Loading...

Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB

Loading...
Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB
link : Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB

lihat juga


Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa ada bukti menunjukkan aliran dana daripada akaun berkaitan 1MDB kepada “tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS”.
Beliau juga berkata desakan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semalam agar beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak timbul, kerana mendakwa badan itu sudah pun menyiasat aliran dana itu.
“Saya akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini, dan akan membuat laporan SPRM agar mereka dapat merujuk kembali kertas siasatan itu,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Rafizi mendakwa mempunyai bukti menunjukkan ada individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB, dan mendesak Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab persoalan itu.
Sidang media itu diadakan sebaik selepas sesi Dewan Rakyat berakhir dengan kekecohan, susulan Ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak berpuas hati kerana tidak diberikan ruang untuk berbahas selepas pembentangan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Rafizi berkata pendedahannya nanti akan memberikan ujian besar kepada Umno, selepas sebelum ini peguam negara dibidas kerana tidak mahu meneruskan siasatan mengenai aliran dana ke dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak.
“Pimpinan PAS segenap peringkat pula perlu menyemak sama ada pernah menerima bantuan kewangan dan infak daripada tokoh yang akan saya namakan, kerana kemungkinan besar ia wang rakyat melalui 1MDB,” katanya.
Rafizi menambah, PAS akan terus “dipegang” Najib untuk kekal tidak bersama-sama pembangkang yang lain, menerusi dana itu dan isu RUU 355.
Menurutnya, beliau sebelum ini bersangka baik dan berharap agar RUU itu dapat dibahaskan seperti RUU lain, namun episod semalam membuktikan isu itu hanyalah bahan politik demi survival politik Najib.
“Maka menjadi tanggungjawab saya berdepan terus dengan PAS dan Umno dalam 2 isu ini, supaya rakyat boleh kembali kepada isu paling penting seperti kebajikan, kenaikan harga barang dan kurangnya peluang pekerjaan,” katanya. #sumber
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa ada bukti menunjukkan aliran dana daripada akaun berkaitan 1MDB kepada “tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS”.
Beliau juga berkata desakan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semalam agar beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak timbul, kerana mendakwa badan itu sudah pun menyiasat aliran dana itu.
“Saya akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini, dan akan membuat laporan SPRM agar mereka dapat merujuk kembali kertas siasatan itu,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Rafizi mendakwa mempunyai bukti menunjukkan ada individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB, dan mendesak Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab persoalan itu.
Sidang media itu diadakan sebaik selepas sesi Dewan Rakyat berakhir dengan kekecohan, susulan Ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak berpuas hati kerana tidak diberikan ruang untuk berbahas selepas
Loading...
pembentangan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Rafizi berkata pendedahannya nanti akan memberikan ujian besar kepada Umno, selepas sebelum ini peguam negara dibidas kerana tidak mahu meneruskan siasatan mengenai aliran dana ke dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak.
“Pimpinan PAS segenap peringkat pula perlu menyemak sama ada pernah menerima bantuan kewangan dan infak daripada tokoh yang akan saya namakan, kerana kemungkinan besar ia wang rakyat melalui 1MDB,” katanya.
Rafizi menambah, PAS akan terus “dipegang” Najib untuk kekal tidak bersama-sama pembangkang yang lain, menerusi dana itu dan isu RUU 355.
Menurutnya, beliau sebelum ini bersangka baik dan berharap agar RUU itu dapat dibahaskan seperti RUU lain, namun episod semalam membuktikan isu itu hanyalah bahan politik demi survival politik Najib.
“Maka menjadi tanggungjawab saya berdepan terus dengan PAS dan Umno dalam 2 isu ini, supaya rakyat boleh kembali kepada isu paling penting seperti kebajikan, kenaikan harga barang dan kurangnya peluang pekerjaan,” katanya. #sumber


dengan itu Perkara Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB

yang semua artikel Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/rafizi-tunggu-saya-dedah-bukti-siapa-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rafizi: Tunggu Saya 'Dedah' Bukti Siapa Di Dalam PAS Terima Wang 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...