Loading...
Tajuk : Badan Peguam Kecewa Isu Saman Tun M Terhadap Najib Di Batalkan !
link : Badan Peguam Kecewa Isu Saman Tun M Terhadap Najib Di Batalkan !
Badan Peguam Kecewa Isu Saman Tun M Terhadap Najib Di Batalkan !
KUALA LUMPUR: Badan Peguam hari ini bimbang dengan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan tuntutan tort misfeasans semasa memegang jawatan awam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan 2 lagi individu.
Presiden George Varughese mengesali mahkamah mengambil “pendekatan tegar” dalam aplikasi common law dan tort misfeasans semasa memegang jawatan awam.
Tahun lepas, Dr Mahathir dan bekas ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Najib kerana mencampuri dan memastikan semua pihak berkuasa berkaitan tidak meneruskan siasatan terhadap dakwaan salah laku mengenai berbilion ringgit yang diterimanya.
Pada 28 April, Hakim Abu Bakar Jais membatalkan saman itu kerana mereka gagal membuktikan Najib seorang penjawat awam. Mahkamah juga memerintahkan mereka bertiga membayar RM30,000 sebagai kos kepada Najib.
Varughese dalam kenyataan berkata tuntutan itu berkisar sekitar dakwaan salah laku kewangan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat berkaitan oleh perdana menteri selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
“Ini termasuk dakwaan sejumlah RM2.6 bilion dan RM42 juta dipindahkan dari SRC International Sdn Bhd ke akaun bank peribadi perdana menteri, dan beliau menyalahgunakan kuasa pejabatnya untuk mencampuri siasatan ke atas dakwaan salah laku kewangan itu.”
Beliau berkata Mahkamah Tinggi bergantung terutamanya kepada Akta Tafsiran 1948 & 1967 (Akta 388) dan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, dalam menentukan perdana menteri bukan seorang penjawat awam, dan oleh itu, tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh tort itu.
“Tafsiran dan pemikiran sempit ini membimbangkan, dan tidak selari dengan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan dalam bidang undang-undang ini.
“Tort misfeasans semasa menjawat jawatan awam ialah tort yang diambil daripada common law, iaitu undang-undang tidak bertulis tetapi boleh digunakan sepenuhnya di Malaysia. Oleh itu, tindakannya tidak dibawa di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang bertulis, dan oleh itu, Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya bergantung kepada kedua-duanya dalam menentukan sama ada perdana menteri seorang penjawat awam.
“Sifat kuasa pejabat perdana menteri harus diperiksa dalam menentukan sama ada jawatan itu layak dianggap sebagai jawatan awam di bawah common law.”
Beliau berkata tort tersebut menumpukan kepada sifat kuasa tersebut dan bukan orang yang melaksanakan kuasa itu.
Beliau berkata rasional di sebalik misfeasans semasa menjawat jawatan awam sebagai tort adalah dalam mana-mana sistem perundangan berdasarkan kedaulatan undang-undang, kuasa eksekutif dilaksanakan untuk manfaat orang ramai.
“Dengan itu keputusan Mahkamah Tinggi bercanggah dengan pengiktirafan dan penggunaan common law dalam sistem perundangan kita.
“Keputusan Mahkamah Tinggi nampaknya mencadangkan walaupun seorang Perdana Menteri memegang jawatan berdasarkan kepercayaan pengundi dan dibayar daripada dana awam untuk menjalankan kuasanya, beliau tiada kewajipan fidusiari dan tidak menjawab kepada kepada orang ramai sekiranya beliau menyalahgunakan kuasa jawatannya.
“Ini bercanggah dengan peraturan tadbir urus demokrasi,” kata Varugehese.
Presiden Badan Peguam itu juga menambah dakwaan itu membabitkan perkara “berkepentingan awam”, termasuk persoalan tidak terjawab mengenai 1MDB dan pelbagai dakwaan salah laku yang membabitkan Perdana Menteri, “yang terus menyelubungi negara kita”.
“Oleh itu, perkara ini bukan dakwaan tidak berasas yang boleh dibatalkan terus, tetapi patut dibenarkan untuk perbicaraan bagi menentukan merit dakwaan.”
Beliau berkata “malang” keputusan itu menyusuli “keputusan terpuji” Mahkamah Persekutuan dalam Semenyih Jaya Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat & Anor.
“Keputusan itu mengembalikan kuasa kehakiman kepada mahkamah dan memulihkan kebebasan badan kehakiman, membolehkan ia memainkan peranan sebagai badan ketiga dalam kerajaan dan mengawal tindakan melampau badan eksekutif atau badan perundangan,” kata Varughese. #sumber
KUALA LUMPUR: Badan Peguam hari ini bimbang dengan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan tuntutan tort misfeasans semasa memegang jawatan awam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan 2 lagi individu.
Presiden George Varughese mengesali mahkamah mengambil “pendekatan tegar” dalam aplikasi common law dan tort misfeasans semasa memegang jawatan awam.
Tahun lepas, Dr Mahathir dan bekas ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Najib kerana mencampuri dan memastikan semua pihak berkuasa berkaitan tidak meneruskan siasatan terhadap dakwaan salah laku mengenai berbilion ringgit yang diterimanya.
Pada 28 April, Hakim Abu Bakar Jais membatalkan saman itu kerana mereka gagal membuktikan Najib seorang penjawat awam. Mahkamah juga memerintahkan mereka bertiga membayar RM30,000 sebagai kos kepada Najib.
Varughese dalam kenyataan berkata tuntutan itu berkisar sekitar dakwaan salah laku kewangan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat berkaitan oleh perdana menteri selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
“Ini termasuk dakwaan sejumlah RM2.6 bilion dan RM42 juta dipindahkan dari SRC International Sdn Bhd ke akaun bank peribadi perdana menteri, dan beliau menyalahgunakan kuasa pejabatnya untuk mencampuri siasatan ke atas dakwaan salah laku kewangan itu.”
Beliau berkata Mahkamah Tinggi bergantung terutamanya kepada Akta Tafsiran 1948 & 1967 (Akta 388) dan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, dalam menentukan perdana menteri bukan seorang penjawat awam, dan oleh itu, tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh tort itu.
“Tafsiran dan pemikiran sempit ini membimbangkan, dan tidak selari dengan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan dalam bidang undang-undang ini.
“Tort misfeasans semasa menjawat jawatan awam ialah tort yang diambil daripada common law, iaitu undang-undang tidak bertulis tetapi boleh digunakan sepenuhnya di Malaysia. Oleh itu, tindakannya tidak dibawa di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang bertulis, dan oleh itu,
Loading...
Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya bergantung kepada kedua-duanya dalam menentukan sama ada perdana menteri seorang penjawat awam.
“Sifat kuasa pejabat perdana menteri harus diperiksa dalam menentukan sama ada jawatan itu layak dianggap sebagai jawatan awam di bawah common law.”
Beliau berkata tort tersebut menumpukan kepada sifat kuasa tersebut dan bukan orang yang melaksanakan kuasa itu.
Beliau berkata rasional di sebalik misfeasans semasa menjawat jawatan awam sebagai tort adalah dalam mana-mana sistem perundangan berdasarkan kedaulatan undang-undang, kuasa eksekutif dilaksanakan untuk manfaat orang ramai.
“Dengan itu keputusan Mahkamah Tinggi bercanggah dengan pengiktirafan dan penggunaan common law dalam sistem perundangan kita.
“Keputusan Mahkamah Tinggi nampaknya mencadangkan walaupun seorang Perdana Menteri memegang jawatan berdasarkan kepercayaan pengundi dan dibayar daripada dana awam untuk menjalankan kuasanya, beliau tiada kewajipan fidusiari dan tidak menjawab kepada kepada orang ramai sekiranya beliau menyalahgunakan kuasa jawatannya.
“Ini bercanggah dengan peraturan tadbir urus demokrasi,” kata Varugehese.
Presiden Badan Peguam itu juga menambah dakwaan itu membabitkan perkara “berkepentingan awam”, termasuk persoalan tidak terjawab mengenai 1MDB dan pelbagai dakwaan salah laku yang membabitkan Perdana Menteri, “yang terus menyelubungi negara kita”.
“Oleh itu, perkara ini bukan dakwaan tidak berasas yang boleh dibatalkan terus, tetapi patut dibenarkan untuk perbicaraan bagi menentukan merit dakwaan.”
Beliau berkata “malang” keputusan itu menyusuli “keputusan terpuji” Mahkamah Persekutuan dalam Semenyih Jaya Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat & Anor.
“Keputusan itu mengembalikan kuasa kehakiman kepada mahkamah dan memulihkan kebebasan badan kehakiman, membolehkan ia memainkan peranan sebagai badan ketiga dalam kerajaan dan mengawal tindakan melampau badan eksekutif atau badan perundangan,” kata Varughese. #sumber
dengan itu Perkara Badan Peguam Kecewa Isu Saman Tun M Terhadap Najib Di Batalkan !
yang semua artikel Badan Peguam Kecewa Isu Saman Tun M Terhadap Najib Di Batalkan ! Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Badan Peguam Kecewa Isu Saman Tun M Terhadap Najib Di Batalkan ! dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/badan-peguam-kecewa-isu-saman-tun-m.html
0 Response to "Badan Peguam Kecewa Isu Saman Tun M Terhadap Najib Di Batalkan !"
Catat Ulasan