Loading...
Tajuk : Surat Palsu PM: Pemuda UMNO Desak Polis Siasat
link : Surat Palsu PM: Pemuda UMNO Desak Polis Siasat
Surat Palsu PM: Pemuda UMNO Desak Polis Siasat
KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung surat palsu menggunakan kepala surat dan tanda tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata surat berkenaan dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin merosakkan reputasi Najib.
“Ini adalah satu serangan serius kepada perdana menteri. Yang jelas pihak berkenaan ingin menjatuhkan beliau.
“Saya menggesa polis menyiasat perkara ini agar pihak terbabit tidak terus menipu orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira 10 pagi tadi.
Menurutnya surat palsu berkenaan dipercayai dihantar menggunakan kiriman pos kepada organisasi swasta dan syarikat milik kerajaan.
“Isi kandungan surat berkenaan yang kononnya daripada perdana menteri bagi meraih sokongan dan kesetiaan kepadanya dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14)… dan saya percaya banyak pihak menerima surat berkenaan.
“Justeru itu, kami menyeru individu, korporat atau syarikat- yang ada menerima surat palsu itu supaya tampil membuat laporan polis atau setidak-tidaknya berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri untuk pengesahan,” katanya. – BERNAMA

dengan itu Perkara Surat Palsu PM: Pemuda UMNO Desak Polis Siasat
yang semua artikel Surat Palsu PM: Pemuda UMNO Desak Polis Siasat Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Surat Palsu PM: Pemuda UMNO Desak Polis Siasat dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/surat-palsu-pm-pemuda-umno-desak-polis.html
0 Response to "Surat Palsu PM: Pemuda UMNO Desak Polis Siasat"
Catat Ulasan