Loading...

Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA

Loading...
Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA
link : Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA

lihat juga


Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah bergelar juara dunia acara keirin, jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang tidak mahu mendabik dada, sebaliknya tetap menghormati pelumba lain yang bakal ditentangnya dalam acara sama pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur, Ogos ini.

Mohd Azizuhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' itu berkata walaupun yakin mampu mengecap kemenangan, beliau tetap tidak akan memandang mudah cabaran daripada pelumba negara lain.

"Apa yang penting, saya dapat beraksi di hadapan penonton sendiri, walaupun cuma satu acara iaitu acara kegemaran saya keirin," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian selaku duta produk makanan tambahan Sports Ration Powerfood di Sekretariat KL2017 di sini hari ini.

Mohd Azizulhasni, 29, merupakan atlet pertama negara memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Dunia yang diadakan di Hong Kong, April lepas, sekali gus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.

Pada kejohanan itu, Mohd Azizulhasni yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio menewaskan pelumba dari Colombia, Fabian Puerta Zapata dan Tomas Babek dari Republik Czech.

SUKAN-BERBASIKAL (AZIZULHASNI) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Sementara itu, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu yakin barisan pelumba pelapis yang turut menjalani latihan di Melbourne, Australia mempunyai potensi untuk berjaya namun mereka memerlukan lebih banyak pendedahan di peringkat antarabangsa.

Beliau percaya dalam tempoh dua hingga tiga tahun, pelumba pelapis negara mampu menaiki podium di kejohanan Siri Piala Dunia.

"Sekarang ini, saya boleh katakan ada sinar dalam acara berbasikal trek negara dengan perkembangan pelumba generasi baharu ini. Saya yakin mereka mampu menjadi pelumba dan mencapai kejayaan yang lebih baik daripada saya.

"Pada peringkat ini, mereka dalam proses pembelajaran dan ia bergantung kepada masa. Saya hanya membantu mereka dengan berkongsi ilmu seperti untuk membawa diri, penampilan diri supaya lebih yakin," katanya.

Ketika ini, enam pelumba pelapis yang berlatih di Melbourne di bawah kendalian ketua jurulatih, John Beasley terdiri daripada Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Khairil Nizam Rasol, Muhammad Fadil Mohd Zonis, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan dua pelumba wanita, Anita Amira Rosdi dan Farina Shawati Mohd Adnan.

Terdahulu, pada majlis menandatangani perjanjian itu, Mohd Azizulhasni berkata beliau menerima tawaran selaku duta makanan tambahan itu selepas menguji produk berkenaan ketika persediaan menghadapi Kejohanan Dunia.

"Sebagai atlet, adalah penting untuk menjaga amalan pemakanan dan selepas saya meneliti kandungan dan mencuba produk ini, saya dapati ia boleh membantu dalam kerjaya saya," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qbcL0G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah bergelar juara dunia acara keirin, jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang tidak mahu mendabik dada, sebaliknya tetap menghormati pelumba lain yang bakal ditentangnya dalam acara sama pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur, Ogos ini.

Mohd Azizuhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' itu berkata walaupun yakin mampu mengecap kemenangan, beliau tetap tidak akan memandang mudah cabaran daripada pelumba negara lain.

"Apa yang penting, saya dapat beraksi di hadapan penonton sendiri, walaupun cuma satu acara iaitu acara kegemaran saya keirin," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian selaku duta produk makanan tambahan Sports Ration Powerfood di Sekretariat KL2017 di sini hari ini.

Mohd Azizulhasni, 29, merupakan atlet pertama negara memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Dunia yang diadakan di Hong Kong, April lepas, sekali gus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.

Pada kejohanan itu, Mohd Azizulhasni yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio menewaskan pelumba dari Colombia, Fabian Puerta Zapata dan Tomas Babek dari Republik Czech.

SUKAN-BERBASIKAL (AZIZULHASNI) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Sementara itu, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu yakin barisan pelumba pelapis yang turut menjalani latihan di Melbourne, Australia mempunyai potensi untuk berjaya namun mereka memerlukan lebih banyak pendedahan di peringkat antarabangsa.

Beliau percaya dalam tempoh dua hingga tiga tahun, pelumba pelapis negara mampu menaiki podium di kejohanan Siri Piala Dunia.

"Sekarang ini, saya boleh katakan ada sinar dalam acara berbasikal trek negara dengan perkembangan pelumba generasi baharu ini. Saya yakin

Loading...
mereka mampu menjadi pelumba dan mencapai kejayaan yang lebih baik daripada saya.

"Pada peringkat ini, mereka dalam proses pembelajaran dan ia bergantung kepada masa. Saya hanya membantu mereka dengan berkongsi ilmu seperti untuk membawa diri, penampilan diri supaya lebih yakin," katanya.

Ketika ini, enam pelumba pelapis yang berlatih di Melbourne di bawah kendalian ketua jurulatih, John Beasley terdiri daripada Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Khairil Nizam Rasol, Muhammad Fadil Mohd Zonis, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan dua pelumba wanita, Anita Amira Rosdi dan Farina Shawati Mohd Adnan.

Terdahulu, pada majlis menandatangani perjanjian itu, Mohd Azizulhasni berkata beliau menerima tawaran selaku duta makanan tambahan itu selepas menguji produk berkenaan ketika persediaan menghadapi Kejohanan Dunia.

"Sebagai atlet, adalah penting untuk menjaga amalan pemakanan dan selepas saya meneliti kandungan dan mencuba produk ini, saya dapati ia boleh membantu dalam kerjaya saya," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qbcL0G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



dengan itu Perkara Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA

yang semua artikel Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/azizulhasni-tetap-hormat-lawan-di-sukan_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azizulhasni tetap hormat lawan di Sukan SEA"

Catat Ulasan

Loading...