Loading...

Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik

Loading...
Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik
link : Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik

lihat juga

Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik

Neffos X1
Chipset MediaTek Helio P10
CPU 4 x Cortex-A53 1.8 GHz
4 x Cortex-A53 1.0 GHz
GPU Mali-T860MP2
Memori 2GB/3GB RAM
Storan 16GB/32GB, microSD sehingga 128GB
Kamera Utama 13MP auto-focus, f/2.0, rakaman 1080p
Kamera Hadapan 5MP, f/2.0, rakaman 1080p
Skrin 5.0-inci IPS LCD, 1280×720 piksel, 294 ppi
Sambungan 4G LTE, WiFi b/g/n, A-GPS, Bluetooth 4.1
Sistem Android 6.0 Marshmallow + NFUI
Bateri 2250 mAh, tidak boleh dikeluarkan
Berat & Ketebalan 135g, 7.95mm

Neffos iaitu jenama di bawah TP-Link pernah hadir dengan siri Neffos C5 pada sebelum ini, dengan penawaran sejumlah peranti mampu-milik ketika menembusi pasaran Malaysia. Siri ini menekankan penawaran fungsi telefon pintar yang asas, sebagai daya penarik kepada pengguna untuk mendekati jenama ini. Di Malaysia, Neffos telah membawa Neffos C5L, C5, dan C5 Max sewaktu mereka mula memasarkan peranti-peranti mereka pada awal tahun lalu.

Kini mereka tampil lebih ke hadapan dengan pengenalan siri Neffos X1, melalui rekaan berasaskan logam bersama penawaran fungsi yang seimbang. Ia telah menyertakan fungsi terkini seperti pengimbas cap jari, pengecasan pantas, selain memberikan pilihan memori setinggi 3GB RAM. Rekaan yang dibawa juga cukup elegan, memberikan sudut pandangan yang menarik apabila melihat peranti ini.

Dengan pengiklanan yang agresif pada akhir-akhir ini, Neffos X1 telah menarik perhatian pengguna untuk mengenali peranti ini dengan lebih dekat lagi. Dengan harga bermula RM769, ia dilihat sebuah penawaran peranti yang menarik, namun bolehkah ia memberikan pengalaman yang berpatutan dengan harganya?

Rekabentuk

Neffos X1 boleh dikatakan di antara peranti sulung Neffos yang mempunyai rekaan tersendiri. Rekaan peranti Neffos sebelum ini banyak mengambil inspirasi daripada pengeluar lain, terutama rekaan Neffos C5 Max yang membawakan rekaan seumpama LG G3. Rekabentuk Neffos X1 kini lebih segar dan mempunyai nilai rekaan tersendiri, sejajar dengan peningkatan kematangan jenama ini. Rekaan hadapannya tampil ringkas, dengan kehadiran butang kapasitif tanpa sokongan cahaya di bawah skrin. Menariknya, fungsi ‘back’ dan ‘multitasking’ butang ini boleh diubah kedudukannya melalui halaman Settings.

Rekabentuk bahagian belakang ini menampilkan rekaan sedikit lengkungan di bahagian sisi, membuatkan peranti ini lebih selesa apabila dipegang. Kedudukan kamera peranti ini diletakkan pada bahagian tengah, sebaris dengan lampu flash dan pengimbas cap jari. Di bahagian bawahnya pula menempatkan penjenamaan Neffos yang dilihat sesuai dengan tempatnya. Cuma kehadiran logo regulatory di bahagian bawah peranti membuatkannya kurang kemas, tidak seperti peranti Xiaomi Redmi Note 4 yang menampilkannya secara digital pada bahagian Settings.

Di bahagian bawah peranti pula menempatkan dua saluran pembesar suara, tetapi hanya satu lubang sahaja yang mengeluarkan bunyi. Audio mononya agak lantang, boleh didengari secara kuat di dalam bilik, cuma kualitinya sekadar memadai. Di antara kedua-dua saluran pembesar suara ini adalah kehadiran sambungan berasaskan microUSB, yang dilihat masih berpadanan dengan peranti di bawah RM1000.

Pada bahagian atas peranti pula menempatkan sambungan earphone jack 3.5mm, namun tidak menyertakan sokongan IR blaster seperti yang hadir pada peranti Xiaomi. Fungsi ini sekiranya ada, ia membolehkan peranti dijadikan alat kawalan jauh untuk mengawal perkakasan di dalam rumah anda. Di bahagian sisi kanan peranti pula menempatkan butang pelarasan suara, bersama satu butang kuasa yang dilihat mudah untuk dicapai. Apa yang saya cukup suka adalah kehadiran butang mute pada bahagian sisi kiri peranti, sekaligus membolehkan peranti disenyapkan dengan mencapainya secara fizikal. Di bawah butang ini adalah slot SIM yang dikongsi bersama kad microSD pada ruang sim kedua.

Pengimbas cap jari yang hadir pada peranti ini dikatakan membawa kepantasan pengimbas cap jari sepantas 0.2s, tetapi kepantasan di dunia adalah sedikit berbeza apabila diuji. Apabila meletakkan jari saya pada pengimbas ini, kepantasannya adalah seperti menggunakan pengimbas cap jari yang hadir dengan tindak balas 0.4s. Delay untuk menyahkunci peranti melalui cap jari boleh dilihat ketika skrin ditutup, tetapi amat pantas apabila anda mengaktifkan skrin peranti ini terlebih dahulu. Bercakap mengenai fungsi ekstra, ia membolehkan pengguna mengambil gambar selfie dengan hanya menyentuh pengimbas cap jari ini.

Neffos X1 membawakan saiz skrin sebesar 5.0-inci yang mana dipadankan dengan resolusi 1280×720. Kualiti paparan full in-cell ini amat terang apabila diuji walaupun dijana dengan panel berasaskan IPS LCD. Teks dan gambar, walaupun ketumpatan pikselnya pada 294 ppi, ia masih selesa untuk dilihat tanpa penampakkan piksel yang ketara. Kaca 2.5D yang digunakan pada paparan ini dilindungi dengan kaca Gorilla Glass bagi mengurangkan kesan hentakan dan calar apabila digunakan secara lasak.

Neffos X1 membawakan dua variasi yang berbeza untuk pasaran Malaysia, menerusi pilihan 2GB RAM + 16GB yang ditawarkan pada harga RM769. Bagi anda yang inginkan jumlah memori yang lebih besar, ia hadir dengan variasi 3GB RAM + 32GB yang mana telah dijual pada harga RM849. Ia juga menyertakan sokongan penambahan memori sehingga 128GB, dengan penggunaan kad microSD pada ruang sim kedua.

Sistem

Neffos X1 membawakan antaramuka dengan penjenamaan mereka tersendiri, menerusi NFUI 1.1 yang dijalankan di atas Android 6.0 Marshmallow. Ia menggabungkan antaramuka stock bersama sokongan theme, bagi memberi keseimbangan antara penampilan yang kemas dan ceria. Saya cukup suka dengan penambahan elemen kecil Android 7.0 Nougat pada antaramuka ini, terutama dari segi rekaan notification drawer dengan akses butang secara pantas.

Tampilan NFUI yang ceria banyak dibantu melalui penggunaan theme, yang memberikan 5 pilihan tema yang boleh dipilih oleh pengguna. Sokongan tema ini yang menariknya tidak mengganggu rekaan ikon asal, tanpa memasukkan kesan mask atau shape pada ikon-ikon ini. Launcher yang hadir pula membawakan paparan tanpa sokongan app drawer, dengan perletakkan kesemua aplikasi pada homescreen.

NFUI turut membekalkan beberapa fungsi tersendiri seperti Turbo Download yang membolehkan fail melebihi 20MB dimuat-turun melalui gabungan WiFi dan selular. Ia juga membekalkan fungsi FloatButton, dengan memberi akses kepada butang navigasi dengan menekannya pada mana-mana bahagian skrin. Ia juga hadir dengan Glove mode, untuk memudahkan peranti digunakan ketika melakukan aktiviti lasak.

Aplikasi yang didatangkan secara terbina meliputi aplikasi daripada pihak Neffos sendiri seperti File Manager, Weather, Calculator, Clock, Compass, dan FM Radio. Ia juga menyertakan sejumlah aplikasi daripada Google secara terbina, yang terdiri daripada aplikasi Gmail, Maps, Youtube, Drive, Play Music, Play Movies, Duo, dan Photos. Tiada sebarang bloatware yang didatangkan, dan usaha ini cukup dipuji untuk peranti keluaran Neffos.

Prestasi

Neffos X1 dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P10, iaitu cip pemprosesan yang pernah digunapakai pada Oppo F1 Plus, Xperia XA, dan Flash Plus 2. Ia menawarkan rekaan 28nm, dengan kehadiran cip lapan teras melalui pembahagian dua kluster berlainan untuk penggunaan tertentu. Kluster untuk penggunaan tenaga rendah dikuasakan dengan 4 x Cortex-A53 1.0 GHz dalam menjimatkan penggunaan bateri ketika standby dan ketika menggunakan aplikasi-aplikasi harian. Bagi kluster dengan keupayaan prestasi pantas, ia menggunakan 4 x Cortex-A53 1.8 GHz dalam mengemudi permainan dengan grafik intensif.

Apabila diuji melalui AnTuTu Benchmark, MediaTek Helio P10 mencatatkan mata sekitar 46,017 iaitu berada pada siri kelas cip pemprosesan Snapdragon 615. Cip MediaTek Helio P10 terkenal dengan cip pemprosesan yang lancar dan responsif, terutama ketika membuka aplikasi harian seperti Twitter dan Instagram. Pengeluaran haba daripada peranti juga dilihat agak baik, yang mana kurang terasa panas apabila menggunakannya pada jangka masa lama.

Prestasi permainannya dilihat memberikan prestasi yang lancar apabila memainkan permainan kasual seperti 8 Ball Pool dan Subway Surfers dengan bacaan frame rate yang konsisten. Tetapi apabila memainkan permainan dengan grafik intensif seperti Asphalt 8 dan Modern Combat 5, ia masih memberi frame rate yang lancar, cuma grafiknya telah dikurangkan dari segi kualitinya. Prestasi multitaskingnya melalui penggunaan memori 2GB RAM dilihat mampu menahan sejumlah kecil aplikasi daripada direload semula.

Kamera

Perkara yang cukup saya suka mengenai peranti ini adalah dari segi keupayaan kameranya yang cukup baik untuk penggambaran harian. Ia hadir dengan sensor 13MP Sony IMX 258 dalam memberi prestasi penggambaran yang terang dan tajam, terutama pada indoor atau lokasi kurang cahaya. Ia juga mempunyai kemampuan Phase Detection Auto Focus (PDAF) sepantas 0.2s, untuk prestasi pemfokusan yang lancar dan pantas.

Prestasi kamera peranti ini saya boleh kata ia berprestasi lebih baik berbanding Xiaomi Redmi Note 4 yang pernah saya ulas pada akhir bulan lalu. Ia menawarkan keperincian imej yang lebih tajam, terutama apabila tiba pada waktu kurang cahaya. Kawalan warnanya juga tidak begitu saturated, membolehkan kamera peranti ini memberikan hasil yang lebih neutral. Gambar pada waktu malam pula memberikan kawalan noise yang cukup seimbang, tanpa dibebankan dengan masalah gambar soft yang ketara.

Aplikasi kamera yang hadir pada Neffos X1 walau bagaimanapun masih asas dengan kehadiran sejumlah fungsi yang amat kecil. Ia hadir dengan fungsi panorama, slow-motion, dan time-lapse, dan filter sahaja untuk dipadankan pada keperluan fotografi anda. Namun satu kebolehan yang cukup suka adalah screen off snapshot yang membolehkan anda mengambil gambar secara pantas dengan menekan butang volume down sebanyak dua kali.

Neffos X1 juga menyokong fungsi rakaman video 1080p melalui penggunaan kamera utama dan juga kamera hadapannya. Kualiti rakamannya dilihat hanya sekadar memadai atas ketiadaan penstabilan imej optikal dalam mengurangkan gegaran ketika pengambilan video. Audio daripada hasil rakaman video juga berada pada tahap memadai, yang mana sesuai untuk rakaman kasual.

Bateri

Neffos X1 menawarkan kapasiti bateri sebesar 2250 mAh yang mana agak kecil apabila dibandingkan dengan peranti yang berada di pasaran. Tetapi dengan penggunaan skrin sebesar 5-inci, ia mungkin memberikan masa bertahan yang lebih lama apatah lagi dipadankan dengan resolusi 720p. Penggunaan cip MediaTek Helio P10 juga menjadi penentu dalam mempengaruhi masa bertahan bateri untuk peranti ini.

Hasil penggunaan melebihi 24 jam, saya boleh kata prestasi bateri Neffos X1 sebenarnya memberi ketahanan yang cukup baik dengan masa nyalaan skrin yang lama. Bateri pada peranti ini mencatatkan masa Screen-on-Time (SoT) sekitar 5 jam 41 minit, dengan masa bertahan selama 28 jam. Ia suatu bacaan bateri yang baik, dengan masa SoT melebihi 4 jam untuk penggunaan sepanjang hari. Prestasi bateri ini dilihat hampir mendekati prestasi Oppo F1s yang mana telah mencatatkan masa SoT sekitar 6 jam 27 minit.

Peranti ini turut dibekalkan dengan sistem pengecasan pantas tersendiri, yang membenarkan peranti ini dicas sekitar 50% dalam masa 30 minit. Perkara ini dibantu dengan teknik pengecasan 5V/2A, yang juga banyak digunakan pada peranti kelas permulaan dan pertengahan pada saat ini. Ia tidak menggunakan standard pengecasan pantas seperti Pump Express yang dibangunkan oleh MediaTek, tetapi kehadiran teknik seperti ini dapat menyingkatkan lagi masa pengecasan peranti ini.

Rumusan

Neffos X1 dilihat lebih matang dan lebih sempurna apabila dibandingkan dengan peranti keluaran Neffos terdahulu. Ia kini mempunyai rekaan dengan acuan sendiri bersama tampilan antaramuka NFUI yang kemas dan moden. Ia mengubah persepsi saya yang terdahulu mengenai Neffos C5 Max, yang mana banyak diambil dari rekaan pengeluar lain. Peranti keluaran Neffos kini mempunyai identiti tersendiri, membuatkan saya ternanti-nanti apakah yang dibawa oleh mereka pada peranti seterusnya.

Selain daripada rekaan dan antaramuka, kekuatan Neffos X1 terletak pada keupayaan kameranya yang menawarkan prestasi kamera terbaik untuk peranti sekelasnya. Ia mampu mengambil gambar low-light dengan amat baik bersama perwarnaan yang seimbang untuk kegunaan harian. Ia juga mampu memberikan ketahanan bateri yang lama, dengan bacaan SoT 5 jam 41 minit pada masa bertahan peranti selama 28 jam. Prestasi hariannya juga mampu memberikan pengalaman menggunakan peranti dengan lancar, melalui penggunaan MediaTek Helio P10 dengan cip lapan-teras.

Pro
  • Kamera utama membawakan prestasi harian dan low-light yang amat baik.
  • Menawarkan prestasi yang lancar untuk penggunaan harian.
  • Hadir dengan rekaan yang menarik dan selesa dipegang.
  • Paparan peranti memberikan kadar warna yang terang dan menyerlah.
  • Mempunyai butang mute untuk akses mod senyap secara fizikal.
  • Menawarkan ketahanan bateri yang baik untuk peranti sekelasnya.
  • NFUI menampilkan antaramuka yang ringkas dan moden.
Kontra
  • Tiada fungsi IR blaster.
  • Mutu rakaman videonya masih perlu diperbaiki.
  • Tidak hadir dengan slot sim & microSD secara berasingan.

Cuma ada beberapa perkara yang dilihat mengisi ruangan kontra peranti ini terutama ketidakhadiran fungsi IR blaster yang dilihat menjadi standard pada kebanyakan peranti Xiaomi. Walaupun penggambaran imej dilihat baik, mutu rakaman videonya masih perlu diperbaiki, terutama dari segi gegaran dan ketajaman pada rakaman. Dengan penggunaan slot dwi-sim berasaskan hibrid, ia juga menyukarkan pengguna untuk memanfaatkan kedua-dua sim secara serentak apabila kad microSD sedang digunakan.

Walau bagaimanapun, saya cukup puji dengan usaha Neffos dalam memberikan keseimbangan pada peranti ini, baik dari segi paparan, prestasi, kamera, dan keupayaan bateri peranti ini. Ia mungkin agak mahal jika dilihat dari segi spesifikasinya, namun keupayaan kamera utama peranti ini telah membuatkan ia berbaloi dimiliki sekiranya anda mengutamakan aspek penggambaran yang baik. Ia sebuah peranti yang kemas dan elegan, dengan penawaran fungsi mudah-alih yang seimbang untuk segmen peranti di bawah RM800.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pvt9IK

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik

yang semua artikel Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/ulasan-neffos-x1-peranti-kompak-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ulasan: Neffos X1 – Peranti Kompak Dengan Keupayaan Kamera Yang Baik"

Catat Ulasan

Loading...