Loading...

Resipi ibu kebanggaan Ogy

Loading...
Resipi ibu kebanggaan Ogy - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Resipi ibu kebanggaan Ogy, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Resipi ibu kebanggaan Ogy
link : Resipi ibu kebanggaan Ogy

lihat juga

Resipi ibu kebanggaan Ogy

Bintang serba boleh Fauziah Datuk Ahmad Daud tidak berasakan bisnes makanan yang diusahakan empat tahun lalu sesuatu yang ‘low class’.

Sebaliknya Fauziah, 55, yang mesra disapa Ogy berbangga mengetengahkan resipi turun temurun arwah ibunya Allahyarham seniwati Datin Saadiah.

Malah Ogy yang juga pengacara program Yer Ke? di TV3 mampu tersenyum lebar apabila tiga menu jualannya iaitu Sambal Goreng Saadiah, Paru Goreng Nek Mon dan Sambal Sotong Ogy kian mendapat sambutan.

Tidak cukup dengan itu, Ogy berkongsi yang dia pernah meraih pendapatan mencecah RM70,000 dalam tempoh sebulan sepanjang Ramadan dua tahun lalu.

“Kebanyakan artis lain menjual tudung, pakaian dan minyak wangi tetapi saya memilih makanan. Saya ada persepsi berbeza kenapa memilih perniagaan ini. Bagi saya dalam apa jua keadaan orang tetap makan.

“Ketika memulakan perniagaan ini, hati saya kuat mengatakan resipi yang bakal diperkenalkan boleh pergi jauh. Apatah lagi saya yang menyediakan sendiri masakan ini. Satu perkara yang membuatkan perniagaan yang diusahakan ini masih bertahan adalah kualiti. Selain itu, saya tak pernah naikkan harga.

“Saya juga percaya apabila kita ikhlas dan tidak kedekut, Insya-Allah ia lebih berkat. Perkara ini yang cuba saya terapkan, jangan berkira terutama kuantiti makanan dalam setiap bekas,” katanya.

Ogy mengakui sepanjang empat tahun ini dia turut berdepan dengan pelbagai ujian.

Paling kerap membabitkan kerenah pelanggan. Namun, Ogy berpegang pada prinsip ‘customer always right’.

“Bukan cabaran jika tak diuji. Baik atau buruk, ba­nyak atau sedikit kita perlu tempuh jika ingin berjaya.

“Apabila terkena batang hidung sendiri saya tak boleh mengeluh. Saya fikir jika sepanjang menjadi anak seni saya boleh tempuh satu persatu ujian, kenapa tidak dalam bidang perniagaan. Justeru saya tak boleh me­ngalah,” katanya.

Kejayaan yang diperoleh Ogy mendorong dirinya untuk melangkah lebih jauh dengan merancang membuka kafe tahun depan.

Pada masa sama, Ogy bertuah apabila dia kini bekerjasama dengan syarikat Segi Seri Group yang bertang­gungjawab mengilang dan memasarkan tiga produk makanannya itu.

“Alhamdulillah kerjasama ini sudah berlangsung sejak lebih sebulan lalu. Saya berasakan sudah tiba masanya produk ini dibawa ke peringkat lebih jauh. Jadi saya berusaha sendiri mencari pihak yang boleh menunaikan impian saya.

“Menerusi kerjasama ini setiap hari kilang menghasilkan 600 sehingga 1,000 botol setiap produk. Mereka memasarkannya dalam negara dan mengeksport ke Singapura dan Brunei,” katanya.

Bagi menjaga kualiti masakan, Ogy mengajar dua cef syarikat terbabit cara penyediaan resipi itu.

Buang rasa takut

Dalam pada Ogy mewujudkan kelas lakonan dan pengacaraan, ada pelakon baru menzahirkan rasa lega kerana tidak perlu bersaing dengan pemenang kategori terbaik pada beberapa acara anugerah itu.

“Mereka tak seharusnya berfikir begitu. Kenapa perlu rasa tergugat atau terancam dengan keberadaan saya dalam industri? Sebaliknya mereka perlu mencontohi cara kerja saya dan terapkan dalam diri mereka.

“Dalam bidang ini tak ada apa lagi yang perlu saya kejar. Soal anugerah, saya sudah merasa semuanya baik kategori terbaik mahu pun popular. Bukan nak berlagak atau besar diri tetapi itu hakikat. Nasihat saya tak perlu rasa takut. Buktikan yang diri mereka juga boleh berjaya,” katanya.

Selain itu, Ogy juga tidak bersetuju apabila kebanyakan stesen TV dan penerbit memilih ‘insta famous’ sebagai pelakon utama.

“Disebabkan mereka memiliki pengikut yang ramai di media sosial semua pihak berlumba-lumba mengambil mereka. Pada masa sama penonton kita suka jika disogokkan dengan luaran yang segak berbanding bakat.

“Justeru tak keterlaluan jika saya katakan industri kita susah nak maju disebabkan senario sebegini. Saya turut bersimpati dengan mereka kerana jangka hayat dalam bidang ini tak kekal lama. Inilah padahnya apabila tanpa sebarang ilmu terus diangkat,” katanya.

The post Resipi ibu kebanggaan Ogy appeared first on Berita Viral.

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pb5ybx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

“Menerusi kerjasama ini setiap hari kilang menghasilkan 600 sehingga 1,000 botol setiap produk. Mereka memasarkannya dalam negara dan mengeksport ke Singapura dan

Loading...
Brunei,” katanya.

dengan itu Perkara Resipi ibu kebanggaan Ogy

yang semua artikel Resipi ibu kebanggaan Ogy Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Resipi ibu kebanggaan Ogy dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/resipi-ibu-kebanggaan-ogy.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Resipi ibu kebanggaan Ogy"

Catat Ulasan

Loading...