Tajuk : Kumpul dana bantu Rohingya
link : Kumpul dana bantu Rohingya
Kumpul dana bantu Rohingya
Andai kata apabila kita meninggal dunia nanti tidak dapat mewariskan harta, tinggalkanlah kenangan manis dan nama yang baik agar kelak diingati orang.
Sementara masih ada hayat dikandung badan, laksanakan tanggungjawab terhadap agama dan masyarakat agar dapat memberi manfaat kepada setiap manusia.
Lantaran itu setiap bencana yang berlaku di dunia ini, apatah lagi yang membabitkan kemanusiaan amat menyentuh hati dan naluri penyanyi lagu Kamelia, Datuk Ramli Sarip, 64.
Oleh itu, atas sifat kemanusiaan dan rasa prihatin yang cukup menebal terhadap nasib dan penderitaan etnik Rohingya mendorong penghibur berwibawa itu menerusi syarikat pengurusannya, Rasamusic Sdn Bhd menganjurkan Konsert Pelarian-Selamatkan Bumi yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Makan Malam Gala diadakan pada 25 Ogos, jam 8 malam dan konsert pula pada keesokan harinya, jam 8.45 malam. Pada kedua-dua persembahan itu turut menampilkan Ella selaku artis jemputan.
Menurut Ramli, kedua-dua acara itu berkongsi aspirasi yang sama mengumpul dana untuk Rohingya, cuma Makan Malam Gala itu lebih bersifat santai sambil menikmati makan malam. Persembahan pada malam itu berkonsepkan akustik dan klasik.
“Untuk konsert pula diisi dengan lagu berunsur kemanusian, tetapi disampaikan dalam repertoire rock yang disusun dengan begitu padu, tetapi menghiburkan,” katanya.
Ujar Ramli lagi, konsert itu menampilkan ramai pemuzik handalan seperti Man Kidal, Aji Samin, Din Safari, Rozario Rasul, Tom Anuar, Kamarulbahri, Paang Zaman dan Boy Bazli.
Ramli berharap Makan Malam Gala dan konsert itu dapat meraih kutipan dana RM500,000 untuk disalurkan ke Tabung Pertubuhaan Rohingya Malaysia.
“Ujian yang diberikan kepada etnik Rohingya terlalu berat. Saya terpanggil untuk membantu dan berharap apa yang dilakukan dapat memberikan semangat kepada artis remaja melakukan perkara sama.
“Apa yang berlaku kepada bangsa itu boleh berlaku di mana-mana hatta kepada kita sendiri, lantas jangan berasakan yang kehidupan kita ini terlalu selesa,” katanya.
Makan Malam Gala itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan wakil khas Rohingya Muslims of Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Harga meja kategori satu berharga RM15,000, kategori kedua, RM8,000, seterusnya RM6,000 dan RM4,000. Tiket juga boleh dibeli mengikut tempat duduk.
Untuk mereka yang mahu ke konsert pula harga tiket untuk seorang, RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM103 dan RM83.
Tempahan tiket boleh dibuat melalui http://ift.tt/1pfeTgS. Pembeli awal sebelum 15 Julai mendapat potongan harga 15 peratus.
The post Kumpul dana bantu Rohingya appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJnLj1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

“Apa yang berlaku kepada bangsa itu boleh berlaku di mana-mana hatta kepada kita sendiri, lantas jangan berasakan yang kehidupan kita
Makan Malam Gala itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan wakil khas Rohingya Muslims of Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Harga meja kategori satu berharga RM15,000, kategori kedua, RM8,000, seterusnya RM6,000 dan RM4,000. Tiket juga boleh dibeli mengikut tempat duduk.
Untuk mereka yang mahu ke konsert pula harga tiket untuk seorang, RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM103 dan RM83.
Tempahan tiket boleh dibuat melalui http://ift.tt/1pfeTgS. Pembeli awal sebelum 15 Julai mendapat potongan harga 15 peratus.
The post Kumpul dana bantu Rohingya appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJnLj1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Kumpul dana bantu Rohingya
Kini anda membaca artikel Kumpul dana bantu Rohingya dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/kumpul-dana-bantu-rohingya.html
0 Response to "Kumpul dana bantu Rohingya"
Catat Ulasan