Tajuk : UMNO 71: 100,000 BAKAL BANJIRI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL?
link : UMNO 71: 100,000 BAKAL BANJIRI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL?
UMNO 71: 100,000 BAKAL BANJIRI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL?
KUALA LUMPUR – Sambutan ulang tahun ke-71 UMNO pada 11 Mei depan bakal menjadi sambutan raksasa dan paling besar dalam sejarah penubuhan parti orang Melayu itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal menghimpunkan lebih 100,000 ahli UMNO dari seluruh pelosok negara.
Menurut beliau, UMNO negeri-negeri telah menyatakan kesanggupan mereka untuk sama-sama menjayakan sambutan tersebut supaya dibanjiri dengan lautan manusia berwarna merah.
“Sepatutnya sambutan besar-besaran seperti ini dilakukan pada tahun lalu iaitu sempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO, namun dua tragedi yang berlaku tahun lepas menyebabkan ia tidak dapat dijalankan.
“Oleh kerana 11 Mei bersama dengan Nisfu Syaaban, malam itu kita adakan majlis bacaan Yasin, doa selamat, solat maghrib dan isyak secara berjemaah sebelum program seterus dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di sini.
Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
– UTUSAN ONLINE
.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qgfSjl
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
KUALA LUMPUR – Sambutan ulang tahun ke-71 UMNO pada 11 Mei depan bakal menjadi sambutan raksasa dan paling besar dalam sejarah penubuhan parti orang Melayu itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal menghimpunkan lebih 100,000 ahli UMNO dari seluruh pelosok negara.
Menurut beliau, UMNO negeri-negeri telah menyatakan kesanggupan mereka untuk sama-sama menjayakan sambutan tersebut supaya dibanjiri dengan lautan manusia berwarna merah.
“Sepatutnya sambutan besar-besaran seperti ini dilakukan pada tahun lalu iaitu sempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO, namun dua tragedi yang berlaku tahun lepas menyebabkan ia tidak dapat dijalankan.
“Oleh kerana 11 Mei bersama dengan Nisfu Syaaban, malam itu kita adakan majlis bacaan Yasin, doa selamat, solat maghrib dan isyak secara berjemaah sebelum program seterus dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di sini.
Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri
– UTUSAN ONLINE
.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qgfSjl
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara UMNO 71: 100,000 BAKAL BANJIRI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL?
Kini anda membaca artikel UMNO 71: 100,000 BAKAL BANJIRI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL? dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/umno-71-100000-bakal-banjiri-stadium.html
0 Response to "UMNO 71: 100,000 BAKAL BANJIRI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL?"
Catat Ulasan