Tajuk : ISU BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA
link : ISU BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA
ISU BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA
PUTRAJAYA mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kemungkinan adanya “potensi konflik kepentingan” dalam Jawatankuasa Budiman berhubung urus niaga jualan saham untuk Bandar Malaysia yang dibatalkan, kata sumber.
The Malaysian Insight difahamkan Perdana Menteri Najib Razak mahu siasatan dibuat berhubung keputusan yang dibuat mengenai urus niaga bernilai RM7.41 bilion pada 2015 dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings-China Railway Engineering Corporation (IWH-CREC), yang dibatalkan dua minggu lalu.
“PM bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mengarahkan mereka menyiasat perkara kemungkinan berlakunya konflik kepentingan dan perkara lain yang boleh menjadi isu berkenaan keputusan itu dan pihak berkenaan lain,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Menteri Kewangan Kedua Johari Ghani dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berada dalam Jawatankuasa Budiman yang ditubuhkan tahun lalu bagi mengendalikan pelan rasionalisasi hutang syarikat pelaburan negara itu.
Najib yang juga menteri kewangan, sudah mengumumkan jawatankuasa itu dibubarkan walaupun pelan rasionalisasi hutang belum lengkap sehingga isu Bandar Malaysia diselesaikan.
Beliau juga berkata Arul Kanda kekal sebagai presiden 1MDB tetapi tidak lagi berada dalam lembaga pengarah Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd, yang mengendalikan projek pembangunan Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX).
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Siregar Abdullah kini bertanggungjawab dalam semua perkara berkaitan aset tanah 1MDB yang dipindahkan kepada pemegang saham tunggal, Kementerian Kewangan (MoF).
Irwan menerima kritikan daripada penyokong kerajaan sejak minggu lalu atas peranannya itu dalam pembatalan urus niaga Bandar Malaysia yang mengejutkan itu, di mana urus niaga itu tersenarai sebagai pelan ketiga dan terakhir dalam pelan rasionalisasi hutang untuk 1MDB.
1MDB, ditubuhkan pada 2009, mengumpul hutang kira-kira RM42 bilion dan terpaksa menjual unit utiliti tenaga dan air serta aset tanah bagi membolehkan Putrajaya menyelesaikan hutangnya.
The Malaysian Insight difahamkan siasatan “potensi konflik kepentingan” bermula selepas audit dan siasatan terhadap keputusan jawatankuasa Budiman yang fokus kepada transaksi Bandar Malaysia dan TRX.
Sementara siasatan itu berlangsung, Putrajaya mengumumkan ia membuat permintaan bagi cadangan (RFP) daripada mana-mana pihak berminat untuk membangunkan kawasan seluas 486 ekar di Bandar Malaysia, hab pengangkutan moden dalam ibu kota Kuala Lumpur yang akan turut mempunyai landasan kereta api berkelajuan tinggi ke Singapura dan Bangkok, selain 12 lebuh raya.
Laporan berita berkata syarikat hartanah gergasi China, Dalian Wanda mendahului untuk memperoleh kontrak bagi menjadi pemaju utama projek yang dimiliki sepenuhnya MoF itu. Dalam urus niaga jualan saham sebelum ini, IWH-CREC akan memiliki 60% dalam pembangunan bernilai berbilion ringgi itu.
Syarikat lain yang dikatakan membida untuk Bandar Malaysia termasuk syarikat hartanah China yang lain seperti Greenland Holdings Corp dan China Vanke Co. Difahamkan CREC mungkin akan membina bagi komponen pengangkutan dalam projek itu.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qGlPHV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

1MDB, ditubuhkan pada 2009, mengumpul hutang kira-kira RM42 bilion dan terpaksa

dengan itu Perkara ISU BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA
Kini anda membaca artikel ISU BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/isu-bandar-malaysia-siasatan-terhadap.html
0 Response to "ISU BANDAR MALAYSIA: SIASATAN TERHADAP JAWATANKUASA BUDIMAN BERMULA"
Catat Ulasan