Loading...

Cornell ‘pergi’ mengejut

Loading...
Cornell ‘pergi’ mengejut - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cornell ‘pergi’ mengejut, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Cornell ‘pergi’ mengejut
link : Cornell ‘pergi’ mengejut

lihat juga

Cornell ‘pergi’ mengejut

Sebagai peminat dan pengikut muzik grunge sejak awal 1990-an, barangkali ini berita paling sedih untuk ditulis.

Awal pagi kelmarin (waktu Malaysia), Chris Cornell – penyanyi band grunge popular, Soundgarden meninggal dunia selepas menggantung dirinya di sebuah hotel di Detroit, Amerika Syarikat (AS) beberapa jam selepas mengadakan konsert di Fox Theatre di bandar itu.

“In my time of dying, I want nobody to mourn. All I want for you to do is take my body home.”

Ini antara bait lirik lagu berjudul In My Time of Dying yang dinyanyikan Cornell sebagai lagu terakhirnya dalam konsert itu.

Ia adalah lagu Led Zeppelin yang pernah dirakam semula Soundgarden.

Siapa sangka itu lagu terakhir nyanyian Cornell dalam kerjayanya.

Dalam usia 52 tahun, Cornell akhirnya mengikut ‘jejak’ ikon muzik grunge lain seperti Kurt Cobain (Nirvana), Layne Staley (Alice In Chains) dan Scott Weiland (Stone Temple Pilots) yang meninggal dunia dalam keadaan ‘lebih kurang sama’ – membunuh diri dan pengambilan dadah berlebihan.

Laporan akhbar Detroit Free Press dipetik sebagai berkata, dalam persembahan sempena konsert jelajah Soundgarden di AS itu, Cornell tidak menyanyi seperti dalam keadaan biasa. Seolah-olah hanya jasadnya berada di situ sedangkan fikirannya melayang entah ke mana.

Cornell kelihatan penat dan seperti bergelut untuk memberikan persembahan yang baik. Dia juga kerap lupa lirik dan kadang-kadang vokalnya tidak seiring dengan muzik.

Ia sesuatu yang jarang berlaku terhadap penyanyi yang diiktiraf sebagai antara penyanyi rock terbaik dunia dan vokalnya mampu mencapai ‘range’ empat oktaf itu.

Kematian Cornell disahkan pegawai perubatan Wayne County, Michigan dan pihaknya masih menyiapkan laporan bedah siasat berhubung kematian penyanyi rock popular itu.

Wakil Cornell, Brian Bumbery memberitahu CNN, rakan keluarga Cornell menghubungi talian kecemasan 911, kelmarin selepas menemui penyanyi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai bilik air di hotel penginapannya.

Pasukan perubatan kemudian mengesahkan Cornell sudah meninggal dunia.

Apa yang pasti, kematian Cornell dengan cara membunuh diri memang mengejutkan. Dalam tempoh seminggu ini, Cornell tidak menunjukkan tanda dia mengalami masalah atau kemurungan.

Malah, dia turut memuat naik status di Twitter mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada isterinya, Vicky berserta gambar sejambak bunga ros. Dalam status berkenaan, Cornell turut menyifatkan Vicky adalah isteri dan ibu yang sempurna.

Sehari sebelum konsert di Detroit, Cornell turut memuat naik status di Twitter di mana dia teruja untuk mengadakan konsert di bandar itu.

Bersama Soundgarden yang ditubuhkan pada 1984 di Seattle, Amerika Syarikat, Cornell antara pengasas muzik grunge yang mencetuskan fenomena pada awal 1990-an.

Soundgarden antara band grunge popular dunia selain Nirvana, Pearl Jam, Alice In Chains, The Melvins dan banyak lagi.

Selain Cornell, Soundgarden turut dianggotai Kim Thayil (gitar), Matt Cameron (dram) dan Ben Shepherd (bass).

Mereka pernah memenangi Grammy Awards menerusi single Black Hole Sun dan Spoonman pada 1995 menerusi album keempat, Superunknown. Album itu turut mencatat kejayaan besar apabila menduduki tangga pertama dalam carta Billboard.

Pada 2007, band ini berpecah sebelum mereka bersatu kembali pada 2010 dan menghasilkan album keenam, King Animal.

Sehingga 2012, semua album Soundgarden terjual 22.5 juta di seluruh dunia. Saluran TV kabel VH1 meletakkan Soundgarden di tangga ke-14 dalam 100 Artis Hard Rock Terhebat.

Cornell juga mengganggotai Audioslave pada 2001 selepas Soundgarden berpecah. Audioslave yang turut dianggotai tiga bekas anggota Rage Againts The Machine iaitu Tom Morello (gitar), Tim Commerford (bass) dan Brad Wilk (dram) diiktiraf antara band post-grunge paling berjaya.

Sebagai penyanyi solo, Cornell sudah menghasilkan empat album iaitu Euphoria Morning (1999), Carry On (2007), Scream (2009) dan Higher Truth (2015). Single solo terakhirnya ialah The Promise yang dipasarkan Mac lalu.

Cornell pernah dipilih sebagai Penyanyi Rock Terhebat dalam undian pembaca majalah Guitar World. Majalah Hit Parader pula meletakkan Cornell di tangga keempat dalam 100 Penyanyi Heavy Metal Terbaik Sepanjang Zaman.

Majalah Rolling Stone meletakkan Cornell sebagai antara Penyanyi Terbaik Sepanjang Zaman manakala MTV mengiktiraf Cornell di tangga ke-12 daripada 22 Suara Terhebat Dalam Muzik.

The post Cornell ‘pergi’ mengejut appeared first on Berita Viral.

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFENjl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Selain Cornell,

Loading...
Soundgarden turut dianggotai Kim Thayil (gitar), Matt Cameron (dram) dan Ben Shepherd (bass).

dengan itu Perkara Cornell ‘pergi’ mengejut

yang semua artikel Cornell ‘pergi’ mengejut Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Cornell ‘pergi’ mengejut dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/cornell-pergi-mengejut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cornell ‘pergi’ mengejut"

Catat Ulasan

Loading...