Loading...

Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia

Loading...
Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia
link : Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia

lihat juga


Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia




Lawatan negara Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa ke Malaysia mulai hari ini hingga Rabu ini merupakan dorongan besar kepada perkembangan politik dan perkongsian ekonomi antara kedua-dua negara yang dibina atas ikatan persahabatan, hormat-menghomati dan minat berterusan dalam menyokong perjuangan Islam.


Menteri Penerangan Bahrain, Ali bin Mohammed Al-Rumaihi berkata beliau optimis hasil perbincangan Bahrain-Malaysia nanti akan memperkukuh kerjasama politik dan strategik yang sedang berkembang sejak bermula hubungaan diplomatik mulai 1974.


“Rakyat dan pemerintah kami amat menghargai pendirian berterusan dan mesra Malaysia dalam menyokong keselamatan dan kestabilan, amalan demokrasi Bahrain serta menyebelahi kerajaan Bahrain dalam melindungi keselamatan Teluk dan Arab serta menolak campur tangan luar dalam hal ehwal dalamannya,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama.


Al-Rumaihi berkata perjanjian baharu dan memorandum persefahaman akan dibuat semasa kunjungan Raja Bahrain bagi melengkap perjanjian sedia ada dalam bidang kebudayaan, saintifik, ekonomi dan komersial.


Kunjungan bersejarah Raja Hamad dan delegasinya ke Kuala Lumpur akan memperkukuh kerjasama dan perkongsian strategik dua hala, membuka ruang lebih luas kepada pertukaran teknikal, saintifik dan kepakaran teknologi serta melonjak kerjasama keselamatan dan ketenteraan.


Al-Rumaihi berkata terdapat pelbagai persamaan antara kedua-dua negara dalam hubungan sejarah berdasarkan persahabatan, kepercayaan dan saling hormat-menghormati di bawah kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja Hamad, seperti penyertaan dalam kalangan komuniti antarabangsa menerusi Forum Dialog Kerjasama Asia, Pertubuhan Persidangan Islam dan Pertubuhan Bangsa Bersatu.


“Saya berbangga dengan hakikat bahawa Bahrain dan Malaysia merupakan model yang mendahului dalam meningkat nilai tolak-ansur dan kesederhanaan, menolak ektremisme dan keganasan, menyokong dialog dan untuk hidup bersama dalam kalangan tamadun, budaya dan agama, menyokong perjuangan Islam, membantu usaha keselamatan serantau dan antarabangsa serta menghulur bantuan kemanusiaan dan bencana,” katanya.


Beliau juga berhasrat untuk memperkukuh kerjasama media dengan Malaysia menerusi pertukaran makumat, berita dan kepakaran teknikal serta menyokong Pertubuhan Agensi Berita Asia dan Pasifik (OANA).


“Saya juga berminat dalam memperkukuh kerjasama forum Islam, Asia dan antarabangsa, meningkat peranan media dalam perkhidmatan kemanusiaan, menyokong pembangunan mapan, menangani Islamphobia menerusi penyebaran nilai tolak-ansur dan kesederhanaan dalam Islam, menangani seruan kepada kebencian terhadap agama, perkauman dan seruan kepada keganasan, katanya.


Beliau berkata Bahrain mahu mengadakan kerjasama ekonomi lebih erat dengan Malaysia dan mendapat manfaat daripada kejayaan pengalaman antarabangsanya menerusi usahasama, menambah jumlah tukaran dagangan dan mempromosi ekopelancongan. Bahrain juga berminat mengaktif rangka kerja perjanjian bagi ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kerjasama teknikal yang ditandatangani oleh negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Malaysia pada 2011, kata Al-Rumaihi. – Bernama

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oRTyk5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Lawatan negara Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa ke Malaysia mulai hari ini hingga Rabu ini merupakan dorongan besar kepada perkembangan politik dan perkongsian ekonomi antara kedua-dua negara yang dibina atas ikatan persahabatan, hormat-menghomati dan minat berterusan dalam menyokong perjuangan Islam.


Menteri Penerangan Bahrain, Ali bin Mohammed Al-Rumaihi berkata beliau optimis hasil perbincangan Bahrain-Malaysia nanti akan memperkukuh kerjasama politik dan strategik yang sedang berkembang sejak bermula hubungaan diplomatik mulai 1974.


“Rakyat dan pemerintah kami amat menghargai pendirian berterusan dan mesra Malaysia dalam menyokong keselamatan dan kestabilan, amalan demokrasi Bahrain serta menyebelahi kerajaan Bahrain dalam melindungi keselamatan Teluk dan Arab serta menolak campur tangan luar dalam hal ehwal dalamannya,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama.


Al-Rumaihi berkata perjanjian baharu dan memorandum persefahaman akan dibuat semasa kunjungan Raja Bahrain bagi melengkap perjanjian sedia ada dalam bidang kebudayaan, saintifik, ekonomi dan komersial.


Kunjungan bersejarah Raja Hamad dan delegasinya ke Kuala Lumpur akan memperkukuh kerjasama dan perkongsian strategik dua hala, membuka ruang lebih luas kepada pertukaran teknikal, saintifik dan kepakaran teknologi serta melonjak kerjasama keselamatan dan ketenteraan.


Al-Rumaihi berkata terdapat pelbagai persamaan antara kedua-dua negara dalam hubungan sejarah berdasarkan persahabatan, kepercayaan dan saling hormat-menghormati di bawah kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja Hamad, seperti penyertaan dalam
Loading...
kalangan komuniti antarabangsa menerusi Forum Dialog Kerjasama Asia, Pertubuhan Persidangan Islam dan Pertubuhan Bangsa Bersatu.


“Saya berbangga dengan hakikat bahawa Bahrain dan Malaysia merupakan model yang mendahului dalam meningkat nilai tolak-ansur dan kesederhanaan, menolak ektremisme dan keganasan, menyokong dialog dan untuk hidup bersama dalam kalangan tamadun, budaya dan agama, menyokong perjuangan Islam, membantu usaha keselamatan serantau dan antarabangsa serta menghulur bantuan kemanusiaan dan bencana,” katanya.


Beliau juga berhasrat untuk memperkukuh kerjasama media dengan Malaysia menerusi pertukaran makumat, berita dan kepakaran teknikal serta menyokong Pertubuhan Agensi Berita Asia dan Pasifik (OANA).


“Saya juga berminat dalam memperkukuh kerjasama forum Islam, Asia dan antarabangsa, meningkat peranan media dalam perkhidmatan kemanusiaan, menyokong pembangunan mapan, menangani Islamphobia menerusi penyebaran nilai tolak-ansur dan kesederhanaan dalam Islam, menangani seruan kepada kebencian terhadap agama, perkauman dan seruan kepada keganasan, katanya.


Beliau berkata Bahrain mahu mengadakan kerjasama ekonomi lebih erat dengan Malaysia dan mendapat manfaat daripada kejayaan pengalaman antarabangsanya menerusi usahasama, menambah jumlah tukaran dagangan dan mempromosi ekopelancongan. Bahrain juga berminat mengaktif rangka kerja perjanjian bagi ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kerjasama teknikal yang ditandatangani oleh negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Malaysia pada 2011, kata Al-Rumaihi. – Bernama

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oRTyk5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



dengan itu Perkara Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia

yang semua artikel Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/lawatan-raja-bahrain-perkukuh-hubungan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lawatan Raja Bahrain Perkukuh Hubungan Bahrain-Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...