Loading...

Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam

Loading...
Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam
link : Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam

lihat juga

Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam

PUTRAJAYA – Sekolah satu aliran sebagai alat perpaduan, keseimbangan kerja dan keluarga dan memperkasakan sistem pengangkutan awam adalah antara cadangan, pandangan dan aspirasi yang dilontarkan penjawat awam pada sesi dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Ketika merangkumkan cadangan dan aspirasi yang dikemukakan pada sesi dialog yang disifatkannya sangat memberangsangkan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau membayangkan pembentukan sekolah kebangsaan yang mewujudkan perpaduan.

Antara ciri sekolah itu adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, memperkasakan Bahasa Inggeris, menjadikan bahasa Tamil, Cina dan Arab sebagai ‘subjek pilihan serta menyediakan pendidikan berkualiti dan mempunyai komposisi guru dan murid pelbagai kaum, katanya.

Najib menegaskan bahawa bukan beliau mengemukakan cadangan berkenaan tetapi ingin membayangkan ciri sekolah yang mewujudkan perpaduan bermula dari sekolah.

Katanya, perkara itu cukup sensitif kerana ia merupakan ‘ranjau politik’ disebabkan Malaysia mempunyai sistem sekolah aliran yang berbeza.

“Boleh tidak kita terima model sekolah ini, ini kita sama-sama fikirkan. Saya bukan hendak cadangkan, saya bayangkan sebab semua orang sebut mahu perpaduan dan mesti bermula di sekolah. Kita mahu penyelesaian. Ini kita kena fikir sebab segala-galanya bermula dari sekolah.

“Bukan kita hendak putuskan hari ini, tetapi saya bayangkan. Apa penyelesaiannya. Bukan kita hendak tutup sekolah Cina atau sekolah Tamil tetapi memilih satu sekolah kebangsaan,” katanya.

Dalam sesi dialog yang melibatkan kira-kira 1,300 penjawat awam muda, antara aspirasi yang dikemukakan ialah menekankan perpaduan melalui pendidikan dengan membina sekolah satu aliran yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta memperkasakan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa Tamil dan Cina.

Turut disuarakan ialah keseimbangan kerja dan keluarga agar waktu bekerja mempunyai had maksima agar penjawat awam tidak diikatkan dengan kerja di pejabat sehingga mengorbankan masa untuk bersama dengan anak dan keluarga.

Turut diutarakan ialah berhubung kemampanan dalam aspek perkhidmatan kesihatan.

Menurutnya, kos RM1 untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kerajaan adalah tidak mampan memandangkan kerajaan membelanjakan RM21 hingga RM22 bilion setahun dalam industri kesihatan tetapi hanya memungut antara RM400 juta dan RM500 juta walaupun perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah yang terbaik di dunia.

Dalam contoh pengalaman Razali Tompang yang hanya perlu membayar RM31.80 bagi rawatan kanser bapanya di Hospital Kuala Lumpur berjumlah RM11,000, beliau berkata : “Mana ada rawatan kanser yang dikenakan caj semurah itu”.

Isu pengangkutan awam turut menarik perhatian pada sesi dialog itu apabila seorang penjawat awam berkata beliau tidak lagi mahu melihat masalah kesesakan lalu lintas membelenggu Malaysia pada 2050.

Najib berkata aspek pengangkutan awam sememangnya diberi tumpuan oleh kerajaan dengan pelbagai projek sedang dilaksanakan.

“MRT (Mass Rapid Transit) fasa pertama sepanjang 51km siap Julai ini dan saya dapat bayangkan dalam masa beberapa tahun lagi tiga fasa MRT siap. Pengangkutan awam berkelas dunia adalah komitmen kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata segala pandangan yang disuarakan sangat berguna untuk dijadikan input bagi meneruskan visi baharu untuk Malaysia. – BERNAMA

Loading...

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qzV5bh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Turut diutarakan ialah berhubung kemampanan dalam aspek

Loading...
perkhidmatan kesihatan.

dengan itu Perkara Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam

yang semua artikel Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/perpaduan-dari-sekolah-aspirasi-tn50.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi TN50 Penjawat Awam"

Catat Ulasan

Loading...