Loading...

PKR goyah jika empat ADUN lompat parti

Loading...
PKR goyah jika empat ADUN lompat parti - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR goyah jika empat ADUN lompat parti, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : PKR goyah jika empat ADUN lompat parti
link : PKR goyah jika empat ADUN lompat parti

lihat juga


PKR goyah jika empat ADUN lompat parti

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR berada dalam keadaan yang amat bahaya jika empat wakil rakyatnya bertindak melompat parti untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor sebagaimana dakwaan yang kini bertiup kencang.
 
Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata, secara tidak langsung dakwaan tersebut memberi kesan kepada kestabilan PKR di negeri itu.
 
"Isu lompat parti ini bukan baru. Ia akan keluar apabila ada pergeseran ada perkara-perkara baru dalam politik. Apatah lagi pembangkang. Jadi kalau benarlah ada PKR akan lompat parti, itu bermakna PKR berada dalam keadaan bahaya. Sangat bahaya, pada waktu ini. 
 
"Jadi kita tunggulah, kalau betul jadinya PKR menghadapi PKR krisis yang teruklah pada saat ini. Kalau benar mereka akan keluar," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Baru-baru ini tersebar mesej di media sosial mengatakan empat ADUN PKR akan meninggalkan parti tersebut untuk menubuhkan kerajaan campuran yang baru.
 
Empat ADUN PKR yang dinamakan itu ialah Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi; ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad dan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari.
 
Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali hari ini menafikan dakwaan berkenaan.
 
Azmin menyifatkan dakwaan itu timbul ekoran ada pihak yang cemburu dan sekadar ingin membuat provokasi jahat susulan kejayaan dicapai kerajaan Pakatan Harapan di negeri Selangor.
 
Beberapa pemimpin PKR lain termasuk Naib Presiden, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin turut menyangkal dakwaan berkenaan dan menegaskan ianya tidak benar sama sekali.
 
Malahan, desas desus itu turut dinafikan Exco kanan PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad kononnya akan berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Selangor susulan keputusan Muktamar PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
 
Dalam pada itu, Salawati mengibaratkan situasi PKR seperti 'cacing kepanasan' kerana dihambat dengan pelbagai isu mutakhir ini, termasuk hala tuju hubungan tahaluf siyasi dengan PAS.
 
Untuk rekod Muktamar PAS ke-63 baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan yang akan dimuktamadkan Majlis Syura Ulama dalam tempoh terdekat.
 
PKR sebelum itu terpalit dengan skandal rasuah yang membabitkan pemimpin mudanya, Datuk Adam Rosly yang kini bercuti sementara daripada kesemua jawatan parti itu.
 
"Jadi pada saya isu PKR cacing kepanasan mungkin dengan kes Adam Rosly kemudian dengan kes yang ini. Jadi PKR dilihat banyak masalah lah. Kemudian Rafizi pun diajukan kepada pihak berkuasa kerana banyak sangat perkara yang dia sebut. Jadi pada masa ini PKR dilihat banyak masalah lah," katanya.
 
 
Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR berada dalam keadaan yang amat bahaya jika empat wakil rakyatnya bertindak melompat parti untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor sebagaimana dakwaan yang kini bertiup kencang.
 
Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata, secara tidak langsung dakwaan tersebut memberi kesan kepada kestabilan PKR di negeri itu.
 
"Isu lompat parti ini bukan baru. Ia akan keluar apabila ada pergeseran ada perkara-perkara baru dalam politik. Apatah lagi pembangkang. Jadi kalau benarlah ada PKR akan lompat parti, itu bermakna PKR berada dalam keadaan bahaya. Sangat bahaya, pada waktu ini. 
 
"Jadi kita tunggulah, kalau betul jadinya PKR menghadapi PKR krisis yang teruklah pada saat ini. Kalau benar mereka akan keluar," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Baru-baru ini tersebar mesej di media sosial mengatakan empat ADUN PKR akan meninggalkan parti tersebut untuk menubuhkan kerajaan campuran yang baru.
 
Empat ADUN PKR yang dinamakan itu ialah Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi; ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad dan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari.
 
Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR yang juga
Loading...
Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali hari ini menafikan dakwaan berkenaan.
 
Azmin menyifatkan dakwaan itu timbul ekoran ada pihak yang cemburu dan sekadar ingin membuat provokasi jahat susulan kejayaan dicapai kerajaan Pakatan Harapan di negeri Selangor.
 
Beberapa pemimpin PKR lain termasuk Naib Presiden, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin turut menyangkal dakwaan berkenaan dan menegaskan ianya tidak benar sama sekali.
 
Malahan, desas desus itu turut dinafikan Exco kanan PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad kononnya akan berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Selangor susulan keputusan Muktamar PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
 
Dalam pada itu, Salawati mengibaratkan situasi PKR seperti 'cacing kepanasan' kerana dihambat dengan pelbagai isu mutakhir ini, termasuk hala tuju hubungan tahaluf siyasi dengan PAS.
 
Untuk rekod Muktamar PAS ke-63 baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan yang akan dimuktamadkan Majlis Syura Ulama dalam tempoh terdekat.
 
PKR sebelum itu terpalit dengan skandal rasuah yang membabitkan pemimpin mudanya, Datuk Adam Rosly yang kini bercuti sementara daripada kesemua jawatan parti itu.
 
"Jadi pada saya isu PKR cacing kepanasan mungkin dengan kes Adam Rosly kemudian dengan kes yang ini. Jadi PKR dilihat banyak masalah lah. Kemudian Rafizi pun diajukan kepada pihak berkuasa kerana banyak sangat perkara yang dia sebut. Jadi pada masa ini PKR dilihat banyak masalah lah," katanya.
 
 


dengan itu Perkara PKR goyah jika empat ADUN lompat parti

yang semua artikel PKR goyah jika empat ADUN lompat parti Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel PKR goyah jika empat ADUN lompat parti dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/pkr-goyah-jika-empat-adun-lompat-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR goyah jika empat ADUN lompat parti"

Catat Ulasan

Loading...