Tajuk : Ambil risiko tempuh kawasan ‘panas’
link : Ambil risiko tempuh kawasan ‘panas’
Ambil risiko tempuh kawasan ‘panas’
Satu lagi kejayaan peribadi buat satu-satunya pakyung negara, Rosnan Rahman apabila pembabitannya dalam seni warisan dunia, makyung diangkat dalam bentuk dokumentari berjudul Jejak Primadona Makyung.
Dokumentari terbitan Allegro Rhythm Broadcasting Sdn Bhd yang menelan belanja hampir RM500,000 itu digarap Zakaria Ariffin dan diarahkan oleh Jefry Talib. Ia memaparkan perjalanan Rosnan yang kembali mencari jejak asal makyung di Yala, Pattani yang terletak di selatan Thailand.
Kembaranya diteruskan di pelbagai lokasi di Nusantara antaranya menelusuri perkembangan dan aktiviti makyung di Kota Bharu dan Pasir Mas (Kelantan), Besut (Terengganu), Serdang Muda dan Deli (Sumatera Utara, Indonesia) dan sekitar Kepulauan Riau.
Penggambaran dibuat selama sebulan bermula Mac sehingga April tahun lalu yang menyaksikan dia berpeluang bertemu beberapa tokoh makyung tersohor. Antaranya Che Mas Mat Sin (Che Mas Merak Emas), Ibrahim Senik, Mek Jah Idris (Mek Jah Musang Berjanggut), Cik Siti Dollah, Haminah Fauzi, Kak Yah Bukit Bunga, Che Mat Jusoh, Abdul Wahab Othman dan Fatimah Abdullah.
Rosnan, 45, berkata, mereka banyak membantu menjadi sumber rujukan dan maklumat penting untuk memastikan bentuk asal makyung berjaya dirakam.
“Banyak ilmu yang ditimba apabila saya bertemu sendiri tokoh-tokoh yang tidak kedekut berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam makyung. Tidak terkecuali ketika di Yala, Pattani kami perlu berdepan risiko kehilangan nyawa dan situasi tak diingini kerana ia adalah kawasan ‘panas’,” katanya.
Rosnan dan rombongan produksi terpaksa melalui banyak ‘check-point’ yang dikawal tentera kerajaan, selain di soal tujuan ke sana serta sering diberi peringatan supaya berhati-hati.
Penggambaran di Tanjung Pinang, Batam di Kepulauan Riau pula mengundang salah faham mengenai permit penggambaran menyebabkan mereka ditahan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Dokumentari ini amat bermakna kerana ada tokoh yang meninggal dunia selepas beberapa bulan penggambaran dibuat iaitu Mek Jah Musang Berjanggut di Besut yang pernah diangkat sebagai Tokoh Warisan Hidup oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
Rosnan yang sudah 18 tahun terbabit dalam makyung mengakui bertuah diberi peluang terbabit dalam produksi itu.
“Dengan adanya dokumentari ini, sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan mengenai kehidupan sebenar primadona makyung di sebalik kegemilangan dan glamor mereka di pentas makyung serta kisah suka duka mereka sebagai ‘seri panggung’.
“Pelbagai keunikan dipaparkan dalam Dokumentari Jejak Primadona Makyung dan besarlah harapan kami agar mendapat perhatian daripada stesen TV yang berminat menyiarkannya di saluran mereka,” katanya.
Tidak ketinggalan, penerbitnya juga bercadang membawa dokumentari ini ke Festival Filem Cannes pada Oktober ini sebagai strategi memasuki pasaran luar.
“Sekarang kami sedang berusaha mencari dana untuk ke sana. Sekiranya berhasil, saya bercadang untuk membuat persembahan pendek kepada tetamu berprestij festival itu,” kata Rosnan.
The post Ambil risiko tempuh kawasan ‘panas’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quWhvU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Satu lagi kejayaan peribadi buat satu-satunya pakyung negara, Rosnan Rahman apabila pembabitannya dalam seni warisan dunia, makyung diangkat dalam bentuk dokumentari berjudul Jejak Primadona Makyung.
Dokumentari terbitan Allegro Rhythm Broadcasting Sdn Bhd yang menelan belanja hampir RM500,000 itu digarap Zakaria Ariffin dan diarahkan oleh Jefry Talib. Ia memaparkan perjalanan Rosnan yang kembali mencari jejak asal makyung di Yala, Pattani yang terletak di selatan Thailand.
Kembaranya diteruskan di pelbagai lokasi di Nusantara antaranya menelusuri perkembangan dan aktiviti makyung di Kota Bharu dan Pasir Mas (Kelantan), Besut (Terengganu), Serdang Muda dan Deli (Sumatera Utara, Indonesia) dan sekitar Kepulauan Riau.
Penggambaran dibuat selama sebulan bermula Mac sehingga April tahun lalu yang menyaksikan dia berpeluang bertemu beberapa tokoh makyung tersohor. Antaranya Che Mas Mat Sin (Che Mas Merak Emas), Ibrahim Senik, Mek Jah Idris (Mek Jah Musang Berjanggut), Cik Siti Dollah, Haminah Fauzi, Kak Yah Bukit Bunga, Che Mat Jusoh, Abdul Wahab Othman dan Fatimah Abdullah.
Rosnan, 45, berkata, mereka banyak membantu menjadi sumber rujukan dan maklumat penting untuk memastikan bentuk asal makyung berjaya dirakam.
“Banyak ilmu yang ditimba apabila saya bertemu sendiri tokoh-tokoh yang tidak kedekut berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam makyung. Tidak terkecuali ketika di Yala, Pattani kami perlu berdepan risiko kehilangan nyawa dan situasi tak diingini kerana ia adalah kawasan ‘panas’,” katanya.
Rosnan dan rombongan produksi terpaksa melalui banyak ‘check-point’ yang dikawal tentera kerajaan, selain di soal tujuan ke sana serta sering diberi peringatan supaya berhati-hati.
Penggambaran di Tanjung Pinang, Batam di Kepulauan Riau pula mengundang salah faham mengenai permit penggambaran menyebabkan mereka ditahan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Dokumentari ini amat bermakna kerana ada tokoh yang meninggal dunia selepas beberapa bulan penggambaran dibuat iaitu Mek Jah Musang Berjanggut di Besut yang pernah diangkat sebagai Tokoh
Rosnan yang sudah 18 tahun terbabit dalam makyung mengakui bertuah diberi peluang terbabit dalam produksi itu.
“Dengan adanya dokumentari ini, sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan mengenai kehidupan sebenar primadona makyung di sebalik kegemilangan dan glamor mereka di pentas makyung serta kisah suka duka mereka sebagai ‘seri panggung’.
“Pelbagai keunikan dipaparkan dalam Dokumentari Jejak Primadona Makyung dan besarlah harapan kami agar mendapat perhatian daripada stesen TV yang berminat menyiarkannya di saluran mereka,” katanya.
Tidak ketinggalan, penerbitnya juga bercadang membawa dokumentari ini ke Festival Filem Cannes pada Oktober ini sebagai strategi memasuki pasaran luar.
“Sekarang kami sedang berusaha mencari dana untuk ke sana. Sekiranya berhasil, saya bercadang untuk membuat persembahan pendek kepada tetamu berprestij festival itu,” kata Rosnan.
The post Ambil risiko tempuh kawasan ‘panas’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quWhvU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Ambil risiko tempuh kawasan ‘panas’
Kini anda membaca artikel Ambil risiko tempuh kawasan ‘panas’ dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/ambil-risiko-tempuh-kawasan-panas.html
0 Response to "Ambil risiko tempuh kawasan ‘panas’"
Catat Ulasan