Tajuk : Remaja Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Polis RM500
link : Remaja Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Polis RM500
Remaja Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Polis RM500
KUANTAN – Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan memberi rasuah kepada seorang anggota polis yang menahannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada Ahad lalu.
Muhammad Yusrol Shafiq Muhamad Yusni, 21, yang bekerja sebagai juruteknik pendawaian membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.
Tertuduh didakwa memberi rasuah bernilai RM500 kepada anggota Unit Risikan Jenayah IPD Kuantan Koperal Mohd Azuan Adenan pada 7.15 malam, 21 Mei lalu di bilik detektif IPD daerah ini.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada Mohd Azuan untuk melepaskannya yang ditahan kerana disyaki memiliki lima keratan penyedut minuman berisi 22 biji pil berwarna merah dipercayai dadah.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Muhammad Yusrol Shafiq merayu supaya jaminan RM10,000 yang ditawarkan Pegawai Pendakwa SPRM Kamariah Seman dikurangkan atas alasan gaji beliau hanya berjumlah RM1,000 sebulan.
“Saya bekerja dengan abang ipar. Wang gaji saya digunakan untuk menanggung emak dan dua adik yang masih bersekolah. Saya rayu mahkamah kurangkan jaminan,” katanya tenang.
Habibah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 14 Jun ini untuk tertuduh melantik peguam. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qm9qqN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
KUANTAN – Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan memberi rasuah kepada seorang anggota polis yang menahannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada Ahad lalu.
Muhammad Yusrol Shafiq Muhamad Yusni, 21, yang bekerja sebagai juruteknik pendawaian membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.
Tertuduh didakwa memberi rasuah bernilai RM500 kepada anggota Unit Risikan Jenayah IPD Kuantan Koperal Mohd Azuan Adenan pada 7.15 malam, 21 Mei lalu di bilik detektif IPD daerah ini.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada Mohd Azuan untuk melepaskannya yang ditahan kerana disyaki memiliki lima keratan penyedut minuman berisi 22 biji pil berwarna merah dipercayai dadah.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Muhammad Yusrol Shafiq merayu supaya jaminan RM10,000 yang ditawarkan Pegawai Pendakwa SPRM Kamariah Seman dikurangkan atas alasan gaji beliau
“Saya bekerja dengan abang ipar. Wang gaji saya digunakan untuk menanggung emak dan dua adik yang masih bersekolah. Saya rayu mahkamah kurangkan jaminan,” katanya tenang.
Habibah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 14 Jun ini untuk tertuduh melantik peguam. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qm9qqN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Remaja Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Polis RM500
Kini anda membaca artikel Remaja Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Polis RM500 dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/remaja-mengaku-tidak-bersalah-rasuah.html
0 Response to "Remaja Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Polis RM500"
Catat Ulasan