Loading...
Tajuk : Jiran Maut Dilanggar Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun
link : Jiran Maut Dilanggar Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun
Jiran Maut Dilanggar Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun
TAPAH – Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia awal pagi, hari ini, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, selepas parah dirempuh kereta dipandu anak jiran ketika mangsa berada di ruang tamu rumahnya di Kampung Baharu Banir, Temoh, di sini, petang semalam.
Lai Kwan Lan, 82, meninggal dunia pada 2 pagi ketika dirawat selepas dipindahkan dari Hospital Tapah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, kemalangan berlaku pada 5.15 petang semalam, ketika mangsa berada dalam rumahnya apabila sebuah kereta Honda Accord dipandu remaja lelaki berusia 13 tahun, merempuh ruang tamu rumahnya.
“Remaja lelaki itu dipercayai mengundur kereta milik abangnya dan tertekan pedal minyak menyebabkan kereta itu meluru laju merempuh rumah di depan rumah keluarganya.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang berada di ruang tamu cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Ipoh kira-kira 9 malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja lelaki itu memandu kereta milik abangnya yang ketika kejadian, berada di kebun manakala ibu bapa remaja itu berada dalam rumah.
“Mangsa tinggal seorang diri dan jarak antara rumahnya dengan jirannya itu kira-kira 20 meter,” katanya. – Harian Metro
TAPAH – Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia awal pagi, hari ini, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, selepas parah dirempuh kereta dipandu anak jiran ketika mangsa berada di ruang tamu rumahnya di Kampung Baharu Banir, Temoh, di sini, petang semalam.
Lai Kwan Lan, 82, meninggal dunia pada 2 pagi ketika dirawat selepas dipindahkan dari Hospital Tapah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, kemalangan berlaku pada 5.15 petang semalam, ketika mangsa berada dalam rumahnya apabila sebuah kereta Honda Accord dipandu
Loading...
remaja lelaki berusia 13 tahun, merempuh ruang tamu rumahnya.
“Remaja lelaki itu dipercayai mengundur kereta milik abangnya dan tertekan pedal minyak menyebabkan kereta itu meluru laju merempuh rumah di depan rumah keluarganya.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang berada di ruang tamu cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Ipoh kira-kira 9 malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja lelaki itu memandu kereta milik abangnya yang ketika kejadian, berada di kebun manakala ibu bapa remaja itu berada dalam rumah.
“Mangsa tinggal seorang diri dan jarak antara rumahnya dengan jirannya itu kira-kira 20 meter,” katanya. – Harian Metro
dengan itu Perkara Jiran Maut Dilanggar Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun
yang semua artikel Jiran Maut Dilanggar Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Jiran Maut Dilanggar Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/jiran-maut-dilanggar-kereta-dipandu.html
0 Response to "Jiran Maut Dilanggar Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun"
Catat Ulasan