Loading...
Tajuk : Pengusaha Restoran Bawa 2.5 Tan Wang Ke Bank
link : Pengusaha Restoran Bawa 2.5 Tan Wang Ke Bank
Pengusaha Restoran Bawa 2.5 Tan Wang Ke Bank
Beijing: Seorang ahli perniagaan dari daerah terpencil di China mendepositkan lebih 50 kotak wang kecil bernilai lebih 200,000 yuan (RM128,000) di sebuah bank tempatan, lapor akhbar Bianliang Evening News.
Xiao Junqiang dari daerah Tongxu memandu ke bank berkenaan pada 6 April lalu dengan keretanya dipenuhi semua kotak itu yang mengejutkan pengurus bank berkenaan.
Semua kotak itu mengandungi wang syiling dan kertas dari yang paling kecil iaitu lima jiao (30 sen) hingga satu yuan (60 sen).
Xiao yang memiliki restoran di kampungnya berkata, wang kecil itu dibayar penghutangnya yang bekerja dalam bidang pengangkutan awam dan mengumpulnya sejak beberapa tahun lalu.
Dia membawa balik lebih 50 kotak daripada penghutang terbabit dengan setiap kotak bernilai antara 2,000 hingga 5,000 yuan (RM1,300 – RM3,200) dengan keseluruhannya dianggarkan bernilai 229,300 yuan (RM147,000).
Bank berkenaan menerima semua wang itu tetapi mengakui akan mengambil masa sehingga sebulan untuk mengiranya semua.
Kakitangan terbabit – yang jari mereka semakin hitam kerana tidak habis-habis mengira wang lama itu – menjangka berat keseluruhannya 2.5 tan.
Pengarah bank itu, Li Chunhong berkata: “Tugasan ini memang tidak mudah. Tetapi kami akan berusaha sebaik mungkin mengira keseluruhannya dalam tempoh ditetapkan.” – Agensi/HMetro
Beijing: Seorang ahli perniagaan dari daerah terpencil di China mendepositkan lebih 50 kotak wang kecil bernilai lebih 200,000 yuan (RM128,000) di sebuah bank tempatan, lapor akhbar Bianliang Evening News.
Xiao Junqiang dari daerah Tongxu memandu ke bank berkenaan pada 6 April lalu dengan keretanya dipenuhi semua kotak itu yang mengejutkan pengurus bank berkenaan.
Semua kotak itu mengandungi wang syiling dan kertas dari yang paling kecil iaitu lima jiao (30 sen) hingga satu yuan (60 sen).
Loading...
sans-serif;">Xiao yang memiliki restoran di kampungnya berkata, wang kecil itu dibayar penghutangnya yang bekerja dalam bidang pengangkutan awam dan mengumpulnya sejak beberapa tahun lalu.
Dia membawa balik lebih 50 kotak daripada penghutang terbabit dengan setiap kotak bernilai antara 2,000 hingga 5,000 yuan (RM1,300 – RM3,200) dengan keseluruhannya dianggarkan bernilai 229,300 yuan (RM147,000).
Bank berkenaan menerima semua wang itu tetapi mengakui akan mengambil masa sehingga sebulan untuk mengiranya semua.
Kakitangan terbabit – yang jari mereka semakin hitam kerana tidak habis-habis mengira wang lama itu – menjangka berat keseluruhannya 2.5 tan.
Pengarah bank itu, Li Chunhong berkata: “Tugasan ini memang tidak mudah. Tetapi kami akan berusaha sebaik mungkin mengira keseluruhannya dalam tempoh ditetapkan.” – Agensi/HMetro
dengan itu Perkara Pengusaha Restoran Bawa 2.5 Tan Wang Ke Bank
yang semua artikel Pengusaha Restoran Bawa 2.5 Tan Wang Ke Bank Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Pengusaha Restoran Bawa 2.5 Tan Wang Ke Bank dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/pengusaha-restoran-bawa-25-tan-wang-ke.html
0 Response to "Pengusaha Restoran Bawa 2.5 Tan Wang Ke Bank"
Catat Ulasan