Loading...
Tajuk : Pukul Pelajar Tahfiz: Warden Dakwa Dicabar
link : Pukul Pelajar Tahfiz: Warden Dakwa Dicabar
Pukul Pelajar Tahfiz: Warden Dakwa Dicabar
“DIA (pelajar) cabar saya ajak gaduh,” itu yang dikatakan seorang warden dan guru sekolah tahfiz di Shah Alam apabila didakwa memukul pelajar tingkatan satu hingga cedera.
Sebuah portal media, The Malaysia Insight melaporkan, Muhd Muzamil Muzakir Kahamuzaka, 21, yang baru saja tiga minggu bertugas di Darul Tahfiz Ummul Qura terpaksa berbuat demikian kerana pelajar terbabit bertindak agresif.
Menurutnya, insiden tersebut tercetus apabila pelajar berusia 13 tahun itu tidak berpuas hati selepas didenda kerana datang lewat ke surau dan memberitahu pelajar lain yang dia hendak memukulnya.
“Saya rotan dia di lengan. Kemudian dia cuba bertindak agresif dan saya terpaksa menumbuknya atas mata tiga kali, dua kali di pipi dan saya cuba jatuhkannya,”katanya yang dipetik dari The Malaysia Insight.
Muzamil yang juga bekas pelajar tahfiz di situ berkata pelajar itu berkelakuan sebegitu mungkin tertekan kerana dipaksa belajar ke sekolah tahfiz tanpa kerelaan.
“Saya tidak setuju (pelajar) yang jahat dihantar tahfiz. Ibu bapa ingat sekolah tahfiz macam pusat pemulihan akhlak. Ibu bapa fikir bila anak nakal, hantar ke tahfiz. Sepatutnya hantar ke sekolah pemulihan akhlak,” katanya.
Dia turut mendakwa ada menerima aduan daripada ustaz lain berhubung pelajar berkenaan yang mendaftar sejak awal tahun ini mempunyai masalah disiplin dan pernah cuba melarikan diri dari sekolah.
Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan Muzamil pada Khamis lalu kira-kira jam 2 pagi untuk siasatan.
Pengetua sekolah itu, Abd Rasul Rahman menjelaskan, pihaknya tidak membenarkan guru untuk memukul pelajar dan sebarang tindakan perlu mendapat rujukannya sebelum dilaksanakan.
Rasul berkata pihaknya akan menunggu keputusan siasatan pihak polis terlebih dulu sebelum mengambil tindakan memberhentikan Muzamil.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan, seorang pelajar cedera selepas ditumbuk dan dirotan ustaz kerana dikatakan gagal menjawab pelbagai persoalan peribadi yang dikemukan.
Susulan kejadian itu, polis setakat ini menyoal siasat empat individu termasuk seorang lelaki berusia 27 tahun yang didakwa memukul pelajar tingkatan satu itu.
Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Arial, Helvetica, sans-serif;">

dengan itu Perkara Pukul Pelajar Tahfiz: Warden Dakwa Dicabar
yang semua artikel Pukul Pelajar Tahfiz: Warden Dakwa Dicabar Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Pukul Pelajar Tahfiz: Warden Dakwa Dicabar dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/pukul-pelajar-tahfiz-warden-dakwa.html
0 Response to "Pukul Pelajar Tahfiz: Warden Dakwa Dicabar"
Catat Ulasan