Tajuk : PUTERI JEPUN GADAI STATUS DIRAJA DEMI KEKASIH
link : PUTERI JEPUN GADAI STATUS DIRAJA DEMI KEKASIH
PUTERI JEPUN GADAI STATUS DIRAJA DEMI KEKASIH
TOKYO – Seorang puteri Jepun sanggup menggadaikan status diraja semata-mata mahu menzahirkan rasa cintanya terhadap seorang pekerja industri pelancongan pantai.
Puteri Mako, cucu perempuan Maharaja Jepun, dilapor akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Kei Komura yang mempunyai bakat meluncur air, bermain violin dan memasak.
Lelaki bertuah itu yang memenangi hati Mako, merupakan pelajar Universiti Antarabangsa Kristian di Tokyo, lokas pengajian sama yang dihadiri oleh puteri berusia 25 tahun itu.
Sebaik sahaja Mako menjawab ‘saya sudi’ pada hari perkahwinannya pada Rabu, beliau akan hilang status sebagai Puteri Jepun walaupun merupakan cucu Maharaja Akihito, sekali gus menjadi rakyat biasa.
Menurut portal Mail Online, pasangan itu bertemu di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo kira-kira lima tahun lalu pada sebuah parti untuk berbincang tentang menyambung pengajian di luar negara.
Sejak itu, mereka berdua sering dilihat bersama, sekali gus menguatkan khabar angin bahawa pasangan tersebut sedang dilamun cinta.
Komuro bekerja sebagai ‘Putera Laut’ untuk mempromosikan kawasan pelancongan di pantai Shonan dekat wilayah Kanagawa.
Difahamkan, hubungan mereka berdua direstui oleh ibu bapa Mako memandangkan perkahwinan tersebut tidak menjejaskan pemerintahan kerabat diraja kerana wanita tidak boleh menaiki takhta.
Berbanding dengan kerabat raja di Britain dan negara Eropah yang lain, keluarga diraja sering mengelak daripada menjadi perhatian umum walaupun ketika mengembara di luar negara atau muncul pada majlis keramaian.
Tags / Kata Kunci:
– ANN
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pJwnsF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
TOKYO – Seorang puteri Jepun sanggup menggadaikan status diraja semata-mata mahu menzahirkan rasa cintanya terhadap seorang pekerja industri pelancongan pantai.
Puteri Mako, cucu perempuan Maharaja Jepun, dilapor akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Kei Komura yang mempunyai bakat meluncur air, bermain violin dan memasak.
Lelaki bertuah itu yang memenangi hati Mako, merupakan pelajar Universiti Antarabangsa Kristian di Tokyo, lokas pengajian sama yang dihadiri oleh puteri berusia 25 tahun itu.
Sebaik sahaja Mako menjawab ‘saya sudi’ pada hari perkahwinannya pada Rabu, beliau akan hilang status sebagai Puteri Jepun walaupun merupakan cucu Maharaja Akihito, sekali gus menjadi rakyat biasa.
Menurut portal Mail Online, pasangan itu bertemu di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo kira-kira lima tahun lalu pada sebuah parti untuk berbincang tentang menyambung pengajian di luar negara.
Sejak itu, mereka berdua sering dilihat bersama, sekali gus menguatkan khabar angin bahawa pasangan tersebut sedang dilamun cinta.
Komuro bekerja sebagai ‘Putera Laut’ untuk mempromosikan kawasan pelancongan di pantai Shonan dekat wilayah Kanagawa.
Difahamkan, hubungan mereka berdua
Berbanding dengan kerabat raja di Britain dan negara Eropah yang lain, keluarga diraja sering mengelak daripada menjadi perhatian umum walaupun ketika mengembara di luar negara atau muncul pada majlis keramaian.
Tags / Kata Kunci:
– ANN
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pJwnsF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara PUTERI JEPUN GADAI STATUS DIRAJA DEMI KEKASIH
Kini anda membaca artikel PUTERI JEPUN GADAI STATUS DIRAJA DEMI KEKASIH dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/puteri-jepun-gadai-status-diraja-demi_17.html
0 Response to "PUTERI JEPUN GADAI STATUS DIRAJA DEMI KEKASIH"
Catat Ulasan