Tajuk : Lim Nafi P.Pinang Peroleh Keuntungan RM12.5 Bilion
link : Lim Nafi P.Pinang Peroleh Keuntungan RM12.5 Bilion
Lim Nafi P.Pinang Peroleh Keuntungan RM12.5 Bilion
GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman bahawa kerajaan negeri memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion daripada penjualan tanah di negeri ini.
Dakwaan itu aalah satu fitnah dan tidak benar, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, Zainal Abidin mendakwa sebelum ini beberapa akhbar melaporkan kerajaan negeri memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion daripada penjualan tanah, tidak termasuk hasil projek lain yang dibangunkan di negeri ini.
Beliau berkata UMNO Pulau Pinang juga pelik dengan tindakan kerajaan negeri yang mahu berhutang dengan sebuah bank di China, sedangkan sebelum ini Lim memberitahu kerajaan negeri mempunyai lebihan bajet serta simpanan kira-kira RM1.2 bilion.
Katanya kerajaan negeri sepatutnya menggunakan dana yang diperoleh daripada hasil jualan tanah kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan, bukannya berhutang dengan bank berkenaan.
Mengulas mengenai pinjaman itu, Lim berkata tidak dinafikan kerajaan negeri mempunyai lebihan bajet sebanyak RM1.6 bilion, namun katanya adalah berbaloi untuk membuat pinjaman itu kerana kadar faedahnya lebih rendah daripada pasaran.
Khamis lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada China Exim Bank.
Jumlah wang yang dipinjamkan di bawah rang undang-undang itu disediakan untuk tujuan membiayai pelaburan, pelaksanaan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial bagi negeri ini serta perkara-perkara yang berkaitan termasuk melaksanakan strategi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang 2013-2030 (PTMP). – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbRYXU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman bahawa kerajaan negeri memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion daripada penjualan tanah di negeri ini.
Dakwaan itu aalah satu fitnah dan tidak benar, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, Zainal Abidin mendakwa sebelum ini beberapa akhbar melaporkan kerajaan negeri memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion daripada penjualan tanah, tidak termasuk hasil projek lain yang dibangunkan di negeri ini.
Beliau berkata UMNO Pulau Pinang juga pelik dengan tindakan kerajaan negeri yang mahu berhutang dengan sebuah bank di China, sedangkan sebelum ini Lim memberitahu kerajaan negeri mempunyai lebihan bajet serta simpanan kira-kira RM1.2 bilion.
Katanya kerajaan negeri sepatutnya menggunakan dana yang diperoleh daripada hasil jualan tanah kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan, bukannya berhutang dengan bank berkenaan.
Mengulas mengenai pinjaman itu, Lim berkata tidak dinafikan kerajaan negeri mempunyai lebihan bajet sebanyak RM1.6 bilion, namun katanya adalah berbaloi untuk membuat pinjaman itu kerana kadar faedahnya lebih rendah daripada pasaran.
Khamis lepas, persidangan Dewan
Jumlah wang yang dipinjamkan di bawah rang undang-undang itu disediakan untuk tujuan membiayai pelaburan, pelaksanaan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial bagi negeri ini serta perkara-perkara yang berkaitan termasuk melaksanakan strategi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang 2013-2030 (PTMP). – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbRYXU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Lim Nafi P.Pinang Peroleh Keuntungan RM12.5 Bilion
Kini anda membaca artikel Lim Nafi P.Pinang Peroleh Keuntungan RM12.5 Bilion dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/lim-nafi-ppinang-peroleh-keuntungan.html
0 Response to "Lim Nafi P.Pinang Peroleh Keuntungan RM12.5 Bilion"
Catat Ulasan