Tajuk : JAMAL NAMAKAN CALON WAKILI SUNGAI BESAR
link : JAMAL NAMAKAN CALON WAKILI SUNGAI BESAR
JAMAL NAMAKAN CALON WAKILI SUNGAI BESAR
SABAK BERNAM – Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mencadangkan empat nama calon BN bahagian itu bagi menghadapi PRU-14.
Jamal berkata, BN sungai Besar mengambil langkah ke hadapan dengan menyatakan sokongan penuh terhadap Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon bagi kerusi itu.
Menurutnya, bagi kerusi Dun Sungai Panjang yang disandang Budiman pula, Umno bahagian sebulat suara menamakan Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Imran Tamrin.
“Kuota Dun Sekinchan adalah milik MCA walaupun tewas sejak tiga penggal lalu, namun kita telah menamakan kedua-dua calon iaitu dari MCA dan Umno,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Umno Cawangan Bahagian Sungai Besar di Sekin Hotel, di sini, malam tadi.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, atas semangat BN, kerusi Dun Sekinchan sekiranya ditandingi MCA akan diwakili Ketua Pemuda MCA Bahagian Sungai Besar, Ng Boon Keong.
Bagaimanapun, ujar beliau, jika kerusi itu ditandingi calon Umno, pihaknya menamakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sungai Besar yang juga Ketua Cawangan Seri Che Teh, Samad Wahab.
“Tujuan kami menamakan calon PRU-14 lebih awal dan melancarkan bilik gerakan adalah untuk memudahkan gerak kerja kami,” katanya.
Jamal menegaskan, beliau sejak awal lagi menyatakan pendiriannya tidak mahu bertanding pada PRU-14.
“Saya akan menjadi kepala jentera yang paling setia untuk memastikan calon yang dinamakan ini mendapat kejayaan dan kemenangan besar,” katanya.
Ditanya, adakah tindakannya mengishtihar calon BN bahagian Sungai Besar melangkaui pucuk parti parti, Jamal memberitahu, keputusan menentukan calon PRU-14 adalah hak kepimpinan.
“Calon-calon yang kami namakan ini, tak terkecuali dimasukkan ke dalam tapisan yang akan dilakukan pucuk pimpinan parti,” katanya
Selain itu, Jamal berkata, pihaknya mensasarkan untuk membuka sebanyak 24 bilik gerakan di peringkat cawangan Dun Sekinchan, menjelang Ramadan ini.
“Kita jangkakan, selepas Ramadan, kita akan buka semua 112 bilik gerakan Umno di seluruh Parlimen Sungai Besar.
“Selain itu, kami juga akan aktifkan bilik gerakan daripada komponen BN lain,” katanya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgLvde
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
SABAK BERNAM – Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mencadangkan empat nama calon BN bahagian itu bagi menghadapi PRU-14.
Jamal berkata, BN sungai Besar mengambil langkah ke hadapan dengan menyatakan sokongan penuh terhadap Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon bagi kerusi itu.
Menurutnya, bagi kerusi Dun Sungai Panjang yang disandang Budiman pula, Umno bahagian sebulat suara menamakan Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Imran Tamrin.
“Kuota Dun Sekinchan adalah milik MCA walaupun tewas sejak tiga penggal lalu, namun kita telah menamakan kedua-dua calon iaitu dari MCA dan Umno,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Umno Cawangan Bahagian Sungai Besar di Sekin Hotel, di sini, malam tadi.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, atas semangat BN, kerusi Dun Sekinchan sekiranya ditandingi MCA akan diwakili Ketua Pemuda MCA Bahagian Sungai Besar, Ng Boon Keong.
Bagaimanapun, ujar beliau, jika kerusi itu ditandingi calon Umno, pihaknya menamakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sungai Besar yang juga Ketua Cawangan Seri Che Teh, Samad Wahab.
“Tujuan kami menamakan calon PRU-14 lebih awal dan melancarkan bilik gerakan adalah untuk memudahkan gerak kerja kami,” katanya.
Jamal menegaskan, beliau sejak awal lagi menyatakan pendiriannya tidak mahu bertanding pada PRU-14.
“Saya akan menjadi kepala jentera yang paling setia untuk memastikan calon yang dinamakan ini mendapat kejayaan dan
Ditanya, adakah tindakannya mengishtihar calon BN bahagian Sungai Besar melangkaui pucuk parti parti, Jamal memberitahu, keputusan menentukan calon PRU-14 adalah hak kepimpinan.
“Calon-calon yang kami namakan ini, tak terkecuali dimasukkan ke dalam tapisan yang akan dilakukan pucuk pimpinan parti,” katanya
Selain itu, Jamal berkata, pihaknya mensasarkan untuk membuka sebanyak 24 bilik gerakan di peringkat cawangan Dun Sekinchan, menjelang Ramadan ini.
“Kita jangkakan, selepas Ramadan, kita akan buka semua 112 bilik gerakan Umno di seluruh Parlimen Sungai Besar.
“Selain itu, kami juga akan aktifkan bilik gerakan daripada komponen BN lain,” katanya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgLvde
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara JAMAL NAMAKAN CALON WAKILI SUNGAI BESAR
Kini anda membaca artikel JAMAL NAMAKAN CALON WAKILI SUNGAI BESAR dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/jamal-namakan-calon-wakili-sungai-besar.html
0 Response to "JAMAL NAMAKAN CALON WAKILI SUNGAI BESAR"
Catat Ulasan