Tajuk : 16 tuduhan rasuah
link : 16 tuduhan rasuah
16 tuduhan rasuah
Kota Bharu: Jurutera Perancang dan Pembinaan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap 16 tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM40,468.03 daripada dua kontraktor, tahun lalu.
Tertuduh Mohd Asrul Hisyam Setapa, 31,bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Adli Abd Ghalib.
Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa menerima suapan membabitkan wang tunai, telefon bimbit, jam tangan dan peralatan pembinaan berjumlah RM40,468.03 dari dua kontraktor di sekitar Kota Bharu sebagai dorongan mencadangkan nama syarikat itu menjalankan projek milik syarikat GLC itu antara 15 April hingga 22 Ogos 2016.
Kesemua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shahidah Muslimah Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Adli menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Tamat
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quAl7W
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Kota Bharu: Jurutera Perancang dan Pembinaan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap 16 tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM40,468.03 daripada dua kontraktor, tahun lalu.
Tertuduh Mohd Asrul Hisyam Setapa, 31,bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Adli Abd Ghalib.
Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa menerima suapan membabitkan wang tunai, telefon bimbit, jam tangan dan peralatan pembinaan berjumlah RM40,468.03 dari dua kontraktor di sekitar Kota Bharu sebagai dorongan mencadangkan nama syarikat itu menjalankan projek milik syarikat GLC itu antara 15 April hingga 22 Ogos 2016.
Kesemua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shahidah Muslimah Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Adli menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Tamat
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quAl7W
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara 16 tuduhan rasuah
Kini anda membaca artikel 16 tuduhan rasuah dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/16-tuduhan-rasuah.html
0 Response to "16 tuduhan rasuah"
Catat Ulasan