Loading...

Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan

Loading...
Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan
link : Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan

lihat juga

Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan

Oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff 

KEPADA ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, sukacita dimaklumkan bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya.

Asas utama yang kami gunakan di dalam memorandum ini adalah bahawa banyak daripada aktiviti atau hal-ehwal DAP yang berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia dan mengenai kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak.

Asas yang kami gunakan di dalam memorandum ini adalah selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) Akta Pertubuhan yang berbunyi:

“Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pertubuhan berdaftar dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya dan dalam menjalankan hal-ehwalnya, memastikan bahawa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal itu adalah mengikut, selaras mengikut dan mematuhi, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan-Perlembagaan Negeri, dan jika ada apa-apa daripada aktiviti-aktiviti atau hal-ehwal mana-mana pertubuhan yang adalah dalam apa cara berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai —

(b) Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia, dengan agama-agama lain diamalkan secara aman dan harmoni; atau

(d) Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak;
seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana Perlembagaan Negeri, Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran pertubuhan itu selepas memberi pertubuhan itu suatu peluang untuk memberi representasi kepadanya.”

Satu lagi peruntukan yang akan kami gunakan adalah Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan yang berbunyi:

“Tertakluk kepada seksyen kecil (2), Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah seksyen 7 jika Pendaftar puas hati —

(ii) bahawa pertubuhan itu mungkin digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di dalam Persekutuan;

(iii) bahawa pertubuhan itu adalah berusaha hendak mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan;”

Setakat ini sudah lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, termasuk 18 Profesor dan 24 Profesor Madya, yang bersetuju, di atas kapasiti peribadi mereka, untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini.

Ahli-ahli akademik yang bersetuju untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini  adalah termasuk ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan berikut:

• UM – Universiti Malaya, KL
• UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
• UPM – Universiti Putra Malaysia, Selangor
• USM – Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
• UTM – Universiti Teknologi Malaysia, Johor
• UMP – Universiti Malaysia Pahang, Pahang
• UIAM – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor
• UUM – Universiti Utara Malaysia, Kedah
• UMS – Universiti Malaysia Sabah, Sabah
• UPSI – Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
• USIM – Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan
• USAS – Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia, Perak
• UITM – Universiti Teknologi MARA, Selangor
• UMT – Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu
• UTHM – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor
• UniMAP – Universiti Malaysia Perlis, Perlis
• UniSZA – Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
• UMK – Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan
• UNISEL – Universiti Industri Selangor, Selangor
• MMU – Universiti Multimedia, Selangor

Kepada mana-mana ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan yang turut berminat untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi saya, dengan syarat bahawa anda hendaklah mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD).

*Dr Kamarul Zaman Yusoff merupakan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Tertakluk kepada seksyen kecil (2), Pendaftar boleh
Loading...
membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah seksyen 7 jika Pendaftar puas hati —

dengan itu Perkara Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan

yang semua artikel Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/mengapa-pendaftaran-dap-tidak-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan"

Catat Ulasan

Loading...