Loading...
Tajuk : Dr.Asri Selar Bukan Islam Campur Tangan, Terus Pertahankan ‘Puisi Jumaat’
link : Dr.Asri Selar Bukan Islam Campur Tangan, Terus Pertahankan ‘Puisi Jumaat’
Dr.Asri Selar Bukan Islam Campur Tangan, Terus Pertahankan ‘Puisi Jumaat’
PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin terus mempertahankan dirinya, dua hari selepas puisinya membangkitkan isu “pendakwah” dan kerajaan India, yang dikaitkan dengan sokongan beliau sebelum ini kepada pendakwah dikehendaki kerajaan India, Dr Zakir Naik.
Sambil mendakwa dirinya menganjurkan keharmonian antara kaum, Asri yang kerap mempertahankan Zakir di sebalik notis polis antarabangsa Interpol berhubung aktiviti pengubahan wang haram di India, menyelar bukan Islam yang menurutnya mencampuri urusan Islam kerana tidak senang dengan jemputan kepada Zakir untuk menyampaikan khutbah di Perlis.
“Apakah boleh mereka campur tangan urusan agama orang lain dan kemudian ingin memberitahu kita jangan campur tangan urusan agama mereka?” soal Asri, merujuk kenyataan kumpulan Hindraf pada Januari yang terkejut Zakir, yang berdepan siasatan jenayah di India, dijemput menyampaikan khutbah.
Malah, Asri turut mendakwa ada yang menelefon Jabatan Mufti Perlis dan memaki hamun.
Ia selepas mufti Perlis itu cuba mempertahankan dirinya dengan berkata beberapa baris dimuat naik di Facebook beliau Jumaat lepas bukan menyasarkan agama Hindu mahupun isu Zakir Naik, sebaliknya mengenai kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi yang menzalimi umat Islam kerana menyembelih lembu yang dianggap suci penganut Hindu.
Walaupun penyembelihan lembu di India tidak pernah menjadi perdebatan di Malaysia, Asri tetap mengatakan itu adalah tema puisinya, tetapi diputar belit.
“Selepas itu, puisi saya yang berkaitan kerajaan Modi India mereka spin kononnya untuk kaum Hindu di Malaysia. Maka, apakah sebenarnya yang mereka mahu?”
“Puisi” itu antara lain bercakap mengenai mereka yang “mempertuhankan lembu”, di samping 2 amalan kuno penganut Hindu iaitu kasta dan sati.
Lembu dianggap suci oleh penganut Hindu, walaupun terdapat kekeliruan sesetengah pihak yang mengatakan binatang itu dianggap tuhan oleh agama Hindu.
Semalam, beberapa kumpulan mewakili kaum Hindu dan India membuat laporan polis terhadap Asri.
“Saya mengikuti mufti Perlis dan saya terkejut apabila dia menunjukkan pemikiran yang sempit,” kata Presiden Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) Rajaretinam Armuggan.
Menurutnya, sebagai mufti, Asri sepatutnya mempromosikan keamanan.
“Kalaupun saya sembah batu, kucing atau kambing, itu urusan saya. Mengapa kamu pula yang terasa?” soal Rajaretinam.
Asri semalam berkata beliau seorang yang “mencari ruang yang adil dan damai untuk semua”.
“Anda semua boleh baca di media. Saya juga yang menentang memanggil non-Muslim kafir-harbi kerana bimbang ketegangan antara agama,” katanya merujuk kenyataan kontroversi Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, tahun lalu.
Asri turut memberikan contoh fatwa Perlis yang mahu agama ibu bapa tidak menjadi isu dalam soal hak penjagaan anak serta fatwa membolehkan zakat diberikan kepada golongan bukan Islam.
“Itu semua tidak pernah dihargai oleh mereka. Bahkan Hindraf berani campur tangan urusan khutbah dalam masjid yang diatur oleh Jabatan Mufti,” kata Asri.
“Maka, apakah sebenarnya yang mereka mahu?”. #sumber

“Puisi” itu antara lain bercakap mengenai mereka yang
Loading...
“mempertuhankan lembu”, di samping 2 amalan kuno penganut Hindu iaitu kasta dan sati.
Lembu dianggap suci oleh penganut Hindu, walaupun terdapat kekeliruan sesetengah pihak yang mengatakan binatang itu dianggap tuhan oleh agama Hindu.
Semalam, beberapa kumpulan mewakili kaum Hindu dan India membuat laporan polis terhadap Asri.
“Saya mengikuti mufti Perlis dan saya terkejut apabila dia menunjukkan pemikiran yang sempit,” kata Presiden Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) Rajaretinam Armuggan.
Menurutnya, sebagai mufti, Asri sepatutnya mempromosikan keamanan.
“Kalaupun saya sembah batu, kucing atau kambing, itu urusan saya. Mengapa kamu pula yang terasa?” soal Rajaretinam.
Asri semalam berkata beliau seorang yang “mencari ruang yang adil dan damai untuk semua”.
“Anda semua boleh baca di media. Saya juga yang menentang memanggil non-Muslim kafir-harbi kerana bimbang ketegangan antara agama,” katanya merujuk kenyataan kontroversi Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, tahun lalu.
Asri turut memberikan contoh fatwa Perlis yang mahu agama ibu bapa tidak menjadi isu dalam soal hak penjagaan anak serta fatwa membolehkan zakat diberikan kepada golongan bukan Islam.
“Itu semua tidak pernah dihargai oleh mereka. Bahkan Hindraf berani campur tangan urusan khutbah dalam masjid yang diatur oleh Jabatan Mufti,” kata Asri.
“Maka, apakah sebenarnya yang mereka mahu?”. #sumber
dengan itu Perkara Dr.Asri Selar Bukan Islam Campur Tangan, Terus Pertahankan ‘Puisi Jumaat’
yang semua artikel Dr.Asri Selar Bukan Islam Campur Tangan, Terus Pertahankan ‘Puisi Jumaat’ Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Dr.Asri Selar Bukan Islam Campur Tangan, Terus Pertahankan ‘Puisi Jumaat’ dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/drasri-selar-bukan-islam-campur-tangan.html
0 Response to "Dr.Asri Selar Bukan Islam Campur Tangan, Terus Pertahankan ‘Puisi Jumaat’"
Catat Ulasan