Tajuk : Pemandu Uber kongsi pengalaman jemput dan hantar ‘penumpang’ di kubur Cina di Pulau Pinang
link : Pemandu Uber kongsi pengalaman jemput dan hantar ‘penumpang’ di kubur Cina di Pulau Pinang
Pemandu Uber kongsi pengalaman jemput dan hantar ‘penumpang’ di kubur Cina di Pulau Pinang
Aku mahu berkongsi pengalaman aku selama setahun sebagai seorang pemandu Uber. Aku kerja tidak iktu masa, senang cerita ikut suka aku. Mahu dijadikan cerita, malam semalam aku buat Uber di Pulau Pinang, sewaktu aku sudah mahu balik dalam pukul 12 tengah malam di Tanjung Bungah.
Masa itu, aku dapat 1 ping dari pelanggan yang minta aku untuk datang menjemput. Di dalam hati aku, aku berniat yang ini jadi pelanggan yang terakhir sebelum aku pulang ke rumah. Aku pun terimalah ping pelanggan itu dan ikut arahan yang peta itu beritahu. Aku memang tidak berfikir panjang masa itu. Iyalah, mahu fikirkan apa sebab tidak jangka apa-apa kerana aku ini pemandu Uber.
Aku terus saja ikut arahan yang peta itu bawa aku sehinggalah aku tengok di depan mata aku adalah kubur cina. Aku sudah mula berasa hairan tetapi aku layan dululah, mana tahu pelanggan itu baru lepas siram kubur mak dia kan. Tetapi yang syoknya, di telefon aku, peta sudah beritahu yang aku memang sudah tiba di destinasi. Aku tengok di sekeliling aku. Gelap gelita, tiada siapa pula yang menunggu.
Aku pun terus buka dekat maklumat pelanggan sebab mahu menelefon pelanggan mahu bertanya lokasi dia sebenarnya sebab peta memang sudah menunjukkan aku sudah tiba di lokasi. Bila aku buka saja bahagian maklumat pelanggan, memang tiada langsung sebarang maklumat mengenai pelanggan tersebut dipaparkan. Pada masa pelanggan ping aku tadi, aku hanya nampak nama JOI dan terus terima saja ping tersebut.
Selepas itu, tiba-tiba apps Uber aku jadi offline, Selepas itu, aku tunggu lagi 5 minit, mana tahu dia pun baru mahu turun dari kubur atau baru keluar dari rumah. Tetapi, perlahan-lahan aku duduk terhidu bau wangi macam ada sesuatu di dalam kereta aku. Aku sudah mula berasa lain macam. Tetapi mahu disedapakan hati aku, aku layankan cakap seorang diri yang aku sudah sampai sini dan siapa yang mahu bayar trip aku ke sini ha?
Lepas itu, aku tekan start trip semula dalam masa yang sama, apps itu kata aku sudah sampai ke destinasi pelanggan itu. Dia terus keluar drop off. Sebab kalau kau pemandu Uber, setiap kali trip kau berakhir selepas menghantar pelanggan, memang peta akan keluar drop off memberitahu yang kita sudah sampai. Bayangkanlah macam mana kalau betul-betul pelanggan ping tetapi tidak letak sebarang maklumat dan destinasi mereka, macam mana peta itu boleh proceed? Tak mungkin.
Tetapi yang menjadi tanda tanya ini bila di peta ini keluar destinasi destinasi dia sebagai unknown dan kalau kau fikir balik dan perhatikan pada peta itu, kau boleh lihat jarak dari lokasi pick-up dengan destinasi dia adalah 0.01 km saja.
Gila apa jarak macam itu kau mahu naik kereta? Aaaah, ini memang pelik. Aku pun bawa kereta keluar dari jalan itu sebab situasi sudah menjadi semakin pelik dah ni. Lebih kurang 5 km dari tempat itu tadi, aku nampak stesen minyak. Aku pun singgah untuk ke tandas untuk menyegarkan diri dengan harapan minta-minta supaya bau wangi tadi sudah hilang.
Selepas itu aku pun ke kereta aku balik dan aku perasan bau wangi itu masih ada lagi. Aduh dia tidak balik lagi ke? Aku syak ada benda dari kuburan yang ikut aku pulang. Lepas itu, aku sudha jadi malas mahu layankan karenah ‘dia’ sebab membuang masa, aku pun beranikan diri aku untuk masuk ke dalam kereta.
“Aku mahu balik sudah ini, hang turun jangan ikut aku, aku sudah dah balik.”
Aku pun masuk dan baca bismillah dengan Ayatul Kursi. Selepas 5 minit kemudian, bau wangi itu pun sudah hilang. Ya Allah, leganya hati aku, terus aku telefon isteri aku beritahu yang aku sudah ODW pulang ke rumah.
Terpulang pada korang sama ada mahu percaya atau tidak, tetapi memang sumpah aku tidak tipu, Ini memang pengalaman paling tidak baik sepanjang aku bergelar seorang pemandu Uber. Tetapi itu tidak melemahkan semangat aku untuk tetap menjadi pemandu Uner tempat aku cari rezeki. Dia pun makhluk macam kita buat apa mahu takut, ingat Allah SWT ada saja.
Cuma di sini aku cuma mahu berpesan pada korang dan juga diri aku supaya lepas ini kalau tengah malam peta sudah mula bawa kau masuk ke jalan gelap, pendalaman dan pelik, lebih baik kau u-turn saja. Mana tahu kalau ‘dia’ nanti ikut kau pulang atau cubaan orang mahu merompak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qIphnl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

dengan itu Perkara Pemandu Uber kongsi pengalaman jemput dan hantar ‘penumpang’ di kubur Cina di Pulau Pinang
Kini anda membaca artikel Pemandu Uber kongsi pengalaman jemput dan hantar ‘penumpang’ di kubur Cina di Pulau Pinang dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/pemandu-uber-kongsi-pengalaman-jemput.html
0 Response to "Pemandu Uber kongsi pengalaman jemput dan hantar ‘penumpang’ di kubur Cina di Pulau Pinang"
Catat Ulasan