Tajuk : “Muzik Hip Hop Kami Masih Relevan” – Nico G
link : “Muzik Hip Hop Kami Masih Relevan” – Nico G
“Muzik Hip Hop Kami Masih Relevan” – Nico G
Pencetus irama muzik Hip Hop Malaysia iaitu Nico G mengakui pembawaan muzik dan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan mereka pada ketika ini masih lagi relevan.
Salah seorang anggotanya iaitu Affa berkata, mereka percaya muzik genre itu mempunyai peminat tersendiri membuatkan mereka bersemangat untuk kekal berada dalam bidang ini.
Meskipun sudah 25 tahun bertapak dalam industri muzik negara, kami masih menyampaikan lagu dengan genre yang sama dan tidak berubah meskipun banyak aliran baharu yang wujud hari ini.
“Kami bertahan dalam industri atas permintaan peminat dan bukan sekadar syok sendiri. Sehingga sekarang permintaan muzik hip hop Nico G masih tinggi dan buktinya, kami buat lagu kerana ada orang minta,” katanya.
Selain Affa atau Muzaffar Shah Baharin, 40, Nico G turut dianggotai oleh Nico, 43, (Abdul Fashah Abd Aziz, 43) dan Dino, 41, (Mohd Shah Rosli).
Sementara itu, Nico berkata, kehadiran mereka bukanlah untuk memberi saingan kepada bakat baharu, sebaliknya mahu berkongsi idea dan memeriahkan industri hiburan.
“Sejujurnya kehadiran kami dalam industri bukanlah untuk bersaing dengan orang baru sebaliknya kami ‘orang lama’ ni lagi suka kalau idea dan apa yang kami lakukan menjadi ikutan penyanyi baharu, jika lebih ramai penyanyi akan lebih meriah.
“Sebagai penyanyi senior, kami tak kisah jika ada penyanyi baharu yang bertemu kami dan ingin berkongsi idea. Bukan sahaja tentang muzik malah terbuka tentang perniagaan sekalipun,” ujarnya.
Dalam pada itu, kumpulan yang popular dengan lagu Ini Nasibku ini memberitahu usia tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan karier nyanyian.
“Dalam hal ini, kami beranikan diri untuk terus berkarya dan buang rasa malu meskipun usia semakin meningkat.
“Setelah melalui sesi perbincangan, kami terfikir untuk selitkan sedikit unsur dakwah dalam lagu agar ia bersesuaian dengan semua generasi,” ujar Nico.
Sementara itu, kumpulan ini dalam rangka promosi single terbaharu mereka yang dicipta bersama Joe Lil G dan Syko G.
“Lagu terbaharu ini lebih ke arah kerohanian dan sesuai untuk semua peringkat umur dan kami rasa tak salah kalau kita berdakwah menggunakan muzik supaya anak-anak muda dapat ambil iktibar daripada lirik dalam lagu ini.
“Insya-Allah, bulan Julai nanti kami akan buat showcase di Hard Rock, Melaka dan masa itu dapatlah kami hiburkan peminat setia yang sentiasa menyokong Nico G sepanjang pembabitan dalam bidang seni ini,” kata Affa pula.
The post “Muzik Hip Hop Kami Masih Relevan” – Nico G appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9TBHM
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

“Setelah melalui sesi perbincangan, kami terfikir untuk selitkan sedikit unsur dakwah dalam lagu agar ia bersesuaian dengan semua generasi,” ujar
Sementara itu, kumpulan ini dalam rangka promosi single terbaharu mereka yang dicipta bersama Joe Lil G dan Syko G.
“Lagu terbaharu ini lebih ke arah kerohanian dan sesuai untuk semua peringkat umur dan kami rasa tak salah kalau kita berdakwah menggunakan muzik supaya anak-anak muda dapat ambil iktibar daripada lirik dalam lagu ini.
“Insya-Allah, bulan Julai nanti kami akan buat showcase di Hard Rock, Melaka dan masa itu dapatlah kami hiburkan peminat setia yang sentiasa menyokong Nico G sepanjang pembabitan dalam bidang seni ini,” kata Affa pula.
The post “Muzik Hip Hop Kami Masih Relevan” – Nico G appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9TBHM
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara “Muzik Hip Hop Kami Masih Relevan” – Nico G
Kini anda membaca artikel “Muzik Hip Hop Kami Masih Relevan” – Nico G dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/muzik-hip-hop-kami-masih-relevan-nico-g.html
0 Response to "“Muzik Hip Hop Kami Masih Relevan” – Nico G"
Catat Ulasan