Loading...
Tajuk : Kontroversi Isu Muka Depan "The Star", Polis Buka Kertas Siasatan !
link : Kontroversi Isu Muka Depan "The Star", Polis Buka Kertas Siasatan !
Kontroversi Isu Muka Depan "The Star", Polis Buka Kertas Siasatan !
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung penyiaran muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star Sabtu lepas di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polis akan memanggil mereka yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan berikutan banyak laporan diterima mengenai paparan muka depan akhbar itu melibatkan foto dan kapsyen yang menyinggung perasaan masyarakat Islam.
“Mereka (The Star) perlu memberi keterangan kenapa, apa sebab atau niat menyiarkan gambar berserta kapsyen seumpama itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara hari ini.
Sabtu lepas, The Star menyiarkan gambar berserta kapsyen yang dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan maklum balas pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri turut memanggil 4 wakil akhbar itu untuk memberi penjelasan berhubung kaitan foto umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depan di atas foto itu tertulis “Malaysia Terrorist Leader”, seolah-olah mengaitkan umat Islam dengan keganasan.
Mengulas mengenai identiti 2 warga Malaysia yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Marawi, Mindanao baru-baru ini, Khalid berkata pihaknya masih belum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa negara itu.
“Kita sedia maklum mengenai perkara ini namun perlu ada pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina,” katanya. Dua rakyat Malaysia itu dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina.
Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon serta kumpulan Maute yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS. #sumber
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung penyiaran muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star Sabtu lepas di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polis akan memanggil mereka yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan berikutan banyak laporan diterima mengenai paparan muka depan akhbar itu melibatkan foto dan kapsyen yang menyinggung perasaan masyarakat Islam.
“Mereka (The Star) perlu memberi keterangan kenapa, apa sebab atau niat menyiarkan gambar berserta kapsyen seumpama itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara hari ini.
Sabtu lepas, The Star menyiarkan gambar berserta kapsyen yang dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini
Loading...
sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan maklum balas pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri turut memanggil 4 wakil akhbar itu untuk memberi penjelasan berhubung kaitan foto umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depan di atas foto itu tertulis “Malaysia Terrorist Leader”, seolah-olah mengaitkan umat Islam dengan keganasan.
Mengulas mengenai identiti 2 warga Malaysia yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Marawi, Mindanao baru-baru ini, Khalid berkata pihaknya masih belum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa negara itu.
“Kita sedia maklum mengenai perkara ini namun perlu ada pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina,” katanya. Dua rakyat Malaysia itu dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina.
Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon serta kumpulan Maute yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS. #sumber
dengan itu Perkara Kontroversi Isu Muka Depan "The Star", Polis Buka Kertas Siasatan !
yang semua artikel Kontroversi Isu Muka Depan "The Star", Polis Buka Kertas Siasatan ! Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Kontroversi Isu Muka Depan "The Star", Polis Buka Kertas Siasatan ! dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/kontroversi-isu-muka-depan-star-polis.html
0 Response to "Kontroversi Isu Muka Depan "The Star", Polis Buka Kertas Siasatan !"
Catat Ulasan