Loading...

Angkat tema masalah sosial

Loading...
Angkat tema masalah sosial - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Angkat tema masalah sosial, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Angkat tema masalah sosial
link : Angkat tema masalah sosial

lihat juga

Angkat tema masalah sosial

MELENGKAPKAN pembelajaran pelajar tahun satu bagi program Diploma Teater, Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) menganjurkan pementasan menarik berjudul Sampai Bila di Panggung Eksperimen Aswara pada 28 hingga 30 April lalu.

Pementasan yang diadakan setiap tahun adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkarya dan mengaplikasikan pembelajaran.

Sampai Bila teater moden berdurasi 75 minit ini menyaksikan penyertaan 12 pemain yang memegang pelbagai watak dengan mewakili latar belakang masyarakat berbeza.

Naskhah hasil karya asal Abdul Samat Salleh ini mengangkat tema kemasyarakatan dengan mengetengahkan pelbagai masalah yang berlaku dalam institusi kekeluargaan pada era 1990-an.

Pernah dipentaskan pada 1991 menerusi lakonan cemerlang Zaibo dan Rosminah Tahir, naskhah ini mendapat sambutan cukup baik daripada penonton kerana merasa dekat dengan isu dibawa.

Melihat kepada relevannya isu ini dengan persekitaran masyarakat kontemporari hari ini yang turut berdepan dengan masalah sama, Fakulti Teater Aswara mengambil inisiatif untuk mementaskan semula naskhah ini.

Masih mengekalkan keaslian karya asal tersebut, namun latar masanya diubah kepada latar sekarang untuk disesuaikan dengan situasi masyarakat hari ini yang sentiasa sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing sehingga lupa kepada tanggungjawab kepada keluarga.

Sampai Bila merupakan naskhah komedi yang menyelitkan pelbagai adegan sinis dan ungkapan sindiran dalam menyampaikan mesej kepada penonton.

Bagaimanapun sesuai dengan adat dan budaya Melayu, ungkapan tersebut dilakukan berkias dan berlapik dengan sopan, malah mampu mewujudkan jenaka spontan dan unsur humor yang mengundang gelak tawa penonton.

Naskhah ini mengisahkan Datuk Zainal dan isterinya, Datin Rosminah yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk merujuk permasalahan yang mereka hadapi termasuk hal peribadi dan rumah tangga.

Demi menjaga status dan kepercayaan masyarakat terhadap mereka, pasangan ini sentiasa meluangkan masa malah memberikan perhatian dengan sebaiknya terhadap permasalahan yang diajukan kepada mereka saban hari.

Namun tanpa disedari, kesibukan mereka terhadap permasalahan orang lain menyebabkan mereka lupa masalah yang turut wujud dalam rumah tangga mereka.

Anak lelaki Datuk Zainal, Farid jarang berada di rumah dan bersikap kurang ajar kerana mahu menunjukkan protes kepada ibu bapanya yang dirasakan tidak mengambil berat tentang dirinya, begitu juga dengan ayah Datuk Zainal yang tinggal di rumah orang-orang tua sedangkan dia mampu untuk menjaga bapanya itu.

Selain itu, Datin Rosminah sendiri berdepan kemelut hutang apabila terlalu obses penggunaan kad kredit sehingga membelanjakan wang sesuka hati.

Permasalahan ini digabungkan dalam satu cerita yang kemudiannya membentuk konflik lebih besar sehingga dilihat mampu menjejaskan kehidupan masyarakat secara amnya jika tidak diatasi dengan segera.

Setiap babak malah dialog yang dilontarkan dirasakan begitu dekat dengan penonton kerana isu yang diketengahkan turut dihadapi mereka.

Mesej kekeluargaan

Menurut Pengarahnya dan juga tenaga pengajar Fakulti Teater Aswara, Shahrul Mizad, mesej utama yang ingin disampaikan adalah tentang isu kekeluargaan yang berkait dengan semua orang.

“Pada saya, mesej cukup jelas dalam naskhah ini adalah tentang kekeluargaan iaitu perkara melibatkan anak, isteri, ibu bapa, jiran tetangga dan sebagainya dalam kehidupan seharian kita.

“Kelonggaran dalam hubungan menyumbang kepada berlakunya pelbagai masalah sosial dalam masyarakat kita sejak dulu sehinggalah sekarang ini.

“Permasalahan ini sudah lama wujud, cuma ia berlaku dalam bentuk dan cara yang berbeza mengikut latar masa serta zaman yang dilalui,” katanya.

Menurutnya lagi, pemilihan naskhah ini dibuat dengan mengambil kira kekuatan tema yang dibawakan dan kesesuaiannya dengan tahap kemampuan dan pembelajaran pelajar yang terbabit.

“Saya memang sukakan naskhah yang membawakan tema yang boleh dikaitkan dengan semua orang dan dekat dengan apa yang kita lalui dalam kehidupan.

“Oleh kerana pementasan ini melibatkan pelajar-pelajar tahun satu yang baru sahaja nak membiasakan diri dengan dunia pementasan, maka saya kira ia adalah naskhah yang paling sesuai untuk mereka.

“Jadi saya kira Sampai Bila menepati kriteria itu di mana ia naskhah berkualiti dan dalam masa sama mudah mereka hadam kerana ia berkaitan dengan apa yang mereka lalui sehari-hari,” ujarnya.

Menyentuh tentang proses latihan, kata Shahrul, pementasan ini telah membuat persiapan 10 minggu minggu bagi menampilkan yang terbaik ketika pementasan sebenar berlangsung.

“Latihan penting buat sesebuah pementasan teater terutamanya untuk pelakon kerana merekalah yang menjadi penggerak perjalanan cerita yang akan berlaku di pentas ketiak persembahan sebenar nanti.

“Disebabkan itu saya sebolehnya mahu mereka beri perhatian dan komitmen kepada sesi latihan agar ini agar mereka mereka benar-benar mengenal watak, menghafal skrip dengan sebaiknya dan mampu memberi persembahan yang meninggalkan kesan kepada penonton.

“Selain sesi latihan biasa, saya juga sentiasa menyarankan mereka untuk menambahkan bahan bacaan dan perbaiki komunikasi agar mereka dapat persembahkan karakter yang diwakili dengan lebih baik tanpa terlalu terikat dengan skrip dibawa,” jelasnya.

Sebagai seorang pengarah dan dalam masa sama merupakan tenaga pengajar kepada pelajar terlibat, Sharul tidak menafikan turut berdepan cabaran besar bagi memastikan pementasan ini berjalan sebagaimana yang telah dirancang.

“Selain memastikan mereka dapat menjayakan karakter dengan baik di pentas, sebagai tenaga pengajar, saya juga harus memastikan mereka belajar di sepanjang pementasan ini dari pelbagai sudut.

“Saya hanya bagi panduan dan bimbingan, selebihnya mereka perlu berusaha sendiri untuk cari dengan menimba pengalaman dan ilmu yang ada di persekitaran secara praktikal dengan sebaiknya,” tegasnya.

Sementara itu, Amira Latfir yang memegang watak sebagai Datin Rosminah mengakui tidak mudah untuknya merealisasikan watak yang menampilkan dirinya dengan karekter yang jauh lebih matang daripada usianya yang sebenar.

“Datin Rosminah merupakan seorang wanita, isteri dan juga ibu yang baru sahaja dapat gelaran Datin di mana dia sedang berusaha menyesuaikan diri dengan status itu.

“Ia tidak mudah kerana saya perlu persiapkan diri mengenali perwatakan wanita jauh lebih matang daripada usia sebenar saya di mana banyak perkara harus diberi perhatian baik dari percakapan, pergerakan mahupun penampilan diri.

“Namun dari segi penampilan ia saya tidak berdepan dengan masalah besar kerana di kalangan rakan-rakan dalam kehidupan seharian, mereka sering melihat kematangan saya menerusi gaya dan cara pemakaian saya,” akuinya jujur.

Mahu menjadikan kemunculan  pertamanya di pentas teater sebagai sesuatu yang mampu memberikan kesan kepada dirinya sendiri dan juga penonton yang hadir, Amira meletakkan 100 peratus komitmen kepada pementasan ini.

“Selain latihan yang diadakan bersama pengarah dan rakan-rakan lain, saya juga buat persediaan sendiri untuk dalami watak tersebut menerusi pembacaan dan penelitian dalam kehidupan sebenar.

“Alhamdulillah pengarah banyak beri kelonggaran kepada kami untuk explore apa kami fikirkan sesuai untuk dibentuk dalam watak dibawa di mana kami tidak perlu terlalu terikat dengan apa yang ada di dalam naskhah tersebut.

“Apa yang penting di sini karakter tersebut mampu berdiri dengan baik dan mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan ini dapat difahami mereka yang menonton.

Berkongsi cabaran utama dalam pementasan ini, kata Amira, kerjasama yang daripada rakan-rakan pelakon lain sangat penting untuk sesebuah pementasan.

“Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang akan berlaku di atas pentas ketika pementasan berlangsung, jadi saya perlu sentiasa bersedia jika ada rakan-rakan yang terlupa dialog mereka atau sebarang kemungkinan yang berlaku termasuk kelemahan dari saya sendiri.

“Jadi saya perlu sentiasa berjaga-jaga dan sedia melontar dialog spontan agar apa berlaku itu tidak jejaskan babak seterusnya hingga disedari penonton,” katanya yang berhasrat untuk lebih serius dunia teater selepas ini

The post Angkat tema masalah sosial appeared first on Berita Viral.

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBhDZl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

“Latihan penting buat

Loading...
sesebuah pementasan teater terutamanya untuk pelakon kerana merekalah yang menjadi penggerak perjalanan cerita yang akan berlaku di pentas ketiak persembahan sebenar nanti.

dengan itu Perkara Angkat tema masalah sosial

yang semua artikel Angkat tema masalah sosial Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Angkat tema masalah sosial dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/angkat-tema-masalah-sosial.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Angkat tema masalah sosial"

Catat Ulasan

Loading...