Loading...
Tajuk : Kereta Berlagak Pelekat Polizei Ditahan Polis
link : Kereta Berlagak Pelekat Polizei Ditahan Polis
Kereta Berlagak Pelekat Polizei Ditahan Polis
AMPANG – Seorang pemuda ditahan pihak polis selepas memandu sebuah kereta yang diubah suai dan berpelekat ‘POLIZEI’ yang bermaksud polis dalam bahasa Jerman, di sini semalam.
Dalam kejadian di Jalan Lembah Jaya, kira-kira jam 5 petang, pemandu berusia 23 tahun itu ditahan setelah terserempak dengan unit kereta peronda polis yang secara kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.
Pihak polis pada mulanya menerima laporan mengenai sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dipandu laju sebelum bertindak menahan kenderaan tersebut untuk dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang bagi pemeriksaan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Selangor, Superitenden Kamaludin Mohamad berkata, semakan secara lanjut ke atas kereta berkenaan mendapati pemandunya tiada sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan.
Manakala ujian air kencing pula menunjukkan bahawa pemuda tersebut adalah negatif dadah, namun pihak polis mengeluarkan satu saman sahaja kerana dia memandu melebihi had laju yang ditetapkan di kawasan berkenaan.
“Kereta berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Padang Jawa, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi Selasa untuk pemeriksaan lanjut dan JPJ mengeluarkan 10 lagi saman terhadap kereta tersebut.
“Sebanyak 10 saman itu merangkumi kesalahan cermin gelap, ubah suai bentuk dan peralatan, lampu berhenti tidak mengikut spesifikasi dan memasang aksesori tambahan yang boleh menyebabkan bahaya,” katanya lagi.
Tambah Kamaludin, pelekat ‘POLIZEI’ di badan kereta tersebut juga diarahkan untuk dibuka serta merta dan pemeriksaan semula akan dilakukan pada 14 April ini oleh pihak JPJ. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
AMPANG – Seorang pemuda ditahan pihak polis selepas memandu sebuah kereta yang diubah suai dan berpelekat ‘POLIZEI’ yang bermaksud polis dalam bahasa Jerman, di sini semalam.
Dalam kejadian di Jalan Lembah Jaya, kira-kira jam 5 petang, pemandu berusia 23 tahun itu ditahan setelah terserempak dengan unit kereta peronda polis yang secara kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.
Pihak polis pada mulanya menerima laporan mengenai sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dipandu laju sebelum bertindak menahan kenderaan tersebut untuk dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang bagi pemeriksaan lanjut.
Ketua Jabatan
Loading...
Siasatan dan Perundangan Trafik Selangor, Superitenden Kamaludin Mohamad berkata, semakan secara lanjut ke atas kereta berkenaan mendapati pemandunya tiada sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan.
Manakala ujian air kencing pula menunjukkan bahawa pemuda tersebut adalah negatif dadah, namun pihak polis mengeluarkan satu saman sahaja kerana dia memandu melebihi had laju yang ditetapkan di kawasan berkenaan.
“Kereta berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Padang Jawa, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi Selasa untuk pemeriksaan lanjut dan JPJ mengeluarkan 10 lagi saman terhadap kereta tersebut.
“Sebanyak 10 saman itu merangkumi kesalahan cermin gelap, ubah suai bentuk dan peralatan, lampu berhenti tidak mengikut spesifikasi dan memasang aksesori tambahan yang boleh menyebabkan bahaya,” katanya lagi.
Tambah Kamaludin, pelekat ‘POLIZEI’ di badan kereta tersebut juga diarahkan untuk dibuka serta merta dan pemeriksaan semula akan dilakukan pada 14 April ini oleh pihak JPJ. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
dengan itu Perkara Kereta Berlagak Pelekat Polizei Ditahan Polis
yang semua artikel Kereta Berlagak Pelekat Polizei Ditahan Polis Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Kereta Berlagak Pelekat Polizei Ditahan Polis dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/kereta-berlagak-pelekat-polizei-ditahan_4.html
0 Response to "Kereta Berlagak Pelekat Polizei Ditahan Polis"
Catat Ulasan