Tajuk : Kerja-kerja Pemeliharaan Takhta Rencana Di Muzium
link : Kerja-kerja Pemeliharaan Takhta Rencana Di Muzium
Kerja-kerja Pemeliharaan Takhta Rencana Di Muzium
KUALA PILAH – Kakitangan Muzium Diraja Seri Menanti dekat sini baru-baru ini melakukan kerja-kerja pemeliharaan Takhta Rencana, iaitu sejenis kenderaan yang digunakan dalam istiadat melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, Bahagian Antikuiti Lembaga Muzium Negeri Sembilan Mohd Nazim Abd Gaman berkata sebanyak lapan kakitangan muzium diketuai beliau sendiri terlibat dalam kerja-kerja pemeliharaan itu bagi memastikan khazanah berharga tersebut dapat dikekalkan.
Beliau berkata melalui kerja-kerja pemeliharaan akan dapat memanjangkan hayat dan memastikan kesejahteraan berterusan Takhta Rencana, tinggalan sejarah yang amat bernilai dan perlu dipertahankan bagi tatapan generasi akan datang, sebagai bahan pameran di muzium itu.
Mohd Nazim berkata selain itu, ia juga dapat mendidik dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada kakitangan yang terlibat mengenai bidang konservasi yang menjadi antara cabang utama dalam permuziuman, di samping pameran dan penyelidikan.
“Takhta Rencana adalah daya tarikan utama pengunjung untuk datang ke Muzium Diraja Seri Menanti, selain melihat pameran dan artifak yang berkaitan dengan institusi pemerintahan beraja di Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.
Takhta Rencana digunakan dalam istiadat pertabalan dan istiadat bersiram yang mana dalam istiadat bersiram Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti hingga ke Panca Persada.
“Takhta Rencana ini terdiri daripada 40 peratus besi dan 60 peratus kayu. Ia terhasil sepenuhnya dengan buatan tangan daripada tukang yang mahir. Asas binaannya diperbuat daripada kayu dengan sokongan empat buah tayar dan gandar bagi menampung keseluruhan berat Takhta Rencana tersebut.
“Sejarah penggunaannya bermula sewaktu pertabalan Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad Shah sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kelapan,” katanya.
Mohd Nazim berkata Takhta Rencana telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan 2015 di bawah Objek Warisan Ketara oleh Jabatan Warisan Negara. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qruJvQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
KUALA PILAH – Kakitangan Muzium Diraja Seri Menanti dekat sini baru-baru ini melakukan kerja-kerja pemeliharaan Takhta Rencana, iaitu sejenis kenderaan yang digunakan dalam istiadat melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, Bahagian Antikuiti Lembaga Muzium Negeri Sembilan Mohd Nazim Abd Gaman berkata sebanyak lapan kakitangan muzium diketuai beliau sendiri terlibat dalam kerja-kerja pemeliharaan itu bagi memastikan khazanah berharga tersebut dapat dikekalkan.
Beliau berkata melalui kerja-kerja pemeliharaan akan dapat memanjangkan hayat dan memastikan kesejahteraan berterusan Takhta Rencana, tinggalan sejarah yang amat bernilai dan perlu dipertahankan bagi tatapan generasi akan datang, sebagai bahan pameran di muzium itu.
Mohd Nazim berkata selain itu, ia juga dapat mendidik dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada kakitangan yang terlibat mengenai bidang konservasi yang menjadi antara cabang utama dalam permuziuman, di samping pameran dan penyelidikan.
“Takhta Rencana adalah daya tarikan utama pengunjung untuk datang ke Muzium Diraja Seri Menanti, selain melihat pameran dan artifak yang berkaitan dengan institusi pemerintahan beraja di Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.
Takhta Rencana digunakan dalam istiadat pertabalan dan istiadat bersiram yang mana dalam istiadat bersiram Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti hingga ke Panca
“Takhta Rencana ini terdiri daripada 40 peratus besi dan 60 peratus kayu. Ia terhasil sepenuhnya dengan buatan tangan daripada tukang yang mahir. Asas binaannya diperbuat daripada kayu dengan sokongan empat buah tayar dan gandar bagi menampung keseluruhan berat Takhta Rencana tersebut.
“Sejarah penggunaannya bermula sewaktu pertabalan Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad Shah sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kelapan,” katanya.
Mohd Nazim berkata Takhta Rencana telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan 2015 di bawah Objek Warisan Ketara oleh Jabatan Warisan Negara. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qruJvQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Kerja-kerja Pemeliharaan Takhta Rencana Di Muzium
Kini anda membaca artikel Kerja-kerja Pemeliharaan Takhta Rencana Di Muzium dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/kerja-kerja-pemeliharaan-takhta-rencana.html
0 Response to "Kerja-kerja Pemeliharaan Takhta Rencana Di Muzium"
Catat Ulasan