah berkata penglibatan PKR dalam kempen pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar “adalah untuk menentang Umno dan BN”.

Kedua-dua pilihan raya kecil itu tahun lalu menyaksikan PKR dan DAP menyokong calon Amanah bertanding menentang PAS dan Umno.

 
Presiden PKR itu berkata partinya secara prinsip menyokong usaha memperkasa syariah, selepas dituduh tidak menyokong RUU 355 oleh PAS semalam.


wan-azizah-pas 

PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhati-hati dalam memberikan respon terhadap keputusan PAS semalam yang menamatkan hubungan kerjasama dengan partinya.

Malah, kenyataan beliau semalam langsung tidak mengkritik kembali PAS, sebaliknya menggesa semua “parti politik progresif” untuk menyelamatkan Malaysia.

Wan Azizah juga sekali lagi mengulangi pendirian parti yang sebarang keputusan PAS membatalkan kerjasama dengan PKR tidak akan menjejaskan pentadbiran di Selangor, yang turut dianggotai exco PAS.

“Kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa untuk fokus membangun negeri dan memakmur rakyat,” katanya, sambil menambah PKR bertekad “terus menentang budaya rasuah dan kleptokrasi kerajaan Umno-BN”.

“Untuk mencapai matlamat murni ini semua parti politik progresif mesti bergabung tenaga dan
Loading...
bersatu untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengenepikan kepentingan parti masing-masing dan meletakkan agenda rakyat sebagai kerangka kepentingan bersama.”

Semalam, badan tertinggi PAS Majlis Syura secara rasmi memberikan lampu hijau kepada keputusan yang dicapai pada Muktamar PAS yang berakhir awal bulan ini di Kedah, untuk menamatgkan hubungan dengan PKR.

Majlis itu menyenaraikan 3 pelanggaran oleh PKR yang menyebabkan PAS mengambil keputusan itu.

“Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355,” kata Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh Zawawi, merujuk rang undang-undang dibawa PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” tambahnya.

Wan Azizah bagaimanapun berkata PKR sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasa undang-undang syariah.

Menurutnya, PKR “mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan mahkamah syariah seperti yang ditegaskan oleh kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017”.

Wan Azizah berkata penglibatan PKR dalam kempen pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar “adalah untuk menentang Umno dan BN”.

Kedua-dua pilihan raya kecil itu tahun lalu menyaksikan PKR dan DAP menyokong calon Amanah bertanding menentang PAS dan Umno.



dengan itu Perkara Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS

yang semua artikel Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/selepas-putus-wan-azizah-beri-respon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS"

Catat Ulasan

Loading...