Loading...

Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia

Loading...
Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia
link : Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia

lihat juga

Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia

MUMBAI: Cabang pengeluaran dan pemasaran minyak pelincir global Petronas, Petronas Lubricants International Sdn Bhd (PLI), bersedia untuk menerajui pasaran minyak pelincir Malaysia, dengan memanfaatkan kemajuan teknologi yang terdapat dalam produk terkininya, Petronas Sprinta dengan Ultraflex.

Menurut kajian, Petronas Sprinta dengan Ultraflex, minyak motosikal baharu, mampu memberi perlindungan enjin sehingga 41 peratus lebih daripada yang ditetapkan dan menghalang masalah minyak apabila terdedah kepada suhu tinggi 150 darjah Celcius.

Rangkaian baru minyak pelincir Petronas Sprinta itu akan boleh didapati di peringkat global, secara berperingkat-peringkat, mulai suku kedua 2017 di Malaysia dan Vietnam, manakala Thailand pada suku keempat dan Indonesia tahun depan.

Ketua Rantau Asia Pasifik PLI, Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata PLI yang kini di tempat kedua dalam pasaran minyak pelincir Malaysia, bagaimanapun, telah bersedia membina jenama untuk menjadi peneraju utama di Malaysia.

“Petronas Sprinta dengan Ultraflex berdaya saing di peringkat global, minyak pelincir canggih dan kami mahu membawanya ke pasaran Malaysia kerana yakin ia akan menjadi salah satu produk yang terbaik, (berbanding) yang terdapat di pasaran,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Bagi pasaran Malaysia, PLI akan menawarkan empat varian, iaitu F300 mineral untuk pasaran secara meluas, F500 semi-sintetik, F700 semi-sintetik dan F900 varian sintetik sepenuhnya.

Mohd Khalid berkata PLI kini menguasai 23 peratus bahagian pasaran di Malaysia, dan minyak motosikal merupakan segmen yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh syarikat.

“Banyak pertumbuhan kami di Malaysia dicapai melalui hubungan dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) utama dan ada di antaranya dengan OEM global dan tempatan.

“Pada September tahun lepas, kami telah melancarkan minyak pelincir komersial kami, Petronas Urania, dilengkapi dengan formulasi baru. Kami menyaksikan tarikan yang sangat baik di pasaran, ini merupakan bidang pertumbuhan yang kami mahu perluaskan,” kata Mohd Khalid.

Asas kedua pertumbuhan adalah melalui perwakilan PLI di kedai-kedai dan bengkel kerana ia telah menunjukkan potensi pertumbuhan yang baik dalam segmen berkenaan pada tahun lepas, katanya.

“Asas pertumbuhan ketiga ialah segmen minyak motosikal … ini adalah segmen yang akan kami beri tumpuan kerana Petronas Sprinta dengan Ultraflex akan membantu kami di pasaran,” katanya.

Mohd Khalid berkata PLI juga merancang untuk melibatkan pengguna melalui pelan pengaktifannya, melibatkan mereka yang mahu mencuba dan mengalami sendiri produk berkenaan.

PLI yang ditubuhkan pada 2008, mengeluar dan memasarkan pelbagai minyak pelincir automotif dan industri berkualiti tinggi di lebih 100 pasaran di seluruh dunia.

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, PLI mempunyai lebih 30 pejabat pemasaran di 26 negara, dan diuruskan melalui pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Turin, Belo Horizonte, Chicago dan Durban.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nvRfyd

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

“Banyak pertumbuhan kami di Malaysia dicapai melalui hubungan dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) utama

Loading...
dan ada di antaranya dengan OEM global dan tempatan.

“Pada September tahun lepas, kami telah melancarkan minyak pelincir komersial kami, Petronas Urania, dilengkapi dengan formulasi baru. Kami menyaksikan tarikan yang sangat baik di pasaran, ini merupakan bidang pertumbuhan yang kami mahu perluaskan,” kata Mohd Khalid.

Asas kedua pertumbuhan adalah melalui perwakilan PLI di kedai-kedai dan bengkel kerana ia telah menunjukkan potensi pertumbuhan yang baik dalam segmen berkenaan pada tahun lepas, katanya.

“Asas pertumbuhan ketiga ialah segmen minyak motosikal … ini adalah segmen yang akan kami beri tumpuan kerana Petronas Sprinta dengan Ultraflex akan membantu kami di pasaran,” katanya.

Mohd Khalid berkata PLI juga merancang untuk melibatkan pengguna melalui pelan pengaktifannya, melibatkan mereka yang mahu mencuba dan mengalami sendiri produk berkenaan.

PLI yang ditubuhkan pada 2008, mengeluar dan memasarkan pelbagai minyak pelincir automotif dan industri berkualiti tinggi di lebih 100 pasaran di seluruh dunia.

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, PLI mempunyai lebih 30 pejabat pemasaran di 26 negara, dan diuruskan melalui pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Turin, Belo Horizonte, Chicago dan Durban.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nvRfyd

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia

yang semua artikel Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/petronas-lubricant-sedia-jadi-peneraju.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Petronas Lubricant Sedia Jadi Peneraju Pasaran Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...