Tajuk : RM550 JUTA UNTUK ELAUN, IMBUHAN GURU KAFA & IMAM
link : RM550 JUTA UNTUK ELAUN, IMBUHAN GURU KAFA & IMAM
RM550 JUTA UNTUK ELAUN, IMBUHAN GURU KAFA & IMAM
Kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM550 juta tahun ini bagi tujuan pembayaran elaun dan imbuhan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), imam dan guru takmir di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata mereka terdiri daripada 34,000 guru KAFA, 14,000 imam dan 3,600 guru takmir turut mendapat pelbagai ganjaran yang membuktikan kerajaan amat komited dalam usaha menjaga kepentingan agama Islam di negara ini.
“Kerajaan sentiasa mengkaji kenaikan elaun mereka seperti guru KAFA daripada RM800 kepada RM900 sebulan, imam (RM750 kepada RM850 sebulan) dan guru takmir (RM40 kepada RM100 sejam),” katanya ketika merasmikan Konvensyen Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Pasir Puteh hari ini.
Lebih 1,000 peserta menyertai konvensyen itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.
Jamil Khir berkata kenaikan elaun itu bertujuan agar mereka dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap bidang masing-masing sejajar dengan tuntutan semasa.
Sementara itu, Othman dalam ucapannya meminta umat Islam di negara ini supaya jangan leka dengan ancaman dari dalam dan luar negara untuk melemahkan Islam di negara ini.
Beliau berkata tiada alasan untuk umat Islam di Malaysia berpecah-belah sesama sendiri terutama ketika Islam dan penganutnya diserang dari segenap sudut terutama di laman media sosial.
“Perpaduan sesama sendiri terutama dalam kalangan generasi muda mesti dijadikan tonggak utama untuk menangkis setiap serangan yang dilancarkan musuh,” katanya.
– Bernama
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qCaFCO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM550 juta tahun ini bagi tujuan pembayaran elaun dan imbuhan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), imam dan guru takmir di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata mereka terdiri daripada 34,000 guru KAFA, 14,000 imam dan 3,600 guru takmir turut mendapat pelbagai ganjaran yang membuktikan kerajaan amat komited dalam usaha menjaga kepentingan agama Islam di negara ini.
“Kerajaan sentiasa mengkaji kenaikan elaun mereka seperti guru KAFA daripada RM800 kepada RM900 sebulan, imam (RM750 kepada RM850 sebulan) dan guru takmir (RM40 kepada RM100 sejam),” katanya ketika merasmikan Konvensyen Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Pasir Puteh hari ini.
Lebih 1,000 peserta menyertai konvensyen itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.
Jamil Khir berkata kenaikan elaun itu bertujuan agar mereka dapat memberi tumpuan yang lebih
Sementara itu, Othman dalam ucapannya meminta umat Islam di negara ini supaya jangan leka dengan ancaman dari dalam dan luar negara untuk melemahkan Islam di negara ini.
Beliau berkata tiada alasan untuk umat Islam di Malaysia berpecah-belah sesama sendiri terutama ketika Islam dan penganutnya diserang dari segenap sudut terutama di laman media sosial.
“Perpaduan sesama sendiri terutama dalam kalangan generasi muda mesti dijadikan tonggak utama untuk menangkis setiap serangan yang dilancarkan musuh,” katanya.
– Bernama
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qCaFCO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara RM550 JUTA UNTUK ELAUN, IMBUHAN GURU KAFA & IMAM
Kini anda membaca artikel RM550 JUTA UNTUK ELAUN, IMBUHAN GURU KAFA & IMAM dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/rm550-juta-untuk-elaun-imbuhan-guru.html
0 Response to "RM550 JUTA UNTUK ELAUN, IMBUHAN GURU KAFA & IMAM"
Catat Ulasan