Tajuk : Kes bunuh Jong Nam dipindah ke Mahkamah Tinggi
link : Kes bunuh Jong Nam dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kes bunuh Jong Nam dipindah ke Mahkamah Tinggi
Keputusan dibuat Hakim Harith Sham Mohamed Yasin selepas membenarkan permohonan dibuat pihak pendakwaraya.
Mahkamah bagaimanapun belum memutuskan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Iskandar Ahmad.
Manakala, tertuduh warga Indonesia, Siti Aisyah diwakili peguam, Gooi Soon Seng, dan tertuduh warga Vietnam, Doan Thi Huong diwakili Hisham Teh Poh Teik dan Datuk Naran Singh.Keputusan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi itu dibuat mengikut 177a Kanun Acara Jenayah (CPC).
Doan dan Siti Aisyah sebelum itu tiba secara berasingan di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat oleh anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).
Mereka turut kelihatan memakai jaket kalis peluru.
Menurut Muhammad Iskandar yang ditemui media, pihak pendakwaan memerlukan kira-kira tiga bulan untuk melengkapkan semua dokumen-dokumen bersabit dengan kes.
Katanya, selepas keputusan mahkamah itu, tarikh perbicaraan kes hanya akan ditentukan mahkamah tinggi.
Pada 1 Mac lalu, Siti Aisyah dan Doan, dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Jong Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada kira-kira 9 pagi, 13 Febuari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan.
Jong Nam ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Macau sebelum dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX.
Jong Nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPH7pt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Keputusan dibuat Hakim Harith Sham Mohamed Yasin selepas membenarkan permohonan dibuat pihak pendakwaraya.
Mahkamah bagaimanapun belum memutuskan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Iskandar Ahmad.
Manakala, tertuduh warga Indonesia, Siti Aisyah diwakili peguam, Gooi Soon Seng, dan tertuduh warga Vietnam, Doan Thi Huong diwakili Hisham Teh Poh Teik dan Datuk Naran Singh.Keputusan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi itu dibuat mengikut 177a Kanun Acara Jenayah (CPC).
Doan dan Siti Aisyah sebelum itu tiba secara berasingan di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat oleh anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).
Mereka turut kelihatan memakai jaket kalis peluru.
Menurut Muhammad Iskandar yang ditemui media, pihak pendakwaan memerlukan kira-kira tiga bulan untuk melengkapkan semua dokumen-dokumen bersabit dengan kes.
Katanya, selepas keputusan mahkamah itu, tarikh perbicaraan kes hanya akan ditentukan mahkamah tinggi.
Pada 1 Mac lalu, Siti Aisyah dan Doan, dihadapkan di Mahkamah Majistret atas
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada kira-kira 9 pagi, 13 Febuari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan.
Jong Nam ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Macau sebelum dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX.
Jong Nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPH7pt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Kes bunuh Jong Nam dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kini anda membaca artikel Kes bunuh Jong Nam dipindah ke Mahkamah Tinggi dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/kes-bunuh-jong-nam-dipindah-ke-mahkamah.html
0 Response to "Kes bunuh Jong Nam dipindah ke Mahkamah Tinggi"
Catat Ulasan