Tajuk : Kedah menang, Pak Nasir lari dari Stadium Shah Alam ke Alor Setar
link : Kedah menang, Pak Nasir lari dari Stadium Shah Alam ke Alor Setar
Kedah menang, Pak Nasir lari dari Stadium Shah Alam ke Alor Setar
“SEBAIK pengadil meniupkan wisel penamat malam semalam, ayah (Nasir Abas, 62,) tak sabar memulakan larian pagi ini kerana dia sememangnya berhasrat berlari dari Stadium Shah Alam, Selangor ke Alor Setar apabila Kedah menjuarai Piala FA,” kata Mohd Ridzuan Nasir.
Mohd Ridzuan, 29, anak bongsu pelari solo itu berkata, bapanya memulakan larian solo ke-13 sejauh 500 kilometer itu pada 8.45 pagi dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh hari untuk tiba di Stadium Darul Aman.
Katanya, bapanya yang juga pesara tentera perlu menamatkan larian lebih awal berbanding sebelum ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk sampai ke Kedah bagi menyambut Ramadan.
“Biasanya ayah berlari sehingga 50 km sehari tetapi kali ini dia akan berlari sehingga yang termampu antara 70 hingga 80 km bergantung kepada keadaan untuk mencapai sasarannya sampai dalam tempoh seminggu.
“Usia bukan halangan ayah meneruskan larian kali ini, malah dia akan berhenti untuk solat lima waktu tak kira di mana berada,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Ridzuan berkata, sehingga 1.30 tengah hari, mereka berhenti rehat di Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie), Selangor dan akan meneruskan larian sehingga Rawang yang dijangka 7 petang.
Katanya, bapanya juga berhasrat untuk menjulang Piala FA sebaik tiba di Alor Setar kerana sebelum ini dia agak terkilan kerana tidak dapat memegang Piala Malaysia tahun lalu.
Turut menyertai larian itu, isteri Pak Nasir, Faridah Lowamiah, 59, dan empat anaknya, Noorizan, 37, Norsazali, 33, Norfadzeli, 33, dan Mohd Ridzuan.
Sebelum ini, imam Surau Al Hijrah, Kuala Kedah itu pernah melakukan larian solo pada jarak sama dari Stadium Shah Alam ke Stadium Darul Aman iaitu sehari selepas perlawanan Piala Malaysia membabitkan Selangor dan Kedah yang berlangsung pada 12 Disember 2015.
Selain itu, dia turut melakukan larian solo ke-12 sebagai penghargaan kepada pasukan Kedah yang memenangi Piala Malaysia ketika menentang Selangor di Stadium Shah Alam, 30 Oktober tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
Sumber Kedah menang, Pak Nasir lari dari Stadium Shah Alam ke Alor Setar
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qLeuXB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

dengan itu Perkara Kedah menang, Pak Nasir lari dari Stadium Shah Alam ke Alor Setar
Kini anda membaca artikel Kedah menang, Pak Nasir lari dari Stadium Shah Alam ke Alor Setar dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/kedah-menang-pak-nasir-lari-dari.html
0 Response to "Kedah menang, Pak Nasir lari dari Stadium Shah Alam ke Alor Setar"
Catat Ulasan