Loading...

Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah

Loading...
Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah
link : Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah

lihat juga

Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah

Penduduk Pulau Besar menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan 'ustaz berbayar' yang bertentangan dengan ajaran agama. - Gambar fail
MELAKA: Penduduk Pulau Besar menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan segelintir 'ustaz berbayar' yang mereka dakwa mengadakan upacara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 48, berkata pihak ini mengambil upah untuk membaca doa termasuk bagi orang bukan Islam dalam menyempurnakan niat mereka.

Dan perkara itu dikatakan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

"Beberapa orang lelaki berpakaian seperti ustaz sering kelihatan mengambil upah antara RM70 hingga RM100 bagi menjalankan ritual tersebut.

"Apa yang lebih menyedihkan terdapat juga pungunjung ke pulau ini yang beragama Islam termasuk pegamal silat yang mendapat khidmat daripada ustaz berbayar ini bagi ilmu persilatan mereka.

"Sudah lama akak (kakak) perhatikan pengunjung terutamanya orang luar yang datang ke pulau ini dan bebas melakukan amalan khurafat," kata Fatimah kepada Bernama.

"Sebagai orang tempatan saya rasa sedih apabila tempat ini dicemari dengan aktitivi khurafat. Saya risau sekiranya perkara ini dibiarkan, lama-kelamaan ia akan menjejaskan akidah umat islam di pulau ini," katanya.

Dia menyambut baik langkah kerajaan negeri yang mahu menubuhkan pasukan penguat kuasa khas yang menetap di Pulau Besar bagi menangani masalah ini.

Semasa tinjauan Bernama, kelihatan seorang lelaki yang berperwatakan serta berpakaian seperti seorang ustaz sedang melakukan ritual untuk dua wanita bukan Islam, termasuk meniup 'jampi' ke dalam gelas serta memberi nasihat kepada wanita terbabit.

Berhampiran tapak kubur tujuh beradik, individu itu kedengaran memberitahu wanita-wanita tersebut bahawa mereka boleh memberi sedekah atau menyembelih kambing bagi membayar niat mereka.

Dua wanita berkenaan kemudian dibawa oleh individu terbabit ke kubur Sultanul Aarifeen sebelum mereka diberikan botol air mineral.

Rata-rata pengunjung ke pulau ini didapati turut membawa pulang sebotol air mineral seberat 1.5 liter sebagai buah tangan yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit atau menyempurnakan hajat mereka.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani yang dihubungi berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas bagi membendung kegiatan khurafat tersebut.

"Kita akan membuat siasatan berhubung wujudnya aktiviti tersebut. Sebagai langkah awal pengawai daripada JAIM telah ditempatkan di pintu masuk kubur bagi merekod kehadiran pengunjung bermula hari ini dan ianya akan diadakan secara berterusan setiap hujung minggu sebagai langkah awal," katanya.

Mengenai aktiviti ustaz berbayar berkenaan, Rahimi berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kegiatan tersebut.

"Dengan undang-undang yang sedia ada kita boleh mengambil tindakan terhadap individu yang beragama Islam sahaja," katanya.

Beliau berkata tindakan terhadap mereka yang bukan beragama Islam hanya boleh diambil menerusi tindakan sivil jika mereka melakukan kerosakan atau amalan yang menghina agama Islam seperti menyiram darah binatang untuk membayar nazar di khubur orang Islam.

Tambahnya, amalan menziarah kubur lama masih dibenarkan selagi pengunjung tidak melakukan amalan khurafat dan pihaknya akan sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

border-box; color: #333333; font-family: Roboto, sans-serif; font-size: 18px; line-height: 25.7143px;">

dengan itu Perkara Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah

yang semua artikel Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/kini-ada-upah-doa-di-pulau-besar-pula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kini Ada UPAH DOA di Pulau Besar pula, Orang Bukan Islam juga boleh upah"

Catat Ulasan

Loading...