Tajuk : Hazard Ledak Dua Gol Benam City
link : Hazard Ledak Dua Gol Benam City
Hazard Ledak Dua Gol Benam City
PEMAIN Chelsea, Eden Hazard(kiri) meledak dua gol ketika membantu Chelsea menang 2-1 ke atas Manchester City. – Foto Reuters
LONDON: Eden Hazard meledak dua gol ketika membantu Chelsea menang 2-1 ke atas Manchester City, tetapi Tottenham juga terus mengejar kedudukan selepas mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk menang 3-1 ke atas Swansea pagi tadi.
Kemenangan itu memastikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kekal tujuh mata di puncak liga diikuti Tottenham di tangga kedua ketika saingan musim ini berbaki lapan perlawanan.
Selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Crystal Palace, pada Sabtu lalu, skuad bimbingan Antonio Conte hanya memerlukan masa 10 minit untuk mendahului saingan menerusi Hazard yang juga gol ke-12 miliknya musim ini.
Percubaan Hazard terkena Vincent Kompany dan menewaskan Willy Caballero yang sekali lagi mengecewakan pengurus City, Pep Guardiola – berikutan masalah kelemahan di posisi penjaga gol mereka.
Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois juga harus dipersalahkan kerana gagal menyelamatkan bola hantaran David Silva yang mudah ditolak masuk oleh Sergio Aguero untuk gol penyamaan pada minit ke-26.
Skuad Conte kembali bangkit selepas 35 minit perlawanan apabila Fernandinho menghadiahkan penalti kepada Chelsea apabila mengasari Pedro.
Sepakan penalti Hazard diselamatkan Caballero tetapi penyerang Belgium itu melakukan tindakan susulan pantas untuk menjaringkan gol kedua Chelsea.
Kompany, yang kembali ke dalam kesebelasan utama City sejak November lalu juga memiliki peluang terbaik tetapi cubaannya terkena palang gol ketika melakukan tandukan di babak kedua saingan.
City yang kini berada di kedudukan keempat liga, tewas kali pertama dalam sembilan perlawanan manakala Chelsea kekal di landasan untuk merangkul gelaran juara musim ini. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oLB7tp✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
PEMAIN Chelsea, Eden Hazard(kiri) meledak dua gol ketika membantu Chelsea menang 2-1 ke atas Manchester City. – Foto Reuters
LONDON: Eden Hazard meledak dua gol ketika membantu Chelsea menang 2-1 ke atas Manchester City, tetapi Tottenham juga terus mengejar kedudukan selepas mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk menang 3-1 ke atas Swansea pagi tadi.
Kemenangan itu memastikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kekal tujuh mata di puncak liga diikuti Tottenham di tangga kedua ketika saingan musim ini berbaki lapan perlawanan.
Selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Crystal Palace, pada Sabtu lalu, skuad bimbingan Antonio Conte hanya memerlukan masa 10 minit untuk mendahului saingan menerusi Hazard yang juga gol ke-12 miliknya musim ini.
Percubaan Hazard terkena Vincent Kompany dan menewaskan Willy Caballero yang sekali lagi mengecewakan pengurus City, Pep Guardiola – berikutan masalah kelemahan di posisi penjaga gol mereka.
Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois juga harus dipersalahkan kerana gagal menyelamatkan bola hantaran David Silva yang mudah ditolak masuk oleh Sergio Aguero
Skuad Conte kembali bangkit selepas 35 minit perlawanan apabila Fernandinho menghadiahkan penalti kepada Chelsea apabila mengasari Pedro.
Sepakan penalti Hazard diselamatkan Caballero tetapi penyerang Belgium itu melakukan tindakan susulan pantas untuk menjaringkan gol kedua Chelsea.
Kompany, yang kembali ke dalam kesebelasan utama City sejak November lalu juga memiliki peluang terbaik tetapi cubaannya terkena palang gol ketika melakukan tandukan di babak kedua saingan.
City yang kini berada di kedudukan keempat liga, tewas kali pertama dalam sembilan perlawanan manakala Chelsea kekal di landasan untuk merangkul gelaran juara musim ini. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oLB7tp✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Hazard Ledak Dua Gol Benam City
Kini anda membaca artikel Hazard Ledak Dua Gol Benam City dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/hazard-ledak-dua-gol-benam-city.html
0 Response to "Hazard Ledak Dua Gol Benam City"
Catat Ulasan