Loading...

Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui !

Loading...
Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui ! - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui !, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui !
link : Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui !

lihat juga

Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui !

ALOR SETAR: Empat lagi kubur yang juga penemuan ketiga terbesar Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) pada tahun ini ditemukan di Anak Bukit.
Penemuan terbaharu itu termasuk dipercayai makam Sultan Kedah ke-19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan permaisurinya, Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Samsudin Wan Yusof berkata, penemuan makam dianggarkan berusia 239 tahun oleh beberapa ahli persatuan itu dibuat pada 26 Mac lalu, sebelum pihaknya mula membuat beberapa tinjauan awal.

"Sultan Muhammad Jiwa memerintah Kedah dari tahun 1710 hingga 1778 dan beliau membuka dua kota pemerintahan iaitu di Kota Setar dan Anak Bukit," katanya.

Wartawan yang berkesempatan ke lokasi melihat dua daripada kubur itu mempunyai binaan kepok (binaan pusara) yang terdiri daripada lapisan batu bata yang agak tinggi dan terletak bersebelahan, dipercayai makam pasangan diraja berkenaan.

Satu lagi kubur yang berada bersebelahan makam Sultan Muhammad Jiwa pula mempunyai binaan kepok memanjang, namun lebih rendah dan dipercayai milik pembesar pada zaman itu, manakala satu lagi kubur tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Wan Samsudin berkata, pihaknya masih belum menemui apa-apa tulisan pada batu nisan berkenaan dan masih melakukan kajian mendalam mengenainya.

Seorang penyelidik PSMCK Syamsyul Anuar Ismail, berkata berdasarkan rekod geneaologi Kesultanan Kedah oleh Christopher Buyers, Sultan Muhammad Jiwa mangkat pada 20 September 1778 dan dimakamkan di Kota Setar, bagaimanapun makamnya tidak ditemui sehingga kini.

"Daripada pengalaman saya dalam kajian batu Acheh, berdasarkan bentuk, jenis, dan saiz; batu nisan di Anak Bukit inilah yang paling besar pernah dijumpai di Kedah.

"Nisan tersebut biasanya dipanggil sebagai batu Acheh, semua batu nisan Acheh diimport ke sini dari Acheh dan dijual kepada golongan atasan dan bangsawan, rakyat biasa hanya guna nisan kayu atau nisan berbatu sungai," katanya.

Pada 23 Mac lepas, PSMCK menemui makam dipercayai milik Sultan Kedah ke-16 Sultan Ataullah Muhammad Shah di Bukit Pinang, kira-kira sebulan selepas menemui makam Sultan Kedah ke-14 Sultan Muhyiddin Mansur Shah di Kampung Chegar, Mukim Jeram, Tunjang. #sumber

dengan itu Perkara Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui !

yang semua artikel Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui ! Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui ! dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/empat-lagi-makam-diraja-kedah-berusia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Empat Lagi Makam DiRaja Kedah, Berusia 239 Tahun Telah Di Temui !"

Catat Ulasan

Loading...