Loading...

Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan

Loading...
Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan
link : Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan

lihat juga


Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan mengeluarkan garis panduan kepada semua 80 maahad tahfiz di negeri ini bagi menjaga dan memelihara nasib pelajarnya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata garis panduan itu akan dirangka dengan mengambil kira pandangan pengusaha dan penyelia maahad tahfiz yang bebas mengemukakan idea pada seminar dan dialog bersama kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Katanya, garis panduan itu tidak bermaksud kerajaan negeri berhasrat mencampuri urusan pentadbiran sekolah kerana kuasa autonomi masih terletak pada maahad tahfiz itu.

"Ramai yang buat maahad tahfiz kerana mahu mendapat pahala. Itu perkara yang baik tapi ada masanya dalam berlumba-lumba membuat kebajikan, ada yang tapi tertinggal perkara asas melibatkan pelajar.

"Ini yang kita mahu bantu... mahu membela nasib anak-anak yang ingin jadi penghafal al-Quran... sebab itu perlu satu garis panduan antaranya tentang kokurikulum yang digunakan, pengurusan, kelayakan akademik pengajar, penyelia dan apa yang difikirkan wajar.

"Penubuhan maahad tahfiz ini kena betul pada asas dan dasarnya. Kita bimbang nanti penubuhannya tidak sampai ke mana. Jangan jadi seperti hidup segan mati tak mahu. Kesian pada anak-anak ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang bersama Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Masjid Hentian Putra di sini, semalam.

Beliau berkata antara aspek lain yang akan dititikberat dalam menyediakan garis panduan itu ialah aspek keselamatan memandangkan isu seperti kebakaran di maahad tahfiz antara yang sering berlaku.

"Kita juga mahu mengekang penularan idea yang tidak tepat khususnya fahaman kumpulan pengganas Daish yang diketahui menggunakan agama. Kononnya boleh mendapat pahala dengan berjihad," katanya.

Adnan juga menyatakan hasrat supaya maahad tahfiz mencontohi Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini, yang mempunyai pengurusan yang baik dan kokurikulum menyeluruh sehingga membolehkan pelajarnya menjadi golongan profesional yang menghafal al-Quran.

"Penubuhan MTNP memang dengan matlamat mahu melahirkan golongan teknokrat yang menghafal al-Quran. Kita lihat ia berada pada landasan yang betul. Ini hasrat kita di negeri Pahang supaya lebih ramai golongan seperti ini dapat dilahirkan, " katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwAULv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan mengeluarkan garis panduan kepada semua 80 maahad tahfiz di negeri ini bagi menjaga dan memelihara nasib pelajarnya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata garis panduan itu akan dirangka dengan mengambil kira pandangan pengusaha dan penyelia maahad tahfiz yang bebas mengemukakan idea pada seminar dan dialog bersama kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Katanya, garis panduan itu tidak bermaksud kerajaan negeri berhasrat mencampuri urusan pentadbiran sekolah kerana kuasa autonomi masih terletak pada maahad tahfiz itu.

"Ramai yang buat maahad tahfiz kerana mahu mendapat pahala. Itu perkara yang baik tapi ada masanya dalam berlumba-lumba membuat kebajikan, ada yang tapi tertinggal perkara asas melibatkan pelajar.

"Ini yang kita mahu bantu... mahu membela nasib anak-anak yang ingin jadi penghafal al-Quran... sebab itu perlu satu garis panduan antaranya tentang kokurikulum yang digunakan, pengurusan, kelayakan akademik pengajar, penyelia dan apa yang difikirkan wajar.

"Penubuhan maahad tahfiz ini kena betul pada asas dan dasarnya. Kita bimbang nanti penubuhannya tidak sampai ke mana. Jangan jadi seperti hidup segan mati tak mahu. Kesian pada anak-anak ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang bersama Pengetua-Pengetua Maahad

Loading...
Tahfiz Negeri Pahang di Masjid Hentian Putra di sini, semalam.

Beliau berkata antara aspek lain yang akan dititikberat dalam menyediakan garis panduan itu ialah aspek keselamatan memandangkan isu seperti kebakaran di maahad tahfiz antara yang sering berlaku.

"Kita juga mahu mengekang penularan idea yang tidak tepat khususnya fahaman kumpulan pengganas Daish yang diketahui menggunakan agama. Kononnya boleh mendapat pahala dengan berjihad," katanya.

Adnan juga menyatakan hasrat supaya maahad tahfiz mencontohi Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini, yang mempunyai pengurusan yang baik dan kokurikulum menyeluruh sehingga membolehkan pelajarnya menjadi golongan profesional yang menghafal al-Quran.

"Penubuhan MTNP memang dengan matlamat mahu melahirkan golongan teknokrat yang menghafal al-Quran. Kita lihat ia berada pada landasan yang betul. Ini hasrat kita di negeri Pahang supaya lebih ramai golongan seperti ini dapat dilahirkan, " katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwAULv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



dengan itu Perkara Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan

yang semua artikel Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/pahang-akan-keluar-garis-panduan-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang akan keluar garis panduan kepada maahad tahfiz - Adnan"

Catat Ulasan

Loading...