Loading...

Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang

Loading...
Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang
link : Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang

lihat juga

Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang

PUCHONG – Penduduk Kampung Seri Aman di sini, sekali lagi gempar dengan kelibat seekor buaya sepanjang hampir enam meter yang timbul secara tiba-tiba pada Selasa malam lalu.

Reptilia itu dikatakan muncul dilihat di sekitar kawasan berbatu berdekatan tiang landasan stesen transit aliran ringan (LRT) di Sungai Klang di sini lewat malam semalam.

Kemunculan haiwan itu dikatakan disedari penduduk kira-kira jam 7.45 malam sebelum lokasi kejadian mula dikerumuni orang ramai yang ingin melihatnya dengan lebih dekat.

Seoran penduduk, Muhd. Salleh Ozmi, 28, berkata, kemunculan sang bedal itu bukan pemandangan luar biasa bagi ahli keluarganya.

Dia yang tinggal lebih kurang 40 meter dari jarak sungai berkenaan mendakwa semakin kerap melihat haiwan itu timbul dan ‘bersidai’ di tebing konkrit kebelakangan ini.

“Tahun ini saja sudah lebih kurang empat kali saya nampak buaya bermain-main di kawasan berbatu bawah tiang LRT itu.

“Kata orang tua-tua kalau buaya timbul lebih tiga kali itu tandanya nak banjir…tapi tak tahulah,” katanya.

Muhd. Salleh berkata, setakat dia mendiami kampung berkenaan belum pernah dia mendengar haiwan itu mengganggu penduduk.

Katanya, kebiasaannya reptilia itu akan muncul antara jam 5 dan 6 petang ‘bermain-main’ di sekitar kawasan batu yang timbul di permukaan sungai.

“Setahu saya ada tiga ekor buaya dalam sungai ni sejak 30 tahun lalu… mula-mula tadi hanya nampak seekor lepas tu timbul lagi dua ekor, cuma pelik kerana kali ni ia timbul pada waktu malam.

“Namun ada juga tertanya-tanya mengapa ia kerap muncul kebelakangan ini dan kadangkala sampai ke tebing yang terletak kira-kira 20 meter dari jarak ketinggian jalan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Azril Jamanhuri, 26, berkata, lokasi tepi Sungai Klang akan bertukar menjadi tapak pesta dan dipenuhi orang ramai apabila reptilia itu menunjukkan dirinya.

Dia yang sudah dua kali melihat kelibat buaya tahun ini mendakwa penduduk kampung tidak berasa takut setiap kali haiwan itu muncul.

“Apabila ada saja yang nampak kelibat buaya, berita akan cepat tersebar dan ramai akan penuhi lokasi.

“Biasanya yang rasa cemas dan bimbang adalah orang luar dari kawasan sini… setakat ni buaya di sini tak pernah ganggu atau cederakan mana-mana penduduk,” katanya.

Manakaa seorang penduduk, Kamsani Kamarudin berkata, kemunculan buaya di sungai berkenaan bukan pemandangan baru bagi penduduk kampung.

Katanya, adakala buaya itu boleh dilihat dari bawah jambatan berdekatan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan sungai berhampiran Kampung Tengah.

“Buaya ni dah selalu dilihat namun penduduk tetap akan berhentikan kenderaan di tepi jalan untuk melihatnya setiap kali ia muncul kerana dapat juga ‘cuci mata’.

“Orang kampung tak bercadang nak tangkap buaya tu sebab ia tidak pernah kacau orang,” katanya. – Sinar Harian Online

style="font-family: Arial, Helvetica, sans-serif;">

dengan itu Perkara Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang

yang semua artikel Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/penduduk-puchong-gempar-buaya-sidai-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang"

Catat Ulasan

Loading...