Loading...

BN didakwa cuba alih perhatian

Loading...
BN didakwa cuba alih perhatian - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BN didakwa cuba alih perhatian, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : BN didakwa cuba alih perhatian
link : BN didakwa cuba alih perhatian

lihat juga


BN didakwa cuba alih perhatian

 
Oleh Ong Boon Teck


BN didakwa sengaja menggunakan isu RUU355 untuk mengalihkan perhatian ramai ke atas isu-isu lebih besar seperti rasuah dan kemelesetan ekonomi.

Selain itu, dalam usaha memecah-belahkan pakatan pembangkang, BN turut didakwa menggunakan isu RUU355 sebagai alat politik untuk mengukuhkan kekuatan terutama sekali Umno.

Demikian dinyatakan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook seperti dilaporkan dalam Sin Chew Daily.

Menurut Siew Fook, daripada peringkat awal lagi, kerajaan sememangnya tidak patut mengambil alih daripada Pas untuk membentangkan usul RUU355 ini.

"BN sebenarnya sudah merancang untuk tidak membentangkan RUU355 ini. Ia cuba menipu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pas kononnya mahu bekerjasama dalam isu RUU355 ini.

"Tujuan utama BN ialah mahu memecah-belahkan pakatan pembangkang dan menimbulkan perasaan ketidaksefahaman antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan," katanya.

Kata Siew Fook, isu RUU355 ini bagaimana pun masih belum berakhir kerana Abdul Hadi tetap berpeluang membentangkannya sekiranya dibenarkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Gerakan akui parti komponen tidak sependapat

Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengakui berlakunya percanggahan pendapat antara kalangan pemimpin parti komponen BN ketika berbincang isu RUU355 dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Rabu lalu.

Bagaimana pun, kata Siew Keong, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasrat untuk membentangkan di parlimen demi mengelakkan perpecahan antara kalangan rakyat.

"Disebabkan dalam mesyuarat berlakunya perbezaan pendapat, maka perdana menteri terpaksa membuat keputusan secara konsensus. Perdana menteri tidak mahu berlaku perpecahan antara rakyat jelata dan beliau juga tidak mahu berlaku sebarang masalah antara golongan Muslim dengan bukan Muslim mengenai soal RUU355 ini," kata Siew Keong kepada Oriental Daily.

Beliau memberitahu, sepanjang mesyuarat diadakan, semua pemimpin parti berbincang secara tenang dengan diberi peluang mengemukakan pandangan masing-masing.

Pengusaha stesen minyak tidak beri diskaun

Boleh dikatakan hampir semua stesen minyak ditemui menjual petrol dan diesel mengikut harga syiling yang diumumkan kerajaan, Rabu lalu.

Penetapan harga siling petrol dan diesel secara mingguan buat pertama kalinya berkuat kuasa mulai Khamis lalu.

Kerajaan membenarkan pengusaha stesen minyak membuat diskaun dan potongan harga, bagaimana pun, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terlebih dahulu.

Tinjauan yang dibuat oleh wartawan China Press di Lembah Klang mendapati, pengusaha stesen minyak belum bersedia memberikan sebarang harga diskaun kepada pengguna dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan datang mengisi minyak di stesen minyak mereka.

Beberapa pengusaha stesen minyak berkata, mereka masih belum bersedia menawarkan harga yang lebih murah memandangkan perlu mengisi borang permohonan terlebih dulu kepada KPDNKK.

"Kalau hendak membuat permohonan, ia sudah tentu memakan masa. Satu sebab lagi kebanyakan pengusaha stesen minyak tidak ingin membuat promosi ialah kerana tidak banyak keuntungan yang boleh diperoleh hasil jualan minyak ini.

"Apabila membuat promosi diskaun, sudah tentu akan mengurangkan keuntungan kepada pengusaha stesen minyak," katanya.

Katanya, kalau buat diskaun sekalipun, belum tentu akan berjaya ramai pengguna datang membeli minyak di stesennya apatah lagi harga sentiasa berubah-ubah setiap sekali seminggu.-S/Harian

 
Oleh Ong Boon Teck


BN didakwa sengaja menggunakan isu RUU355 untuk mengalihkan perhatian ramai ke atas isu-isu lebih besar seperti rasuah dan kemelesetan ekonomi.

Selain itu, dalam usaha memecah-belahkan pakatan pembangkang, BN turut didakwa menggunakan isu RUU355 sebagai alat politik untuk mengukuhkan kekuatan terutama sekali Umno.

Demikian dinyatakan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook seperti dilaporkan dalam Sin Chew Daily.

Menurut Siew Fook, daripada peringkat awal lagi, kerajaan sememangnya tidak patut mengambil alih daripada Pas untuk membentangkan usul RUU355 ini.

"BN sebenarnya sudah merancang untuk tidak membentangkan RUU355 ini. Ia cuba menipu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pas kononnya mahu bekerjasama dalam isu RUU355 ini.

"Tujuan utama BN ialah mahu memecah-belahkan pakatan pembangkang dan menimbulkan perasaan ketidaksefahaman antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan," katanya.

Kata Siew Fook, isu RUU355 ini bagaimana pun masih belum berakhir kerana Abdul Hadi tetap berpeluang membentangkannya sekiranya dibenarkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Gerakan akui parti komponen tidak sependapat

Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengakui berlakunya percanggahan pendapat antara kalangan pemimpin parti komponen BN ketika berbincang isu RUU355 dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Rabu lalu.

Bagaimana pun, kata Siew Keong, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasrat untuk membentangkan di parlimen demi mengelakkan perpecahan antara kalangan rakyat.

"Disebabkan dalam mesyuarat berlakunya perbezaan pendapat, maka perdana
Loading...
menteri terpaksa membuat keputusan secara konsensus. Perdana menteri tidak mahu berlaku perpecahan antara rakyat jelata dan beliau juga tidak mahu berlaku sebarang masalah antara golongan Muslim dengan bukan Muslim mengenai soal RUU355 ini," kata Siew Keong kepada Oriental Daily.

Beliau memberitahu, sepanjang mesyuarat diadakan, semua pemimpin parti berbincang secara tenang dengan diberi peluang mengemukakan pandangan masing-masing.

Pengusaha stesen minyak tidak beri diskaun

Boleh dikatakan hampir semua stesen minyak ditemui menjual petrol dan diesel mengikut harga syiling yang diumumkan kerajaan, Rabu lalu.

Penetapan harga siling petrol dan diesel secara mingguan buat pertama kalinya berkuat kuasa mulai Khamis lalu.

Kerajaan membenarkan pengusaha stesen minyak membuat diskaun dan potongan harga, bagaimana pun, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terlebih dahulu.

Tinjauan yang dibuat oleh wartawan China Press di Lembah Klang mendapati, pengusaha stesen minyak belum bersedia memberikan sebarang harga diskaun kepada pengguna dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan datang mengisi minyak di stesen minyak mereka.

Beberapa pengusaha stesen minyak berkata, mereka masih belum bersedia menawarkan harga yang lebih murah memandangkan perlu mengisi borang permohonan terlebih dulu kepada KPDNKK.

"Kalau hendak membuat permohonan, ia sudah tentu memakan masa. Satu sebab lagi kebanyakan pengusaha stesen minyak tidak ingin membuat promosi ialah kerana tidak banyak keuntungan yang boleh diperoleh hasil jualan minyak ini.

"Apabila membuat promosi diskaun, sudah tentu akan mengurangkan keuntungan kepada pengusaha stesen minyak," katanya.

Katanya, kalau buat diskaun sekalipun, belum tentu akan berjaya ramai pengguna datang membeli minyak di stesennya apatah lagi harga sentiasa berubah-ubah setiap sekali seminggu.-S/Harian



dengan itu Perkara BN didakwa cuba alih perhatian

yang semua artikel BN didakwa cuba alih perhatian Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel BN didakwa cuba alih perhatian dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/bn-didakwa-cuba-alih-perhatian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN didakwa cuba alih perhatian"

Catat Ulasan

Loading...