Tajuk : Wanita didakwa sebabkan kematian pegawai kanan polis dan isteri
link : Wanita didakwa sebabkan kematian pegawai kanan polis dan isteri
Wanita didakwa sebabkan kematian pegawai kanan polis dan isteri
Tertuduh, Yeoh Chiew Fern, 37, mengaku tidak bersalah dan meminta supaya dibicarakan sejurus dibacakan pertuduhan itu dan diterangkan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memandu kereta, bernombor PKG 5142 di Kampung Telok Teduri, Jalan Baru Baling Kupang di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya, Suriya Ab Rahman, 37.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM8,000 dan maksimum RM20,000, jika disabitkan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Halina Othman di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Halina tidak menawarkan sebarang jaminan, namun tertuduh memohon supaya dibenarkan diikat jamin.
Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 30 Mei depan bagi lantikan peguam.
Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T berwarna ungu dan berseluar panjang hitam tiba di pekarangan mahkamah tepat jam 9 pagi dengan diiringi anggota polis.
Sepanjang berada di kamar mahkamah, tertuduh kelihatan tenang dan ceria berbual dengan tahanan lain.
Dalam kejadian pada 18 April lalu, Ketua Pegawai Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling bersama isterinya maut dalam kejadian kemalangan jalan raya di Kampung Teluk Teduri Jalan Kupang, kira-kira jam 7 pagi manakala empat anak mereka parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh dari bahagian belakang.
Empat anak mereka ialah Irdina Aliah, 11, Insyirah Aliah, 10, Muhamad Adib Mustakim 8 dan Imanina Aliah, 6 tahun.
Ketika kejadian mangsa bersama isteri sedang dalam perjalanan untuk menghantar empat anak mereka ke sekolah.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnUbRt
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Tertuduh, Yeoh Chiew Fern, 37, mengaku tidak bersalah dan meminta supaya dibicarakan sejurus dibacakan pertuduhan itu dan diterangkan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memandu kereta, bernombor PKG 5142 di Kampung Telok Teduri, Jalan Baru Baling Kupang di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya, Suriya Ab Rahman, 37.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM8,000 dan maksimum RM20,000, jika disabitkan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Halina Othman di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Halina tidak menawarkan sebarang jaminan, namun tertuduh memohon supaya dibenarkan diikat jamin.
Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 30 Mei depan bagi lantikan peguam.
Terdahulu,
Sepanjang berada di kamar mahkamah, tertuduh kelihatan tenang dan ceria berbual dengan tahanan lain.
Dalam kejadian pada 18 April lalu, Ketua Pegawai Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling bersama isterinya maut dalam kejadian kemalangan jalan raya di Kampung Teluk Teduri Jalan Kupang, kira-kira jam 7 pagi manakala empat anak mereka parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh dari bahagian belakang.
Empat anak mereka ialah Irdina Aliah, 11, Insyirah Aliah, 10, Muhamad Adib Mustakim 8 dan Imanina Aliah, 6 tahun.
Ketika kejadian mangsa bersama isteri sedang dalam perjalanan untuk menghantar empat anak mereka ke sekolah.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnUbRt
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Wanita didakwa sebabkan kematian pegawai kanan polis dan isteri
Kini anda membaca artikel Wanita didakwa sebabkan kematian pegawai kanan polis dan isteri dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/wanita-didakwa-sebabkan-kematian.html
0 Response to "Wanita didakwa sebabkan kematian pegawai kanan polis dan isteri"
Catat Ulasan