Tajuk : Penyelewengan wang zakat: Lima pegawai ZPP ditempatkan di MAINPP
link : Penyelewengan wang zakat: Lima pegawai ZPP ditempatkan di MAINPP
Penyelewengan wang zakat: Lima pegawai ZPP ditempatkan di MAINPP
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata kesemua pegawai itu kini diberi cuti rehat selama seminggu sebelum mula bertugas di MAINPP minggu depan.
"Mereka akan ditempatkan di MAINPP secara 'pool' sehingga kes mereka selesai. Ini bermaksud mereka ditempatkan sebagai petugas di sana.
"Minggu ini mereka cuti rehat seminggu dan siapa yang boleh terus berada (bertugas) di pejabat Zakat Pulau Pinang akan ditentukan dalam mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah ZPP Isnin ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut melantik Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Datuk Sazali Hussain sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ZPP.Dalam pada itu, Abdul Malik berkata ZPP telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kewangan yang dipengerusikan pegawai kewangan negeri untuk menjalankan penyiasatan berhubung perjalanan badan itu.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Jawatankuasa Audit ZPP, Ketua Audit Dalaman Kerajaan Negeri, Bendahari Negeri dan pegawai MAINPP sebagai setiausaha jawatankuasa ini.
"Jawatankuasa ini telah mengadakan mesyuarat dan mereka akan memulakan tugas mereka secepat mungkin. Semalam, saya juga mengadakan sesi taklimat dan dialog dengan para kakitangan ZPP selain untuk menyuntik kembali semangat mereka yang hilang.
"Dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan, diharapkan aktiviti dan pentadbiran ZPP terus berjalan lancar untuk membantu golongan asnaf di negeri ini," katanya.
Bermula 9 Mei lepas, seramai 15 individu termasuk tujuh pegawai kanan ZPP dan kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini bagi membantu siasatan kes dakwaan penyelewengan wang zakat untuk projek pembangunan masyarakat ZPP sejak tiga tahun lepas.
Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryXsi8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata kesemua pegawai itu kini diberi cuti rehat selama seminggu sebelum mula bertugas di MAINPP minggu depan.
"Mereka akan ditempatkan di MAINPP secara 'pool' sehingga kes mereka selesai. Ini bermaksud mereka ditempatkan sebagai petugas di sana.
"Minggu ini mereka cuti rehat seminggu dan siapa yang boleh terus berada (bertugas) di pejabat Zakat Pulau Pinang akan ditentukan dalam mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah ZPP Isnin ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut melantik Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Datuk Sazali Hussain sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ZPP.Dalam pada itu, Abdul Malik berkata ZPP telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kewangan yang dipengerusikan pegawai kewangan negeri untuk menjalankan penyiasatan berhubung perjalanan badan itu.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Jawatankuasa Audit ZPP, Ketua Audit Dalaman Kerajaan Negeri, Bendahari Negeri dan pegawai MAINPP sebagai setiausaha jawatankuasa ini.
"Jawatankuasa ini telah mengadakan mesyuarat
"Dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan, diharapkan aktiviti dan pentadbiran ZPP terus berjalan lancar untuk membantu golongan asnaf di negeri ini," katanya.
Bermula 9 Mei lepas, seramai 15 individu termasuk tujuh pegawai kanan ZPP dan kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini bagi membantu siasatan kes dakwaan penyelewengan wang zakat untuk projek pembangunan masyarakat ZPP sejak tiga tahun lepas.
Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryXsi8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Penyelewengan wang zakat: Lima pegawai ZPP ditempatkan di MAINPP
Kini anda membaca artikel Penyelewengan wang zakat: Lima pegawai ZPP ditempatkan di MAINPP dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/penyelewengan-wang-zakat-lima-pegawai.html
0 Response to "Penyelewengan wang zakat: Lima pegawai ZPP ditempatkan di MAINPP"
Catat Ulasan