Tajuk : Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf
link : Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf
Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim meminta maaf selepas menerima aduan berkaitan pendekatan sesetengah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak disenangi.
Perkara itu dibangkitkan semasa dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) kementerian itu, apabila terdapat pegawai JKM didakwa masuk ke rumah kebajikan “macam koboi”.
“Saya minta kepada pegawai, jangan bawa masalah kita kepada client kita,” katanya dalam satu sesi di Kajang.
Dalam dialog itu, wakil Rumah Kebajikan Al-Fikrah Sungai Segamat meminta pegawai JKM yang berkunjung ke rumah kebajikan berbuat demikian dengan senyuman dan penuh keharmonian.
“Ada pegawai dari kementerian datang, seolah olah macam koboi. Berilah kita keharmonian. Orang tua tua yang kita jagakan pun perlu kasih sayang.
“Kita sebenarnya membantu kerajaan dan membantu masyarakat. Saya rasa terkilan apabila pegawai-pegawai ini datang minta periksa itu, periksa ini,” katanya.
Sementara seorang bekas pegawai JKM pula berkata ada sesuatu yang penting telah hilang daripada jabatan itu sekarang.
“Yang saya nampak JKM dia tak ada jiwa dan raga JKM,” katanya sambil disambut tepukan orang ramai.
Beliau juga mengkritik pengagihan bantuan yang menurutnya pihak yang sudah ada tempat tinggal dan makanan pun menerima dana JKM.
Sedangkan, dakwanya, pihak yang tiada apa-apa, tidak mendapat apa-apa.
“Mereka nak beli makanan pun tak mampu,” katanya.
Dialog bertajuk “Masyarakat Inklusitiviti” itu dihadiri kira-kira 1,000 peserta daripada lapan kumpulan sasar, termasuk orang kurang upaya (OKU), golongan wanita, kanak-kanak, warga emas, kumpulan khidmat awam, mangsa bencana alam dan golongan tidak berumah.
Sesi itu berlangsung lebih tiga jam dengan kira-kira 40 orang sempat menyampaikan pandangan.
Di penghujung dialog, Rohani mengumumkan dialog berasingan akan dibuat dengan setiap kumpulan sasar untuk lebih memahami keperluan masing-masing.
Putrajaya telah memulakan dialog TN50 sejak Januari lalu. Bagaimanapun, untuk kementerian Rohani, sesi hari ini adalah yang pertama.
Sumber: Malaysiakini
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qhaIZa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

dengan itu Perkara Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf
Kini anda membaca artikel Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/pegawai-jkm-datang-macam-koboi-menteri_83.html
0 Response to "Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf"
Catat Ulasan