Tajuk : Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya
link : Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya
Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya
Dalam kejadian kira-kira 1.10 tengah hari, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa yang berusia sembilan tahun maut Jumaat lepas selepas jatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak.
Norazian, 37, tidak menyangka hasrat menjamah sup ayam merupakan permintaan terakhir anak ketiga daripada empat adik beradik itu.
"Masa kejadian, saya baru sahaja pulang dari sekolah selepas ambil kakaknya dalam pukul 1 tengah hari. Kira-kira dua ke tiga minit masuk rumah, saya terkejut apabila jiran datang memberitahu perkara itu dan saya terus bergegas ke tempat kejadian."Pada sebelah pagi, selepas bangun arwah terus tenung saya dan ayahnya... saya pun tanya kepadanya kenapa, tapi dia diam sahaja. Dia juga tidak berkelakuan pelik selain tiada selera makan dan minum disebabkan demam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini pada Ahad.
Sementara itu, bapanya Mat Isa Mohd Wadi, 41, seorang jurujual berkata beliau tidak menyangka kejadian itu akan berlaku kerana anak tunggal lelakinya sering diingatkan tentang perihal bahaya memanjat tembok.
"Masa kejadian, saya ada di rumah sebab ketika itu saya pun demam. Saya memang tak perasan waktu mana dia keluar dari rumah.
"Jarang dia pergi main di kawasan itu (dari tempat arwah jatuh), bagi saya tak mustahil dia dengan sendirinya panjat tembok itu sebab ia lebih tinggi daripada arwah," katanya sambil memberitahu anaknya itu menyimpan hasrat membeli ''punching bag'' dengan duit tabungnya sendiri.
Meskipun masih bersedih, beliau reda dengan pemergian anaknya. Keluarganya turut diziarahi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar di kediaman mereka hari ini.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFUKEL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Dalam kejadian kira-kira 1.10 tengah hari, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa yang berusia sembilan tahun maut Jumaat lepas selepas jatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak.
Norazian, 37, tidak menyangka hasrat menjamah sup ayam merupakan permintaan terakhir anak ketiga daripada empat adik beradik itu.
"Masa kejadian, saya baru sahaja pulang dari sekolah selepas ambil kakaknya dalam pukul 1 tengah hari. Kira-kira dua ke tiga minit masuk rumah, saya terkejut apabila jiran datang memberitahu perkara itu dan saya terus bergegas ke tempat kejadian."Pada sebelah pagi, selepas bangun arwah terus tenung saya dan ayahnya... saya pun tanya kepadanya kenapa, tapi dia diam sahaja. Dia juga tidak berkelakuan pelik selain tiada selera makan dan minum disebabkan demam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini pada Ahad.
Sementara itu, bapanya Mat Isa Mohd Wadi, 41, seorang jurujual berkata beliau tidak menyangka kejadian itu akan berlaku kerana anak tunggal lelakinya sering diingatkan tentang perihal bahaya memanjat
"Masa kejadian, saya ada di rumah sebab ketika itu saya pun demam. Saya memang tak perasan waktu mana dia keluar dari rumah.
"Jarang dia pergi main di kawasan itu (dari tempat arwah jatuh), bagi saya tak mustahil dia dengan sendirinya panjat tembok itu sebab ia lebih tinggi daripada arwah," katanya sambil memberitahu anaknya itu menyimpan hasrat membeli ''punching bag'' dengan duit tabungnya sendiri.
Meskipun masih bersedih, beliau reda dengan pemergian anaknya. Keluarganya turut diziarahi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar di kediaman mereka hari ini.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFUKEL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya
Kini anda membaca artikel Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/ibu-terkilan-anak-tidak-sempat-jamah.html
0 Response to "Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya"
Catat Ulasan