Loading...
Tajuk : Mahkamah: Siti Aishah Dakwa Dia Beli Buku 'Militan' Di Masjid India !
link : Mahkamah: Siti Aishah Dakwa Dia Beli Buku 'Militan' Di Masjid India !
Mahkamah: Siti Aishah Dakwa Dia Beli Buku 'Militan' Di Masjid India !
KUALA LUMPUR: Siti Noor Aishah Atam yang ditahan atas tuduhan berkait dengan fahaman pengganas hari ini mengakui membeli dan memiliki 12 buah buku yang meraikan ideologi gerakan miltan seperti Al-Qaeda.
Bagaimanapun, Aishah menjelaskan beliau belum sempat membacanya.
Sewaktu memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Aishah turut memberitahu yang beliau tidak ingat dari mana buku tersebut dibeli.
“Tetapi tertera bahawa antara pengimport dan pembekalnya adalah Fajar Ilmu Baru Enterprise, yang saya perolehi di Masjid India, Kuala Lumpur.
“Saya tidak sempat membaca buku-buku ini, tetapi saya belek buku-buku ini seperti ada kaitan dengan tajuk kajian saya,” katanya.
Polis yang menahan Aishah sebelum ini menemui 12 buku, yang antara judulnya adalah “Visi Politik Gerakan Jihad”, “Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi Apa Rencana Mereka Ke Depan”, “Dari Usama Kepada Para Aktivis”, “Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda” dan “Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru”.
Aishah yang diwakili peguamnya, Mohd Kamaruzaman Abd Wahab berkata, tujuan utama beliau membeli dan memiliki buku berkenaan adalah untuk kajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya (UM) pada 2012-2013.
Jelasnya, ketika itu Aishah sendiri mencadangkan kepada penyelianya, Dr Mahmud Ahmad mengenai tajuk tesis yang hendak dibawanya, iaitu “Implikasi Tauhid Dalam Pentadbiran Negara”.
Mahmud atau dikenali sebagai Abu Hanzalah dipercayai melarikan diri ke Filipina sejak 2014, dan antara individu yang dikehendaki Bukit Aman atas kaitannya dengan kumpulan IS.
“Saya menemui Dr Mahmud untuk berbincang mengenai tajuk tesis dan isi kandungan tesis yang perlu saya buat. Saya juga meminta beliau agar menjadi penyelia tesis saya,” kata Aishah.
Aishah berkata beliau tidak mengetahui Mahmud terlibat dalam kegiatan militan.
“Pada waktu itu, saya terkesan kerana saya sangat berharap beliau (Dr Mahmud) menjadi penyelia tesis saya. Saya harap beliau membantu saya untuk buat rayuan kepada UM.
“Kemudian, saya dapat makluman berita, Dr Mahmud melarikan diri ke Filipina dan disyaki terlibat dengan keganasan. Setelah itu, saya memilih untuk balik ke kampung sebab saya risau kerana saya rapat juga dengan dia,” katanya.
Aishah berkata, terdapat beberapa buah buku yang beliau ambil dari Dr Mahmud dan lakukan salinan untuk tujuan kajian tesisnya.
“Sebab kalau saya pinjam buku, saya tidak puas hati sebab saya kena sambung pinjam. Saya selesa memilikinya untuk keselesaan.
“Saya tidak pernah tahu, bahawa buku-buku ini diharamkan,” katanya.
Aishah pertama kali ditahan pada Mac 2016, di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Pada April 2016, dia didakwa di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan tidak mengaku bersalah memiliki 12 buku yang dirampas polis.
Pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskannya daripada semua pertuduhan atas alasan tiada kes prima facie dibuktikan terhadapnya.
Pada hari sama beliau dibebaskan, Aishah ditangkap semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 (Poca), ditahan lagi selama 60 hari.
Sebaik dibebaskan daripada Poca, beliau diletakkan di bawah tahanan rumah, dengan peranti pengawasan elektronik dipasang. Beliau tidak dibenarkan meninggalkan daerah Surah di Dungun, Terengganu, tanpa kelulusan polis. #sumber
KUALA LUMPUR: Siti Noor Aishah Atam yang ditahan atas tuduhan berkait dengan fahaman pengganas hari ini mengakui membeli dan memiliki 12 buah buku yang meraikan ideologi gerakan miltan seperti Al-Qaeda.
Bagaimanapun, Aishah menjelaskan beliau belum sempat membacanya.
Sewaktu memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Aishah turut memberitahu yang beliau tidak ingat dari mana buku tersebut dibeli.
“Tetapi tertera bahawa antara pengimport dan pembekalnya adalah Fajar Ilmu Baru Enterprise, yang saya perolehi di Masjid India, Kuala Lumpur.
“Saya tidak sempat membaca buku-buku ini, tetapi saya belek buku-buku ini seperti ada kaitan dengan tajuk kajian saya,” katanya.
Polis yang menahan Aishah sebelum ini menemui 12 buku, yang antara judulnya adalah “Visi Politik Gerakan Jihad”, “Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi Apa Rencana Mereka Ke Depan”, “Dari Usama Kepada Para Aktivis”, “Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda” dan “Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru”.
Aishah yang diwakili peguamnya, Mohd Kamaruzaman Abd Wahab berkata, tujuan utama beliau membeli dan memiliki buku berkenaan adalah untuk kajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya (UM) pada 2012-2013.
Jelasnya, ketika itu Aishah sendiri mencadangkan kepada penyelianya, Dr Mahmud Ahmad mengenai tajuk tesis yang hendak dibawanya, iaitu “Implikasi Tauhid Dalam Pentadbiran Negara”.
Mahmud atau dikenali sebagai Abu Hanzalah dipercayai melarikan diri ke Filipina sejak 2014, dan antara individu yang dikehendaki Bukit Aman atas kaitannya dengan kumpulan IS.
“Saya menemui Dr Mahmud untuk berbincang mengenai tajuk tesis dan isi kandungan tesis yang perlu saya buat. Saya juga meminta
Loading...
beliau agar menjadi penyelia tesis saya,” kata Aishah.
Aishah berkata beliau tidak mengetahui Mahmud terlibat dalam kegiatan militan.
“Pada waktu itu, saya terkesan kerana saya sangat berharap beliau (Dr Mahmud) menjadi penyelia tesis saya. Saya harap beliau membantu saya untuk buat rayuan kepada UM.
“Kemudian, saya dapat makluman berita, Dr Mahmud melarikan diri ke Filipina dan disyaki terlibat dengan keganasan. Setelah itu, saya memilih untuk balik ke kampung sebab saya risau kerana saya rapat juga dengan dia,” katanya.
Aishah berkata, terdapat beberapa buah buku yang beliau ambil dari Dr Mahmud dan lakukan salinan untuk tujuan kajian tesisnya.
“Sebab kalau saya pinjam buku, saya tidak puas hati sebab saya kena sambung pinjam. Saya selesa memilikinya untuk keselesaan.
“Saya tidak pernah tahu, bahawa buku-buku ini diharamkan,” katanya.
Aishah pertama kali ditahan pada Mac 2016, di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Pada April 2016, dia didakwa di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan tidak mengaku bersalah memiliki 12 buku yang dirampas polis.
Pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskannya daripada semua pertuduhan atas alasan tiada kes prima facie dibuktikan terhadapnya.
Pada hari sama beliau dibebaskan, Aishah ditangkap semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 (Poca), ditahan lagi selama 60 hari.
Sebaik dibebaskan daripada Poca, beliau diletakkan di bawah tahanan rumah, dengan peranti pengawasan elektronik dipasang. Beliau tidak dibenarkan meninggalkan daerah Surah di Dungun, Terengganu, tanpa kelulusan polis. #sumber
dengan itu Perkara Mahkamah: Siti Aishah Dakwa Dia Beli Buku 'Militan' Di Masjid India !
yang semua artikel Mahkamah: Siti Aishah Dakwa Dia Beli Buku 'Militan' Di Masjid India ! Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Mahkamah: Siti Aishah Dakwa Dia Beli Buku 'Militan' Di Masjid India ! dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/mahkamah-siti-aishah-dakwa-dia-beli.html
0 Response to "Mahkamah: Siti Aishah Dakwa Dia Beli Buku 'Militan' Di Masjid India !"
Catat Ulasan