Loading...

10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu

Loading...
10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : 10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu
link : 10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu

lihat juga


10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 warga Iran di Malaysia pada Jumaat keluar mengundi di enam pusat mengundi berbeza -- empat di Kuala Lumpur, masing-masing satu di Johor Bahru dan Pulau Pinang, menyertai 55 juta rakyat mereka di Iran, dan 2.5 juta di negara lain bagi Pilihan Raya Presiden ke-12 sejak Revolusi Islam pada tahun 1979.

Menurut pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian Konsular, Kedutaan Iran di sini, yang enggan namanya disebut, kira-kira 10,000 daripada anggaran 60,000 warga Iran di sini layak mengundi, dengan pusat pengundian dibuka sejak 8 pagi dan dijangka ditutup pada 6 petang.

"Seperti yang anda boleh lihat, orang ramai telah beratur sejak pagi, menunggu giliran mereka. Ini membuktikan warga Iran di sini dan juga di negara kami, serta bahagian-bahagian lain di dunia, percaya kepada konsep demokrasi, iaitu kita boleh memilih pemimpin kita sendiri tanpa mengira fahaman politik mereka," katanya kepada Bernama.

Sebaik pusat pengundian ditutup, pegawai itu berkata, proses pengiraan akan dilakukan segera, dan jumlah undi itu akan dihantar ke Iran untuk dirangkumkan bagi keputusan akhir.

Bagi pilihan raya presiden ini, penyandang presiden Hassan Rouhani, dianggap sebagai ulama yang sederhana dan juga reformis, bakal menerima tentangan sengit daripada Ebrahim Raisi, seorang ulama konservatif serta termasuk dua lagi pencalonan.

Warga Iran, Jafar, 39, yang sedang mengikuti pengajian PhD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), memberitahu Bernama adalah penting bagi kerajaan baharu yang bakal dipilih untuk membentuk dasar yang lebih baik bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sosial.

"Iran sebuah negara yang hebat...tetapi ia hanya boleh menjadi lebih baik dengan tadbir urus yang betul...kita perlu dasar yang baik untuk memacu pertumbuhan ekonomi, mengurangkan pengangguran dan mewujudkan hubungan dengan negara lain.

"Dunia perlu tahu, tidak kira apa pandangan mereka, kami warga Iran masih mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin pilihan kami. Masih terdapat elemen demokrasi di negara kami," tambah beliau lagi.

Rakan senegaranya, Mohmedi, 29, seorang pelajar yang menetap di sini bersama-sama ibu bapanya selama lima tahun, berharap Iran belajar mengenai kepentingan bersifat lebih terbuka kepada dunia luar.

"Kami diberi layanan secara tidak adil dengan pandangan bahawa negara kami dikawal oleh diktator. Pentadbiran mungkin berlainan dengan negara lain yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya.

"Tetapi kami masih mempunyai hak untuk memilih pemimpin kami dan pihak lain harus menghormatinya," kata beliau.

Pada pilihan raya presiden 2013, Rouhaini, yang menewaskan Mahmoud Ahmadinejad, memperoleh 50.88 peratus daripada keseluruhan undi, mengenepikan pencabar terdekatnya Mohammad Bagher Ghalibaf yang hanya mendapat 16.46 peratus undi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBkuBv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 warga Iran di Malaysia pada Jumaat keluar mengundi di enam pusat mengundi berbeza -- empat di Kuala Lumpur, masing-masing satu di Johor Bahru dan Pulau Pinang, menyertai 55 juta rakyat mereka di Iran, dan 2.5 juta di negara lain bagi Pilihan Raya Presiden ke-12 sejak Revolusi Islam pada tahun 1979.

Menurut pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian Konsular, Kedutaan Iran di sini, yang enggan namanya disebut, kira-kira 10,000 daripada anggaran 60,000 warga Iran di sini layak mengundi, dengan pusat pengundian dibuka sejak 8 pagi dan dijangka ditutup pada 6 petang.

"Seperti yang anda boleh lihat, orang ramai telah beratur sejak pagi, menunggu giliran mereka. Ini membuktikan warga Iran di sini dan juga di negara kami, serta bahagian-bahagian lain di dunia, percaya kepada konsep demokrasi, iaitu kita boleh memilih pemimpin kita sendiri tanpa mengira fahaman politik mereka," katanya kepada Bernama.

Sebaik pusat pengundian ditutup, pegawai itu berkata, proses pengiraan akan dilakukan segera, dan jumlah undi itu akan dihantar ke Iran untuk dirangkumkan bagi keputusan akhir.

Bagi pilihan raya presiden ini, penyandang presiden Hassan Rouhani, dianggap sebagai ulama yang sederhana dan juga reformis, bakal menerima tentangan sengit daripada Ebrahim Raisi, seorang ulama konservatif serta termasuk dua lagi pencalonan.

Warga Iran, Jafar, 39, yang sedang mengikuti pengajian PhD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), memberitahu Bernama adalah penting bagi kerajaan baharu yang bakal dipilih untuk membentuk dasar yang lebih baik bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sosial.

"Iran sebuah negara yang hebat...tetapi ia hanya boleh menjadi lebih baik dengan tadbir urus yang betul...kita perlu dasar yang baik untuk

Loading...
memacu pertumbuhan ekonomi, mengurangkan pengangguran dan mewujudkan hubungan dengan negara lain.

"Dunia perlu tahu, tidak kira apa pandangan mereka, kami warga Iran masih mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin pilihan kami. Masih terdapat elemen demokrasi di negara kami," tambah beliau lagi.

Rakan senegaranya, Mohmedi, 29, seorang pelajar yang menetap di sini bersama-sama ibu bapanya selama lima tahun, berharap Iran belajar mengenai kepentingan bersifat lebih terbuka kepada dunia luar.

"Kami diberi layanan secara tidak adil dengan pandangan bahawa negara kami dikawal oleh diktator. Pentadbiran mungkin berlainan dengan negara lain yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya.

"Tetapi kami masih mempunyai hak untuk memilih pemimpin kami dan pihak lain harus menghormatinya," kata beliau.

Pada pilihan raya presiden 2013, Rouhaini, yang menewaskan Mahmoud Ahmadinejad, memperoleh 50.88 peratus daripada keseluruhan undi, mengenepikan pencabar terdekatnya Mohammad Bagher Ghalibaf yang hanya mendapat 16.46 peratus undi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBkuBv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



dengan itu Perkara 10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu

yang semua artikel 10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel 10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/10000-warga-iran-di-malaysia-mengundi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "10,000 warga Iran di Malaysia mengundi pilih presiden baharu"

Catat Ulasan

Loading...