Tajuk : Eman Manan Baca Tiga Kali Novel ‘Srengenge’ Untuk Watak Awang Cik Teh
link : Eman Manan Baca Tiga Kali Novel ‘Srengenge’ Untuk Watak Awang Cik Teh
Eman Manan Baca Tiga Kali Novel ‘Srengenge’ Untuk Watak Awang Cik Teh
Hero filem, Eman Manan mengambil pendekatan membaca novel Srengenge sebanyak tiga kali selepas dia ditawarkan berlakon supertelefilem adaptasi novel itu.
Eman, 59, berkata, ia bertujuan untuk dia benar-benar memahami kisah Srengenge sebelum ke lokasi penggambaran.
“Saya rasa menjadi tanggungjawab seorang pelakon untuk membaca novel asal walaupun sudah ada skrip.
“Ini kerana skrip tidak menceritakan keseluruhan kisah yang dipaparkan dalam novel dan saya membaca untuk memahami keseluruhan kisah yang akan saya lakonkan.
“Ia begini, kalau seseorang hendak berlakon cerita pendekar dia perlu pandai bersilat dan membaca itu memang kerja pelakon malah ia menguntungkan dalam menguasai dialog,” jelasnya.
Eman ditemui pada sidang media pelancaran supertelefilem berjudul Srengenge yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, Selasa.
Srengenge diadaptasi daripada novel tulisan Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad pada 1973 bakal ditayangkan pada 6 Mei ini pada pukul 9 malam di TV1.
Selain Eman, supertelefilem arahan Mahuddin Ibrahim itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Sahronizam, Datin Fadilah Mansor, Jasmin Hamid dan Fathil Dani.
Eman memegang watak sebagai Awang Cik Teh namun berbesar hati dapat menjayakan sebuah karya epik daripada tulisan Shahnon.
Dalam pada itu Eman berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang kriteria sebelum menerima tawaran berlakon walaupun dia dilihat lebih sinonim dengan lakonan watak yang berat.
Sebaliknya dia sendiri berasa pelik sentiasa diberikan watak sedemikian sejak melibatkan diri dalam bidang seni sejak 30 tahun lalu.
“Memang benar, apabila drama berat memang tidak ada orang lain melainkan Eman Manan tetapi saya terima kerana sudah begitu tawarannya.
“Sebenarnya saya terbuka terhadap watak berbeza seperti komedi contohnya tetapi apabila pihak produksi beri sesuatu tawaran dan menjelaskan pelakon lain tidak boleh bawa peranan itu… saya sudah tahu ia berat.
“Mungkin pengenalan dan wajah saya dalam bidang lakonan sudah sinonim dengan watak berat jadi sehingga hari ini ia melekat,” katanya.
Sementara itu, Eman berkata, dia menghargai usaha DBP dengan usahasama RTM dalam menghasilkan supertelefilem tersebut kerana ia sebuah karya hebat dan berharap ia akan ditonton oleh generasi muda.
Bagaimanapun Eman tetap mempunyai kebimbangan sama ada naskhah itu akan mendapat sambutan kerana kebiasaannya kisah berat termasuk sejarah dan sastera jarang mendapat sambutan.
“Ada yang pernah bertanya kepada saya mengapa tidak diangkat kisah-kisah sejarah dan sastera ke layar perak sedangkan kita mempunyai banyak naskhah yang hebat?
“Jawapan saya mudah, filem sebegini tiada penonton dan lihat apa terjadi kepada filem arahan U-Wei iaitu Hanyut yang hasilnya cukup baik dan luar biasa tetapi gagal di pawagam.
“Kebimbangan saya terhadap Srengenge juga sama namun tetap berharap ia akan ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana kisahnya melangkaui masa dan cukup hebat,” ujarnya.
Pun begitu kata Eman, itu tidak bererti dia anti kepada karya-karya adapatasi novel romantik yang kini mendapat sambutan luar biasa penonton.
Kata Eman, dalam hal ini drama atau filem ringan juga penting namun ia perlu diimbangi dengan naskhah berat.
Srengenge mengangkat konflik antara manusia dengan unsur-unsur animisme (kepercayaan bahawa setiap benda seperti batu dan kayu yang mempunyai semangat).
The post Eman Manan Baca Tiga Kali Novel ‘Srengenge’ Untuk Watak Awang Cik Teh appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnneob
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

Bagaimanapun Eman tetap mempunyai kebimbangan sama ada naskhah itu akan mendapat

dengan itu Perkara Eman Manan Baca Tiga Kali Novel ‘Srengenge’ Untuk Watak Awang Cik Teh
Kini anda membaca artikel Eman Manan Baca Tiga Kali Novel ‘Srengenge’ Untuk Watak Awang Cik Teh dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/eman-manan-baca-tiga-kali-novel.html
0 Response to "Eman Manan Baca Tiga Kali Novel ‘Srengenge’ Untuk Watak Awang Cik Teh"
Catat Ulasan