Tajuk : Industri akuakultur Malaysia-China dijangka meningkat sekali ganda - Shabery
link : Industri akuakultur Malaysia-China dijangka meningkat sekali ganda - Shabery
Industri akuakultur Malaysia-China dijangka meningkat sekali ganda - Shabery
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini hasil inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (One Belt One Road) dan merupakan satu daripada manfaat yang dapat dinikmati oleh ahli perniagaan Malaysia.
"Semasa lawatan saya ke Beijing, seorang pegawai membawa saya ke restoran makanan laut dan memberitahu apakah produk akuakultur yang diimport dari Malaysia. Bukti itu sudah cukup untuk menyaksikan industri akuakultur dan perikanan kita berjaya menembusi pasaran China,'' kata beliau kepada pemberita selepas Anugerah Akuakultur dan Kelisa 2017 di sini pada Rabu.
Beliau berkata semasa lawatan beliau ke China bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau menyedari bahawa Malaysia mempunyai potensi besar sebagai pengeksport utama akuakultur ke China."China menyertai bidang akuakultur sejak sekian lama dan terdapat banyak perkara yang kita boleh belajar daripada mereka terutama mengenai pemindahan teknologi. Kerjasama dengan pelbagai pihak telah diwujudkan dan perancangan sedang dijalankan," kata beliau.
Beliau berkata masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan dan mengembangkan industri akuakultur kerana pelabuhan di Kuantan, Pahang akan dijadikan pelabuhan khas untuk menghubungkan kedua-dua negara bagi urusan import-eksport.
"Makanan laut dan produk ikan mendapat permintaan yang tinggi tetapi ada ruang untuk maju terutama mengenai pertukaran teknologi. Malaysia berjaya meneroka pasaran China dan ia akan menjadi pasaran yang besar untuk kita pada masa akan datang," kata beliau.
Beliau berkata pembangunan itu menafikan sebarang kelembapan dalam eksport ke Kesatuan Eropah dan pasaran lain yang mengenakan pelbagai sekatan dan syarat ke atas eksport Malaysia.
Terdahulu, Ahmad Shabery telah merasmikan majlis anugerah yang mengiktiraf 19 akuakultur dan industri berkaitan akuakultur atas sumbangannya kepada industri akuakultur negara.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rh0sQc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini hasil inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (One Belt One Road) dan merupakan satu daripada manfaat yang dapat dinikmati oleh ahli perniagaan Malaysia.
"Semasa lawatan saya ke Beijing, seorang pegawai membawa saya ke restoran makanan laut dan memberitahu apakah produk akuakultur yang diimport dari Malaysia. Bukti itu sudah cukup untuk menyaksikan industri akuakultur dan perikanan kita berjaya menembusi pasaran China,'' kata beliau kepada pemberita selepas Anugerah Akuakultur dan Kelisa 2017 di sini pada Rabu.
Beliau berkata semasa lawatan beliau ke China bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau menyedari bahawa Malaysia mempunyai potensi besar sebagai pengeksport utama akuakultur ke China."China menyertai bidang akuakultur sejak sekian lama dan terdapat banyak perkara yang kita boleh belajar daripada mereka terutama mengenai pemindahan teknologi. Kerjasama dengan pelbagai pihak telah diwujudkan dan perancangan sedang dijalankan," kata beliau.
Beliau berkata masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan dan mengembangkan industri akuakultur kerana pelabuhan di Kuantan, Pahang akan dijadikan pelabuhan khas untuk
"Makanan laut dan produk ikan mendapat permintaan yang tinggi tetapi ada ruang untuk maju terutama mengenai pertukaran teknologi. Malaysia berjaya meneroka pasaran China dan ia akan menjadi pasaran yang besar untuk kita pada masa akan datang," kata beliau.
Beliau berkata pembangunan itu menafikan sebarang kelembapan dalam eksport ke Kesatuan Eropah dan pasaran lain yang mengenakan pelbagai sekatan dan syarat ke atas eksport Malaysia.
Terdahulu, Ahmad Shabery telah merasmikan majlis anugerah yang mengiktiraf 19 akuakultur dan industri berkaitan akuakultur atas sumbangannya kepada industri akuakultur negara.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rh0sQc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Industri akuakultur Malaysia-China dijangka meningkat sekali ganda - Shabery
Kini anda membaca artikel Industri akuakultur Malaysia-China dijangka meningkat sekali ganda - Shabery dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/industri-akuakultur-malaysia-china.html
0 Response to "Industri akuakultur Malaysia-China dijangka meningkat sekali ganda - Shabery"
Catat Ulasan