Loading...

MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris

Loading...
MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris
link : MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris

lihat juga


MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris

Pekerja tempatan dikatakan penutur bahasa Inggeris yang teruk berbanding pekerja Myanmar dan Filipina adalah tidak adil dan mematahkan semangat pekerja tempatan.


solomon

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, tidak adil untuk syarikat di negara ini membuat kesimpulan pekerja tempatan lemah dalam bahasa Inggeris sehingga menyebabkan mereka tidak diberi keutamaan ketika mencari kerja.

Setiausaha Agungnya, J Solomon menyifatkan ia tidak adil.

“Tidak dinafikan standard bahasa Inggeris di kalangan pekerja Malaysia merosot berbanding 30 tahun lalu.

“Tetapi, untuk Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) kata pekerja tempatan adalah penutur bahasa Inggeris yang teruk berbanding pekerja Myanmar dan Filipina adalah tidak adil dan ia mematahkan semangat pekerja tempatan,” katanya.

Ahad lalu, MEF berkata, kebanyakan syarikat mengambil pekerja asing yang fasih berbahasa Inggeris untuk mengisi kekosongan dalam sektor jualan dan perkhidmatan kerana pekerja tempatan tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

“Malah, untuk jawatan jualan yang mudah, kita bergantung kepada pekerja dari Myanmar dan Filipina untuk mengisi kekosongan itu.

“Kita selalu menghadapi masalah mengisi kekosongan yang memerlukan penduduk tempatan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Ini tidak baik untuk kita,” kata Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan.

Shamsuddin menasihatkan pekerja tempatan mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.

Solomon berkata, daripada mengadu pekerja tempatan tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik, majikan sepatutnya menyediakan latihan dan kelas untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pekerja mereka.

“Mereka mempunyai tanggungjawab terhadap pekerja mereka. Bagaimana pekerja boleh maju jika mereka tidak belajar?” soalnya.

Solomon berkata, apa yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya sempena Hari Pekerja semalam ialah apa yang kumpulan peniaga tekankan selama ini.

“Pekerja asing hanya untuk melengkapkan pekerja tempatan dan tidak sepatutnya dibawa masuk bagi menggantikan pekerja tempatan,” kata Solomon.

Semalam, Najib menyeru syarikat di negara ini memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan.

“Beri peluang kepada pekerja Malaysia, jika boleh. Jangan hanya menawarkan pekerjaan kepada orang asing. Beri keutamaan kepada pekerja tempatan,” kata beliau yang dipetik Bernama.

Pekerja tempatan dikatakan penutur bahasa Inggeris yang teruk berbanding pekerja Myanmar dan Filipina adalah tidak adil dan mematahkan semangat pekerja tempatan.


solomon

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, tidak adil untuk syarikat di negara ini membuat kesimpulan pekerja tempatan lemah dalam bahasa Inggeris sehingga menyebabkan mereka tidak diberi keutamaan ketika mencari kerja.

Setiausaha Agungnya, J Solomon menyifatkan ia tidak adil.

“Tidak dinafikan standard bahasa Inggeris di kalangan pekerja Malaysia merosot berbanding 30 tahun lalu.

“Tetapi, untuk Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) kata pekerja tempatan adalah penutur bahasa Inggeris yang teruk berbanding pekerja Myanmar dan Filipina adalah tidak adil dan ia mematahkan semangat pekerja tempatan,” katanya.

Ahad lalu, MEF berkata, kebanyakan syarikat mengambil pekerja asing yang fasih berbahasa Inggeris untuk mengisi kekosongan dalam sektor jualan dan perkhidmatan kerana pekerja tempatan tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

“Malah, untuk
Loading...
jawatan jualan yang mudah, kita bergantung kepada pekerja dari Myanmar dan Filipina untuk mengisi kekosongan itu.

“Kita selalu menghadapi masalah mengisi kekosongan yang memerlukan penduduk tempatan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Ini tidak baik untuk kita,” kata Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan.

Shamsuddin menasihatkan pekerja tempatan mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.

Solomon berkata, daripada mengadu pekerja tempatan tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik, majikan sepatutnya menyediakan latihan dan kelas untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pekerja mereka.

“Mereka mempunyai tanggungjawab terhadap pekerja mereka. Bagaimana pekerja boleh maju jika mereka tidak belajar?” soalnya.

Solomon berkata, apa yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya sempena Hari Pekerja semalam ialah apa yang kumpulan peniaga tekankan selama ini.

“Pekerja asing hanya untuk melengkapkan pekerja tempatan dan tidak sepatutnya dibawa masuk bagi menggantikan pekerja tempatan,” kata Solomon.

Semalam, Najib menyeru syarikat di negara ini memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan.

“Beri peluang kepada pekerja Malaysia, jika boleh. Jangan hanya menawarkan pekerjaan kepada orang asing. Beri keutamaan kepada pekerja tempatan,” kata beliau yang dipetik Bernama.



dengan itu Perkara MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris

yang semua artikel MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/mtuc-tak-adil-dakwa-pekerja-tempatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris"

Catat Ulasan

Loading...